23 Jun
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Jun 23)
| << | Jun 2013 | >> | ||||
| Ahd | Isn | Sel | Rab | Kha | Jum | Sab |
| 1 | ||||||
| 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 |
| 9 | 10 | 11 | 12 | 13 | 14 | 15 |
| 16 | 17 | 18 | 19 | 20 | 21 | 22 |
| 23 | 24 | 25 | 26 | 27 | 28 | 29 |
| 30 | ||||||
| MMXIII | ||||||
23 Jun merupakan hari ke-174 (hari ke-175 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory. Tinggal 191 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.
Hari ini juga merupakan:
- Jaaniõhtu di Estonia
- Jāņi diadakan di Latvia kuno
- Perayaan Santo Jonas di Lithuania
- Hari Lahir Rasmi Grand Duke di Luxembourg.
Peristiwa [sunting]
- 1713 - Selepas Perang Ratu Anne, penduduk Perancis di Acadia diberikan setahun bagi mengisytiharkan kesetiaan kepada Britain atau meninggalkan Nova Scotia.
- 1865 - Stand Watie menjadi jeneral Negeri-Negeri Gabungan Amerika yang terakhir menyerah diri dalam Perang Saudara Amerika.
- 1887 - Taman Negara Banff (gambar) ditubuhkan, menjadi taman negara Kanada yang pertama.
- 1894 - Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa diasaskan di Sorbonne, Paris.
- 1941 - Kemerdekaan Lithuania 1941: Ahli-ahli Barisan Aktivis Lithuania mengisytiharkan kemerdekaan daripada Kesatuan Soviet.
- 1956 - Gamal Abdel Nasser menjadi Presiden Mesir, jawatan yang disandang sehingga kematiannya pada 1970.
- 1985 - Sebutir bom memusnahkan Penerbangan 182 Air India di atas Lautan Atlantik, membunuh kesemua 329 orang di dalam kapal terbang.
- 1991 - Sega melancarkan Sonic the Hedgehog di Amerika Syarikat dan Eropah, memulakan francais yang telah menjual lebih 80 juta salinan permainan video ini dan susulannya.
- 2008 - Ketua pembangkang Zimbabwe Morgan Tsvangirai menarik diri dari pusingan kedua pilihan raya presiden, menyebabkan Robert Mugabe kekal sebagai presiden.
- 2010 - Jeneral A.S. Stanley A. McChrystal digugurkan sebagai Komander ISAF di Afghanistan; Leftenan Jeneral UK Sir Nick Parker memangku.
- 2011 - Gunung berapi Nabro meletus (gambar), menghamburkan kuantiti terbanyak sulfur dioksida pernah direkod satelit.
- 2011 - AirAsia membuat pesanan tunggal terbesar dalam sejarah penerbangan komersil, membeli 200 pesawat Airbus A320neo.
Kelahiran [sunting]
- 1972 - Zinedine Zidane, bekas pemain bola sepak Real Madrid C.F.
Kematian [sunting]
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||