Muzium Daerah Dungun

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Muzium Daerah Dungun
موزيوم دايره دوڠون
Map
Maklumat am
Ditubuhkan19 Ogos 2008[1]
JenisMuzium Sejarah
Maklumat pentadbiran
Pengasas(?)
Pengurus(?)
Pengarah(?)
Kurator(?)
Arkitek(?)
Sejarawan(?)
Pemilik(?)
Kakitangan(?)
Maklumat geografi
Negara Malaysia
Negeri
Daerah
Lokasi
Lot 3585,
Jalan Yahya Ahmad,
23000 Dungun, Terengganu[2]
Maklumat pelawat
Bilangan pelawat
(?)
Tempat letak kereta terdekat
(?)
Laman sesawang
(?)
sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Muzium Daerah Dungun merupakan sebuah muzium yang terdapat di Pantai Teluk Lipat, Dungun, Terengganu, Malaysia. Muzium ini bertindak bagi memberikan penerangan dan mempamerkan artifak mengenai sejarah daerah Dungun dan sekitarnya.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Muzium Daerah Dungun ini bertempat di sebuah bangunan bersejarah yang sebelumnya merupakan kediaman rasmi Pegawai Daerah Dungun. Bangunan Muzium Daerah Dungun ini telah dibina pada tahun 1941 di bangunan yang pernah menjadi kediaman Penasihat British di Dungun suatu ketika dahulu.

Penubuhan Muzium Daerah diilhamkan semasa Pelancaran Wilayah Ekonomi (ECER) oleh Y. A. B. Perdana Menteri Malaysia pada 28 Oktober 2007. Cadangan membuka sebuah muzium bagi daerah Dungun dihantar oleh Lembaga Muzium Negeri Terengganu kepada Kerajaan Negeri kerana seluruh dunia telah mengenali industri perlombongan bijih besi di Bukit Besi, Dungun sejak tahun 1930-an lagi. Pelancaran majlis pembukaan awal Muzium Daerah Dungun telah diadakan pada 19 Ogos 2008.[3]

Diantara barangan yang menarik yang turut dipamerkan di Muzium Daerah Dungun adalah barangan artifak yang diambil dari bangkai kapal Wanli yang telah dijumpai di luar Pantai Tanjung Jara pada tahun 1997.

Tempat kapal Wanli tenggelam itu telah dikenal pasti melalui laporan oleh nelayan tempatan yang menjumpai banyak balang seramik tersangkut di pukat-pukat mereka. Hasil kajian mendapati kapal yang membawa artifak-artifak ini berasal dari Jingdezhen, China dan digunakan semasa Dinasti Ming oleh pemerintahan Maharaja Wanli (1573-1620 Masihi).

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]