Pengguna:Piecemealcranky/Sumbangan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Sumbangan wiki[sunting | sunting sumber]

Sumbangan piecemealcranky selalunya dihulurkan kepada Wikipedia Bahasa Inggeris kerana beliau berupaya bertutur dengan baik dalam bahasa Inggeris; beliau juga telah banyak menyunting artikel-artikel kosong ataupun yang sedia ada di sana. Secara mendalam lagi, beliau amat suka menyunting artikel yang berkaitan dengan siri anime, tidak kira edisi Inggeris ataupun edisi Bahasa Melayu. Semua sumbangan beliau kepada Wikipedia Edisi Bahasa Melayu boleh dilihat di Laman Sumbangannya.

Nota: Projek-projek di bawah tidak merangkumi rencana-rencana kecil, misalnya seperti artikel-artikel subteks atau yang membawa maksud untuk sesetengah perkara (termasuklah templat-templat). Antaranya termasuklah Tankobon, Seinen, Yuri, Type-Moon, dan sebagainya. Rencana-rencana ini dicipta piecemealcranky tetapi tidak akan disenaraikan di bawah kerana mereka tidak merangkumi rencana-rencana "bersiri" ataupun "terbitan". Namun begitu, rencana-rencana sekunder tetap disenaraikan.

Projek-projek lengkap[sunting | sunting sumber]

Berikut merupakan senarai rencana-rencana yang telah lengkap disunting, disusun daripada "terbaru hingga yang paling lama". Rencana-rencana berikut tidak akan dikemaskinikan lagi di masa hadapan, melainkan jika perlu atau terdapat pembaharuan yang mustahak sahaja. Rencana-rencana yang digelapkan merupakan rencana-rencana pilihan.

Nota tambahan: Sila lihat templat ini untuk senarai rencana-rencana sekunder yang perlu disunting.

Berikut merupakan rencana-rencana yang berpaut ke rencana utama Bleach.

Projek-projek aktif[sunting | sunting sumber]

Senarai rencana-rencana di bawah adalah dikalangan yang terpilih dan akan disunting. Saya tidak meletakkan tempoh yang tetap akan kelengkapan suntingan saya. Oleh itu, mereka mungkin sekali digerakkan ke bahagian projek-projek gugur dan tidak mungkin dikembangkan pada bila-bila masa yang akan datang. Namun, rencana-rencana berikut akan saya sunting dan masih dikira aktif. Anda tidak perlu memaklumkan saya jika anda mahu membantu menyunting; anda boleh terus menambah maklumat sekiranya anda berasa yakin dan telahpun mengetahui selok-belok gaya penulisan Wikipedia. Projek-projek dari bahagian ini akan digerakkan ke bahagian projek lengkap apabila rencananya telah siap disunting (tanpa sebarang pembaharuan/kemaskini) ataupun jika tiada ruang yang boleh dikembangkan berdasarkan manual penulisan.

  • Istilah anime dan manga - Sebuah senarai eksklusif buat istilah-istilah generik dan tidak generik dalam dunia anime dan manga. Daripada senarai ini piecemealcranky mampu mengembangkan rencana-rencana sekunder lain yang memperkenalkan kepada para pembaca maksud yang lebih mendalam lagi dalam setiap rencana mereka yang tersendiri. Rencana utamanya telah siap disunting, dan kini piecemealcranky berada dalam proses menterjemah rencana-rencana yang berpaut kepadanya.
  • xxxHolic - Asalnya sebuah siri manga oleh Clamp. Diadaptasikan sebagai dua buah siri anime dan sebuah filem. Rencana utamanya telah lengkap disunting, namun rencana-rencana sekunder yang tertera pada Templat:XxxHolic belum siap disunting.
  • Elfen Lied - Rencana utama siri ini telah siap disunting piecemealcranky. Kini, beliau sedang dalam proses menyunting rencana-rencana sekundernya. Sila lihat templat Elfen Lied ini untuk senarai rencana-rencana yang perlu disunting.
  • Fabula Nova Crystallis Final Fantasy - Merupakan sebuah kompilasi dalam francais popular iaitu Final Fantasy. Kompilasi ini terbahagi kepada beberapa judul, dan dikeluarkan untuk beberapa konsol dan sistem. Masih dicipta dan diterbitkan oleh Square Enix, piecemealcranky sedang menyunting serta mengemaskinikan maklumat-maklumat yang penting dan terbaru, seperti yang tertera di laman edisi Inggerisnya. Kini, judul-judul yang sah dan disunting piecemealcranky adalah seperti berikut:

Sila lihat templat ini untuk senarai laman-laman yang harus disunting dalam siri Final Fantasy XIII ini.

Projek-projek gugur[sunting | sunting sumber]

Berikut merupakan senarai rencana-rencana yang telah dihentikan daripada status aktif dan digerakkan ke bahagian ini. Setiap rencana yang gagal disunting akan dilabel sebagai "projek gugur" dan tidak akan dikembangkan/dikemaskinikan semula melainkan terdapat suntingan-suntingan yang berkaitan sahaja, ataupun munculnya situasi yang memerlukan mereka untuk dikemaskinikan. Projek-projek dalam perancangan tidak lagi disenaraikan kerana tidak menguntungkan mana-mana pihak sama sekali.

  • Shaiya - Sebuah judul permainan video MMORPG yang boleh didapati secara percuma. Digugurkan kerana rencana di Wikipedia bahasa Inggeris telah dihapuskan diatas hasil perbincangan komuniti. Lihat Wikipedia: Articles for Deletion: Shaiya.
  • 0.999... - Rencana yang berkaitan dengan matematik yang pertama dicipta piecemealcranky, kini digugurkan.
  • Blood+ - Digugurkan kerana tergantung buat sekian lama. Anda boleh membantu mengembangkannya.
  • Keabadian - Projek pertama piecemealcranky yang berdasarkan konsep kehidupan abadi. Rencana ini adalah panjang dan memerlukan masa yang lama untuk diterjemah dan disunting, akhirnya digugurkan kerana melebihi waktu yang sepatutnya. Jika berminat, anda digalakkan untuk mengembangkan rencana ini.
  • Higurashi no Naku Koro ni - Digugurkan kerana tergantung buat waktu yang lama.
  • Fate/tiger Colosseum - Digugurkan kerana kekurangan maklumat sewaktu disunting. Anda digalakkan supaya tidak membuat kesilapan yang sama iaitu "menyunting sesuatu rencana terlalu awal" ataupun "terlalu yakin mampu mencari maklumat tambahan dengan usaha sendiri".
  • Fate/Zero - Berbeza daripada Fate/stay night yang merupakan sebuah siri yang lebih meluas dan terkenal, status rencana ini digugurkan kerana kurang tarikan/menarik.
  • Haruhi Suzumiya (novel ringan) - Digugurkan kerana tergantung buat masa yang lama.