Pulau Salakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Pulau Salakan terletak di luar pantai Semporna, Sandakan , Sabah, Malaysia. Pulau ini berhampiran dengan Pulau Bum-Bum dan Pulau Mabul.

Pulau ini terletak kira-kira 45 minit dari Jeti Seafest di pekan Semporna, Sabah.[1] Kenderaan utama ke sini ialah bot laju.

Terdapat 33 buah rumah terapung yang dikenali sebagai Kampung Air Pulau Salakan. Penduduknya seramai 331 orang dari keturunan Bajau. Mereka bekerja sebagai nelayan pantai. Ketua kampungnya bernama Kapital Panta.

Prasarana di kampung ini daif sekali. Penduduk mendapat bekalan elektrik dari generator yang cukup untuk beberapa jam sahaja. Anak-anak bersekolah di sekolah rendah dengan 4 orang guru. Pelajar menengah akan bersekolah di pekan Semporna dan tinggal di asrama.

Bekalan air bersih tidak ada. Mereka mengharapkan hujan turun setiap hari dan ditadah dalam tong-tong air.

Kaum wanita terlibat dalam aktiviti menganyam tikar mengkuang, menternak dan mengeringkan rumpai laut serta membuat ikan kering. Kraftangan istimewa di sini ialah dapur tanah liat yang dipanggil lapohan. Lapohan biasa digunakan untuk membakar atau memanggang, menanak nasi dan membuat gulai. Harga runcit untuk lapohan ialah RM10-RM40. Kementerian Kesenian, Kebudayaan dan Warisan melalui Kraftangan Sabah cuba mencari potensi kraftangan ini.[2]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Pulau Selakan Selakan Island Retrieved 5 December 2016.
  2. ^ http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=298501