Taman Tamadun Islam

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Taman Tamadun Islam
Status Siap dibina
Lokasi Pulau Wan Man, Kuala Terengganu,
Malaysia Malaysia
Jarak dari pusat bandaraya Kuala Terengganu 4 kilometer
Fungsi Pelancongan
Penerangan
Tempoh pembinaan ± 3 tahun
Dibuka 3 Februari 2008
Keluasan 22.3 hektar
Kos RM 249.3 juta (sekitar AS$ 77.2 juta).
Syarikat
Kontraktor Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT)
Arkitek California Techniflex Effects
Movieworld & Seaworld Australia Argo Gold Resort
Tokyo Disney Sea

Taman Tamadun Islam (TTI) adalah sebuah taman tema yang mengetengahkan keunggulan seni warisan dan seni bina Islam dari seluruh pelosok dunia yang terletak di Pulau Wan Man, Kuala Terengganu yang sebelum ini dianggap tidak berpenghuni dan dipenuhi hutan nipah. Taman tema ini merupakan salah satu projek pembangunan ekonomi Wilayah Ekonomi Pantai Timur.

Taman tema yang mula dibina pada Mac 2005 bukan sahaja dikelilingi replika-replika masjid dari serata dunia malah sebuah masjid yang juga mercu tanda baru Kuala Terengganu iaitu Masjid Kristal turut berdiri megah di situ.

Pembinaan[sunting | sunting sumber]

Projek pembinaan TTI melibatkan 34 kontraktor tempatan sementara Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT) bertanggungjawab memantau projek tersebut.[1] Bahan asas pembinaan TTI secara keseluruhannya menggunakan bahan buatan tempatan. Kira-kira 65% pembinaan menggunakan kepakaran tukang tempatan manakala selebihnya menggunakan khidmat profesional pakar pertukangan daripada luar negara.

Terdapat 6 fasa pembinaan TTI iaitu:

Fasa Pembinaan
1 Masjid Kristal
Perumahan khas imam dan bilal
2 Monumen masjid
Mercu tanda Islam
3 Pusat konvensyen
4 Lagun
Taman terbuka wakaf, trek joging dan astaka
Kawasan memancing
5 Kompleks masuk TTI
Perani
Teropong
Pusat komersil
6 Pelet dan jalan masuk

Replika[sunting | sunting sumber]

Kesemua 22 replika masjid termasuk monumen dan tugu dibina pada nisbah skala 1:4 hingga 1:22 berbanding saiz asal.[2]

██ Dibina mini studio dan menyediakan lebih kurang 60 tempat duduk
Replika masjid, monumen dan tugu Negara
Masjid Abu Nasr Parsa Afghanistan
Masjid an-Nabawi Arab Saudi
Masjidil Haram Arab Saudi
Masjid Sultan Omar Ali Saifudin Brunei
Masjid Xian China
Taj Mahal India
Masjid Kudus Al-Minar Indonesia
Masjid Sheikh Lutfallah Iran
Masjid Besar Samarra Iraq
Masjid Negara Malaysia
Masjid Mohammad Ali Mesir
Masjid Besar Agadez Nigeria
Masjid Badshahi Pakistan
Kubah As Sakhrah Palestin
Masjid Kul Shariff Rusia
Masjid Al-Hambra Sepanyol
Masjid Aleppo Citadel Syria
Masjid Pattani Thailand
Masjid Qairawan Tunisia
Masjid Suleyman Turki
Menara Kalyan Uzbekistan
Masjid Sultan Singapore

Projek Fasa 2 sedang dijalankan antaranya:

1)Pembinaan Kincir Air dimana inovasi Islam pada zaman dahulu yang ingin diketengahkan semula. Pembinaan kincir air ini banyak merujuk kepada Kincir Air Umat Islam lampau di Syria yang menggunakan Teori Al-Jazari. Kincir air ini juga digunakan untuk sistem pengaliran ke tasik di TTI.

2)Monumen Masjidil Haram, teater yang sedia ada akan dinaiktaraf kepada 3D yang dikenali sebagai Virtual Hajj. Pengunjung berpeluang merasai pengalaman virtual haji/ jemaah haji secara lebih teliti.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]