18 Puasa Di Kampong Pisang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke navigasi Pergi ke carian

18 Puasa Di Kampong Pisang adalah merupakan gabungan daripada dua karya Mamat Khalid, iaitu Kampong Pisang dan 16 & 17 Puasa.[1] Namun begitu, Bezanya 18PDKP kali ini disambung terus daripada siri tv Kampong Pisang Bersiri-siri yang mendapat sambutan hangat daripada penonton.

18 PUASA DI KAMPONG PISANG
PengarahMamat Khalid
Penerbit
BerdasarkanMamat Khalid

Nelly Nasir

Nazeed Mahat
Dibintangi oleh
Disunting olehAmen Khalid
Syarikat-syarikat
penerbitan
Mula ditayangkan
15 April 2021 (2021-04-15)
Tempoh tayangan
1 jam 35 minit
NegaraMalaysia
Pecah panggung1 juta

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Mengisahkan tentang sekumpulan penduduk Kampong Pisang masih melakukan kemungkaran di bulan Ramadan. Ketika Barkoba menikmati makanan di siang hari dalam semak samun, tiba-tiba berlaku satu insiden. Dia telah didatangi si iblis dan membawa Barkoba kembali ke masa silam untuk mengimbau setiap tindak tanduk kesalahan yang dilakukan sepanjang hidupnya. Barkoba mengabaikan zakat, menganaiyai orang lain, mengajak melakukan kemungkaran serta menyebabkan kecederaan dan kematian Kiambang. Dapatkah Barkoba memperbetulkan kesalahannya yang lalu dan kembali ke dunia yang nyata dan berjayakah Barkoba menyelamatkan Kiambang.

Menarik[sunting | sunting sumber]

Watak 'Tyson' lakonan Namron dan Jaafar Onn adalah watak yang sama dilakonkan oleh Khir Rahman dalam filem seram juga arahan Mamat Khalid, "Lebuhraya Ke Neraka". Judul 18 Puasa di Kampong Pisang diberi nama kerana filem ini lebih tertumpu kepada dimensi siri "Kampong Pisang Bersiri-siri" disambung menggabungkan elemen dari francais 15,16 dan 17 Puasa.

Seperti dalam trilogi Puasa sebelum ini Ngasrizal Ngasri melakonkan watak 'Nasri' tetapi dalam sekuel kali ini sebagai 'Barkoba'. Begitu juga dengan Aziz M.Osman yang memegang peran Ajis dalam trilogi Puasa tetapi dalam 18PDKP sebagai Pak Jabit.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Sambutan[sunting | sunting sumber]

Dalam masa 3 hari selepas ditayangkan, jualan filem secara terus di Astro First ini berjaya mencecah 1 juta ringgit.[2] Kecemerlangan itu diteruskan lagi apabila setelah 18 hari ditayangkan, 18 Puasa telah mengutip 4 juta ringgit. [3]

Rujukan[sunting | sunting sumber]