25 Days of Christmas

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
25 Days of Christmas
RangkaianThe Family Channel (1996–1997)
Fox Family (1998–2000)
ABC Family (2001–2015)
Freeform (2016–kini)
Disney Channel (2017–kini)
Disney XD (2017–kini)
Disney Junior (2017–kini)
ABC (2017–kini)
Saluran1 Disember 1996; 27 tahun yang lalu (1996-12-01)
Negara asalAmerika Syarikat
Dahulu dikenali sebagaiThe Family Channel's 25 Days of Christmas (1996-1997)
Fox Family's 25 Days of Christmas (1998–2000)
ABC Family's 25 Days of Christmas (2001–2015)
FormatFilem-filem dan rancangan berdasarkan Krismas, bersama dengan sesetengah filem bukan musiman
Tempoh masaSiang dan malam, setiap tahunan dari 1 Disember hingga 25 Disember
BahasaInggeris
Laman web rasmiTapak web rasmi

25 Days of Christmas ("25 Hari Krismas") ialah musim siaran rancangan tahunan bagi Krismas sepanjang bulan Disember yang diaturkan oleh rangkaian kabel Amerika Syarikat Freeform. Acara ini pertama kali diadakan pada tahun 1996, dan kekal sebagai acara tetap tahunan bagi saluran itu melalui pelbagai jelmaan, termasuk The Family Channel, Fox Family, ABC Family, dan Freeform. Jenama ini meliputi siaran bagi tayangan khas percutian klasik serta filem-filem televisyen bertemakan Krismas baharu pada setiap tahun; umumnya sesetengah tayangan khas siri asli rangkaian berkenaan disiarkan semasa tempoh masa ini, selain episod-episod bertemakan Krismas. Pada tahun @006, aturan acara juga telah menyertakan siaran filem umum dan filem keluarga yang haknya dipegang oleh Freeform, termasuklah filem-filem Harry Potter sehingga Januari 2018, dan filem-filem lain Walt Disney Studios Motion Pictures. Pada tahun 2007, blok rancangan ini dipanjangkan ke bulan November dengan blok Countdown to 25 Days of Christmas ("Kira Detik ke 25 Hari Krismas"). Rancangan 25 Days of Christmas kerap menarik kenaikan besar dari segi angka penonton untuk Freeform. Siaran-siaran filem berprofil tinggi kerap menarik seramai 3–4 juta orang penonton atau lebih. Pada November 2017, Disney Channel, Disney XD, Disney Junior, dan ABC menyiarkan rancangan percutian sepanjang Hari Krismas. Walau bagaimanapun, belum ada kepastian sama ada 25 Days of Christmas akan diperpanjang ke FX, ke FXX dan ke FXM sejak The Walt Disney Company memperoleh kebanyakan daripada 21st Century Fox.[1]

Untuk kebanyakan waktu siaran blok ini, empat belas tayangan khas daripada perpustakaan Rankin/Bass Productions bagi tayangan khas Krismas (tidak termasuk tayangan-tayangan khas asli Rudolph the Red-Nosed Reindeer dan Frosty the Snowman, kedua-duanya telah disiarkan di CBS sejak tahun 1972 dan sejak tahun 1969 masing-masing) menjadi tumpuan utama bagi 25 Days of Christmas. Freeform kehilangan hak terhadap dua belas tayangan khas tersebut (termasuk The Year Without a Santa Claus) kepada AMC pada tahun 2018 untuk menjadi kepentingan bagi blok saingan Best Christmas Ever; Freeform masih menyiarkan Santa Claus is Comin' to Town dan The Little Drummer Boy.[2] Pada Mei 2019, Freeform mengumumkan bahawa pihak mereka telah memperoleh hak penyiaran semula kabel untuk tayangan-tayangan khas Rudolph dan Frosty, lalu menyatukan semula empat rancangan Rankin/Bass sebelum tahun 1974 dalam rangkaian sama.[3] CBS akan terus mengadakan hak penyiaran semula siaran percuma untuk kedua-dua tayangan khas itu.[4]

Rancangan[sunting | sunting sumber]

Tayangan khas asli[sunting | sunting sumber]

  • 1996 – Home and Family Christmas Special
  • 2001 – Donner
  • 2008 – A Miser Brothers' Christmas
  • 2009 – Gotta Catch Santa Claus,[5] Holly and Hal Moose: Our Uplifting Christmas Adventure[6]
  • 2011 – A Very Pink Christmas[7]
  • 2017 – Disney Parks Presents a Disney Channel Holiday Celebration
  • 2019 – Spookley and the Christmas Mittens (Disney Junior)

Filem asli[sunting | sunting sumber]

Hampir setiap tahun sejak 25 Days of Christmas bermula pada tahun 1996, sekurang-kurangnya sebuah filem TV baharu berkaitan dengan percutian diterbitkan. Pada tahun 2007, tiga buah filem dicipta untuk blok ini, oleh sebab kepopularan filem-filem tahun sebelumnya.[8]

Era The Family Channel: The Family Channel's 25 Days of Christmas[sunting | sunting sumber]

Era Fox Family: Fox Family's 25 Days of Christmas[sunting | sunting sumber]

Era ABC Family: ABC Family's 25 Days of Christmas[sunting | sunting sumber]

Era Freeform: Freeform's 25 Days of Christmas[sunting | sunting sumber]

  • 2016 – Holiday Joy
  • 2017 – Angry Angel
  • 2018 – Life-Size 2,[12] No Sleep 'Til Christmas,[13] The Truth About Christmas[14]
  • 2019 – Ghosting: The Spirit of Christmas; Same Time, Next Christmas

Tayangan khas Christmas sekarang[sunting | sunting sumber]

Tayangan-tayangan khas Krismas yang tidak asli berikut (pada asalnya ditayangkan secara langsung ke video, atau dalam rangkaian TV lain atau di saluran kabel lain, atau sebagai tayangan pawagam; termasuk Countdown to 25 Days of Christmas dan siaran-siaran dalam rangkaian lain yang mengongsi jenama "25 Days...") (Templat:Sejak):

Sejak tahun 2019, episod-episod Krismas bagi siri regular yang ditonjolkan dalam blok ini adalah daripada The Simpsons, yang diperoleh oleh Freeform sebagai sebahagian daripada pemerolehan 21st Century Fox oleh Disney pada tahun 2019.

Filem-filem Krismas sekarang[sunting | sunting sumber]

Filem Krismas yang tidak asli berikut (pada asalnya ditayangkan sebagai tayangan pawagam, atau secara langsung ke video, atau dalam rangkaian TV lain atau di saluran kabel lain) sekarang ditonjolkan semasa 25 Days of Christmas (Templat:Sejak):

Current Non-Christmas Movies[sunting | sunting sumber]

Filem bukan Krismas yang tidak asli berikut (pada asalnya ditayangkan sebagai tayangan pawagam, atau secara langsung ke video, atau dalam rangkaian TV lain atau di saluran kabel lain) sekarang atau dahulu ditonjolkan semasa 25 Days of Christmas (termasuk Countdown to 25 Days of Christmas) (Templat:Sejak):

Countdown to 25 Days of Christmas dan Kickoff to Christmas[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 2007, oleh sebab rating popular dari tahun sebelumnya, ABC Family melancarkan kira detik rasmi pertama untuk blok rancangan ini, yang bermula pada 21 November. Walaupun ini merupakan permulaan awal rasmi pertama,[8] pada tahun-tahun sebelumnya rancangan tayangan percutian telah bermula secara tidak rasmi semasa minggu terakhir November, dengan tayangan bagi filem-filem asli yang kebanyakannya lama, sesetengah daripadanya juga berkaitan dengan Krismas dan selebihnya pula tidak.[15] Countdown to the 25 Days of Christmas kembali pada tahun 2008 pada 16 November.[16] Pada tahun 2018, Freeform mengumumkan bahawa blok ini dinamai semula kepada Kickoff to Christmas, dan akan berlangsung sepanjang bulan November.[17] Ini tidak diulangi pada tahun 2019, kerana rangkaian menyambungkan rancangan normal semula (selepas 31 Nights of Halloween) pada 1 November pada tahun itu.

2010[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 2010, permulaannya adalah lewat, iaitu pada 20 November.[18] Pada tahun 2012, kira detik bermula pada tarikh lebih awal, iaitu 18 November.[11]

2014[sunting | sunting sumber]

Countdown to the 25 Days of Christmas berlangsung lagi pada tahun 2014. Pada tahun 2014, acara kira detik ini yang bermula pada Ahad 23 November adalah setara dengan tahun lepas. Rancangan dengan rating paling tinggi bagi acara lapan hari ini ialah Finding Nemo dengan seramai 1.8 juta orang penonton, Despicable Me dengan 2 juta orang penonton, dan siaran bagi The Hunger Games pula dengan 1.7 juta orang penonton. Tumpuan lain termasuklah Ratatouille pada Malam Hari Kesyukuran yang memperoleh 1 juta orang penonton, Cars 2 yang memperoleh 1 juta orang penonton, dan Brave yang memperoleh 1.8 juta orang penonton.[19]

2015[sunting | sunting sumber]

Jadual Countdown to 25 Days of Christmas yang dikeluarkan pada 29 Oktober 2015. Aturan tahun 2015 termasuklah tayangan klasik keluarga seperti Toy Story, Finding Nemo, Jingle All the Way, Monsters, Inc., Ratatouille, The Incredibles, Willy Wonka and the Chocolate Factory, dan tayangan perdana kabel bagi Planes. Siaran Isnin 30 November bagi The Polar Express ditonton oleh 1.5 juta orang penonton, rating tertinggi bagi Countdown tahun ini.[20] Siaran Sabtu 28 November bagi Wreck-It Ralph juga ditonton oleh 1.5 juta orang penonton.[21] Tayangan perdana dalam rangkaian bagi Planes pada Malam Hari Kesyukuran hanya memperoleh 0.699 juta orang penonton.[22]

2016[sunting | sunting sumber]

Jadual Countdown to 25 Days of Christmas dikeluarkan pada 22 Oktober 2016. Pada tahun 2016, Countdown to 25 Days of Christmas pertama Freeform berlangsung dari Hari Kesyukuran, 24 November 2016 hingga 25 Disember 2016. Aturan tahun 2016 menyertakan filem-filem keluarga seperti Toy Story, Toy Story 2, Toy Story of Terror, Brave, Tangled, Happy Feet Two, Tooth Fairy, Another Cinderella Story, Mulan, Wreck-It Ralph, Matilda, Little Rascals, Willy Wonka and the Chocolate Factory, dan Despicable Me. Freeform juga mengumumkan tayangan perdana dalam rangkaian bagi The Odd Life of Timothy Green, The Boxtrolls, dan A Cinderella Story: If the Shoe Fits. Filem-filem percutian pada Countdown 2016 hingga 25 Days of Christmas menyertakan: Fred Claus, The Holiday (tayangan perdana dalam rangkaian Freeform), Scrooged, Jingle All the Way, National Lampoon's Christmas Vacation, dan Deck the Halls.[23]

Rating tahun 2016 setara dengan angka tahun sebelumnya. Siaran dengan rating tertinggi pada kira detik ini ialah siaran 26 November bagi Tangled, yang memperoleh 1.461 juta orang penonton. Despicable Me pula memperoleh 1.2 juta orang penonton pada 25 November.[24]

2017[sunting | sunting sumber]

Jadual Countdown to 25 Days of Christmas dikeluarkan pada 12 Oktober 2017. Pada tahun 2017, Countdown to 25 Days of Christmas oleh Freeform akan berlangsung dari 18 November 2017 hingga 30 November 2017. Aturan tahun 2017 menyertakan filem-filem keluarga seperti The Incredibles, Despicable Me, Harry Potter, Willy Wonka & the Chocolate Factory, Hook, Dennis the Menace, Matilda, Charlie and the Chocolate Factory, dan The Boxtrolls. Freeform juga mengumumkan tayangan perdana dalam rangkaian bagi Inside Out, dan Snow Day. Filem-filem percutian pada Countdown 2017 hingga 25 Days of Christmas menyertakan: Home Alone, Elf, National Lampoon's Christmas Vacation, Four Christmases (tayangan perdana dalam rangkaian Freeform), 'Twas the Night Before Christmas, Santa Paws 2: The Santa Pups, Frosty's Winter Wonderland, Jack Frost, The Year Without a Santa Claus, A Christmas Carol, A Dennis the Menace Christmas, Richie Rich's Christmas Wish, Jack Frost, Rudolph and Frosty's Christmas in July, Arthur Christmas, Rudolph's Shiny New Year, Eloise at Christmastime, dan The Nightmare Before Christmas.

2018[sunting | sunting sumber]

Pada 15 Mei 2018, Freeform mengumumkan bahawa Countdown to 25 Days of Christmas dinamai semula dengan nama Kickoff to Christmas untuk November 2018.[17] Jadual Kickoff to Christmas 2018 dikeluarkan pada 10 Oktober 2018. Aturan Kickoff to Christmas 2018 berlangsung dari 1 November hingga 30 November, dan menyertakan filem seperti Jumanji, The Good Dinosaur, Inside Out, Norm of the North, Ratatouille, Yogi Bear, Frozen, Babe, Meet the Robinsons, The Incredibles, Toy Story, Storks, Paddington, Zootopia, dan lain-lain.[25]

2019[sunting | sunting sumber]

Seperti yang disebut sebelum ini, tahun ini menandakan kali pertama dalam televisyen kabel Amerika Syarikat bahawa tayangan-tayangan khas asli Rudolph dan Frosty akan disiarkan dalam rangkaian ini. Tayangan perdana bagi Fantastic Mr. Fox dan The BFG akan berlangsung semasa bulan November.

Rating[sunting | sunting sumber]

2006[sunting | sunting sumber]

Tayangan perdana dalam rangkaian bagi The Polar Express ditonton oleh lebih daripada 4 juta orang penonton.[26] Siaran ulangan pada 9 Disember ditonton oleh seramai 5 juta orang penonton. Rancangan ini menjadi rancangan paling ditonton ramai yang pernah disiarkan di ABC Family.[27] Siaran perdana bagi filem, Santa Baby, ditonton oleh 4.7 juta orang penonton.[28]

2007[sunting | sunting sumber]

Minggu pertama rancangan mencapai purata 2.3 juta orang penonton.[29]

2008[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 2008, minggu pertama rancangan menarik sejumlah 2.7 juta orang penonton.[29] Seluruh aturan mencapai purata 2.5 juta orang penonton.[30][31]

2009[sunting | sunting sumber]

"Countdown to 25 Days of Christmas" tahunan ketiga ditonton oleh 1.2 juta orang penonton. Tayangan perdana dalam rangkaian bagi The Santa Clause 3 ditonton oleh 1.6 juta orang penonton, sementara siaran Harry Potter and the Goblet of Fire ditonton oleh 1.5 juta orang penonton.[32] Tayangan perdana Santa Baby 2: Christmas Maybe ditonton oleh sejumlah 3.8 juta orang penonton.[31]

2010[sunting | sunting sumber]

"Countdown to 25 Days of Christmas" tahunan keempat ditonton oleh 2.1 juta orang penonton.[33] Aturan ini memulakan minggu pertamanya dengan purata 3 juta orang penonton yang memecah rekod.[34] Tayangan perdana pada 12 Disember untuk Christmas Cupid ditonton oleh sejumlah 3.4 juta orang penonton.[35] Jumlah penonton untuk tahun 2010 memecah rekod, dengan purata 2.8 juta orang penonton.[36] Siaran bagi How the Grinch Stole Christmas menarik 1.3 juta orang penonton.[36]

2011[sunting | sunting sumber]

Minggu pertama bagi 25 Days of Christmas ditonton oleh seramai 2.2 juta orang penonton pada purata, kurang sebanyak 27% daripada angka tahun lepas.[37] Semasa minggu kedua, jumlah penonton meningkat kepada 2.4 juta, oleh sebab tayangan perdana 12 Dates of Christmas.[38] Walau bagaimanapun, angka ini masih 30% kurang daripada angka tahun sebelumnya.[38] Jumlah penonton bagi aturan tahun 2011 berpurata pada 2.3 juta orang penonton.[39]

2012[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 2012, blok rancangan ini mencapai jumlah penonton paling tinggi pada minggu debutnya, dengan seramai 2.9 juta orang penonton.[40] Siaran bagi filem Dr. Seuss' How the Grinch Stole Christmas pada 2 Disember menjadi rancangan paling ditonton ramai dalam aturan ini, dengan seramai 5.4 juta orang penonton.[41][42] Siaran penting lain termasuklah tayangan perdana dalam rangkaian bagi Despicable Me, yang ditonton oleh lebih daripada 4.3 juta orang penonton,[43] dan siaran Malam Krismas bagi The Santa Clause 2, yang ditonton oleh 3.9 juta orang penonton.[44] Blok rancangan ini mencapai purata 2.8 juta orang penonton untuk tahun 2012, serentak dengan tahun 2010.[42]

2014[sunting | sunting sumber]

Pada tahun ke-17-nya, 25 Days of Christmas menguasai ABC Family sebagai rangkaian kabel teratas pada waktu perdana dalam kalangan wanita berumur 18–34 tahun. Seluruh aturan memperoleh purata 2.5 juta orang penonton. Siaran pada Jumaat 5 Disember bagi Dr. Seuss' How The Grinch Stole Christmas ditonton oleh seramai 3.7 juta orang penonton. Tayangan perdana dalam rangkaian bagi Toy Story That Time Forgot memperoleh 3.4 juta orang penonton sementara siaran tayangan klasik Toy Story 3 memperoleh 2.7 juta orang penonton.[45] Siaran dengan rating tertinggi bagi Elf memperoleh 3.5 juta orang penonton sementara siaran dengan rating tertinggi bagi National Lampoon's Christmas Vacation memperoleh 3.2 juta orang penonton. Siaran bagi filem klasik Tim Allen The Santa Clause pula yang disertai oleh iklan terhad memperoleh 2.9 juta orang penonton.

Rating Malam Krismas dalam rangkaian ini menyaksikan rating bagi The Polar Express pada 2.2 juta, Home Alone pada 2.7 juta, dan National Lampoon's Christmas Vacation dan Elf sama-sama pada lebih daripada 4 juta.[46]

Siaran percutian bagi Pretty Little Liars memperoleh 2 juta orang penonton sementara Chasing Life memperoleh 1.2 juta orang penonton. Komedi Melissa and Joey dan Baby Daddy memperoleh 1 juta orang penonton dan 800,000 orang penonton masing-masing.[47][47]

2015[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 2015, acara dengan rating tertinggi merupakan siaran bagi Elf pada 5 Disember, dengan seramai 3.7 juta orang penonton, dan siaran lagi satu pada 24 Disember dengan seramai 3.1 juta orang penonton. Rating pada Malam Krismas menurun dalam rangkaian ini ikutan persaingan meningkat daripada rangkaian lain. Elf sekali lagi terbukti menarik ramai penonton. Pada 1 Disember The Polar Express memperoleh 2.4 juta orang penonton, siaran Dr. Seuss' How the Grinch Stole Christmas pula memperoleh seramai 2.4 juta, 2.7 juta, dan 2.9 juta orang penonton pada tarikh berlainan. Siaran dengan rating tertinggi bagi The Santa Clause adalah pada 2 Disember yang memperoleh 2.6 juta orang penonton.[48]

Siaran bagi trilogi Toy Story pada 13–14 Disember memperoleh 2 juta, 2.5 juta, dan 1.4 juta orang penonton. Malam Krismas dalam rangkaian ini menyaksikan 2.4 juta orang penonton bagi National Lampoon's Christmas Vacation, dan 3.1 juta orang penonton bagi Elf. Rating pada Hari Krismas pula lemah, dengan purata kurang daripada 2 juta orang penonton untuk setiap siaran.[48]

2016[sunting | sunting sumber]

Jadual 25 Days of Christmas dikeluarkan pada hujung Oktober oleh Freeform. Sementara ketiadaan nyata termasuklah How the Grinch Stole Christmas oleh Jim Carrey, Home Alone, dan filem kedua dan filem ketiga The Santa Clause, jadual masih menyertakan banyak tayangan klasik. Jadual termasuklah 25 hari bagi tayangan klasik seperti, Willy Wonka & The Chocolate Factory, National Lampoon's Christmas Vacation, The Santa Clause, The Nightmare Before Christmas oleh Tim Burton, Jack Frost, A Christmas Carol oleh Disney, The Polar Express, The Holiday, Elf, Jingle All The Way, Scrooged, Deck the Halls, Toy Story, Frozen, dan Happy Feet.[49]

Rating tahun 2016 bagi 25 Days of Christmas menurun dari tahun sebelumnya. Siaran dengan rating tertinggi adalah pada 4 Disember, apabila Elf memperoleh 2.5 juta orang penonton. Siaran lain bagi Elf memperoleh 2.1 juta orang, 1.8 juta orang, dan 2.0 juta orang penonton. Sebuah maraton Toy Story pada 10 Disember memperoleh 1.3 juta orang, 1.5 juta orang, dan 1.4 juta orang penonton. Siaran Frozen memperoleh 2.3 juta orang penonton pada 17 Disember.[24]

Malam Krismas dalam rangkaian ini menyaksikan 1.4 juta orang penonton bagi The Polar Express, 1.7 juta orang penonton bagi The Santa Clause, 2.7 juta orang penonton bagi Elf, dan 2.8 juta orang penonton bagi National Lampoon's Christmas Vacation.[24]

2017[sunting | sunting sumber]

Di samping aturan tradisional yang terdiri daripada filem perolehan dan filem Disney, aturan untuk tahun 2017 menyertakan filem asli baharu Angry Angel, yang membintangkan Jason Biggs dan Brenda Song, dan tayangan khas baharu Decorating Disney: Holiday Magic, yang mendokumenkan cara persiapan musim percutian di taman-taman tema Disney. Pada 31 Oktober 2017, ada pengumuman bahawa jenama 25 Days of Christmas juga akan digunakan untuk rancangan percutian untuk ABC (termasuk musim-musim baharu siri mini musiman The Great Christmas Light Fight dan The Great American Baking Show, serta tayangan-tayangan khas tradisional lain), Disney Channel (termasuk Disney Parks Presents a Disney Channel Holiday Celebration), Disney Junior (termasuk tayangan khas The Lion Guard "Timon and Pumbaa's Christmas"), dan Disney XD (Milo Murphy's Law: "A Christmas Peril", dan Star vs. the Forces of Evil: "Stump Day"/"Holiday Spellcial").[1][50]

Nielsen menganggarkan bahawa sekurang-kurangnya 150 juta orang penonton menonton sebahagian daripada rancangan di Freeform semasa acara ini.[51]

2018[sunting | sunting sumber]

Sepanjang dua minggu pertama selepas Hari Kesyukuran, purata angka penonton bagi filem cetera di Freeform menurun sebanyak 36% sepanjang tahun 2017, terutamanya oleh sebab kekalahannya kepada beberapa rancangan tetap utama bagi aturan 25 Days, seperti siri filem Harry Potter (hak kabelnya dipindahkan kepada Syfy dan USA Network pada awal tahun itu)[52][53] serta beberapa filem dan tayangan khas milik Warner Bros. (termasuk Elf dan National Lampoon's Christmas Vacation, dan 12 buah tayangan khas Rankin/Bass) yang diperoleh oleh AMC untuk aturan percutian yang bersaing.[54][51] Filem asli Life-Size 2 (susulan kepada filem TV ABC tahun 2000, yang membintangkan Tyra Banks) ditonton oleh 1.26 juta orang penonton.[55]

2019[sunting | sunting sumber]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Catatan[sunting | sunting sumber]


Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b "Disney/ABC Television Group Networks Share Holiday Programming Plans". Broadcasting & Cable (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 15 November 2017. Dicapai pada 14 November 2017.
  2. ^ [Celebrate the Holiday Season With "AMC Best Christmas Ever" All Month Long]. amc press release. Dicapai pada 10 Disember 2018.
  3. ^ https://www.wdtvpress.com/freeform/2019upfront/press-releases/
  4. ^ CBS holiday special schedule released. KDKA-TV. Dicapai 31 Oktober 2019.
  5. ^ "Gotta Catch Santa Claus - DVD Review" (dalam bahasa Inggeris). Monsters and Critics. 14 Oktober 2009. Diarkibkan daripada yang asal pada 12 Disember 2013. Dicapai pada 22 Julai 2013.
  6. ^ [1] Diarkibkan 18 April 2010 di Wayback Machine
  7. ^ Pavan -- SitcomsOnline.com (2 November 2011). "2011 ABC Family 25 Days of Christmas Schedule; Fox Picks-Up Full Second Season of Bob's Burgers - SitcomsOnline.com News Blog" (dalam bahasa Inggeris). Blog.sitcomsonline.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 4 Ogos 2013. Dicapai pada 22 Julai 2013.
  8. ^ a b "Breaking News - ABC Family Announces 2007 Summer and Fall Schedule" (dalam bahasa Inggeris). TheFutonCritic.com. 23 Julai 2006. Dicapai pada 22 Julai 2013.
  9. ^ "ABC Family Steps Up to the Slate" (dalam bahasa Inggeris). TV Guide. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 Februari 2012. Dicapai pada 6 Februari 2012.
  10. ^ Chris. "25 Days of Christmas Blogs - 25 Days of Christmas - ABCFamily.com" (dalam bahasa Inggeris). Abcfamily.go.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 25 Oktober 2012. Dicapai pada 22 Julai 2013.
  11. ^ a b "ABC Family Presents 'Countdown to 25 Days of Christmas' Starting Sunday, November 18" (dalam bahasa Inggeris). TV by the Numbers. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 Oktober 2012. Dicapai pada 7 Oktober 2012.
  12. ^ Wagmeister, Elizabeth (19 April 2017). "'Life-Size' Sequel Movie Starring Tyra Banks Officially Greenlit at Freeform". Variety (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 20 April 2017. Dicapai pada 19 April 2017.
  13. ^ "Freeform Promises a Very Merry Holiday with Two Original Christmas Features". Broadway World (dalam bahasa Inggeris). 9 Julai 2018. Dicapai pada 19 September 2018.
  14. ^ "Freeform Adds a Third Original Film to Their Popular Holiday Programming – Production Begins on 'The Truth About Christmas,' From MarVista Entertainment". Deadline Hollywood (dalam bahasa Inggeris). 20 Julai 2018. Dicapai pada 19 September 2018.
  15. ^ "Disney | ABC Television Group Login Service" (dalam bahasa Inggeris). Abcfamilymedianet.com. Dicapai pada 22 Julai 2013.[pautan mati kekal]
  16. ^ "ABC FAMILY ANNOUNCES 2008 SUMMER AND FALL SCHEDULE" (PDF) (dalam bahasa Inggeris). ABC Family Medianet. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 11 September 2012. Dicapai pada 22 Julai 2013.
  17. ^ a b R., Holly (15 Mei 2018). "FreeForm Announces Exciting Changes for Their Halloween and Christmas Programming!". Chip & Company (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 22 Julai 2018.
  18. ^ "ABC Family – 25 Days Of Christmas". abcfamily.go.com (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 3 Oktober 2011. Dicapai pada 27 Oktober 2011.
  19. ^ "Archived copy" (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 15 Disember 2014. Dicapai pada 4 Disember 2014.CS1 maint: archived copy as title (link)
  20. ^ "Archived copy" (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 6 Julai 2016. Dicapai pada 2 Disember 2015.CS1 maint: archived copy as title (link)
  21. ^ "Archived copy" (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 11 Disember 2015. Dicapai pada 11 Disember 2015.CS1 maint: archived copy as title (link)
  22. ^ "Archived copy" (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 11 Jun 2017. Dicapai pada 3 Disember 2017.CS1 maint: archived copy as title (link)
  23. ^ "Archived copy" (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 22 Oktober 2016. Dicapai pada 22 Oktober 2016.CS1 maint: archived copy as title (link)
  24. ^ a b c "Archived copy" (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 18 Julai 2017. Dicapai pada 19 Julai 2017.CS1 maint: archived copy as title (link)
  25. ^ https://www.countryliving.com/life/entertainment/a22515811/freeform-25-days-of-christmas-2018/
  26. ^ "Cable Ratings: Holidays Are Hot for ABC Family" (dalam bahasa Inggeris). Broadcasting & Cable. Dicapai pada 6 Februari 2012.
  27. ^ Dempsey, John (12 Disember 2006). "ABC Family rides 'Express' to a ratings record" (dalam bahasa Inggeris). Variety. Dicapai pada 2012-02-06.
  28. ^ ""Santa," "Polar" top cable ratings" (dalam bahasa Inggeris). Reuters UK. 13 Disember 2006. Diarkibkan daripada yang asal pada 10 Ogos 2011. Dicapai pada 6 Februari 2012.
  29. ^ a b "Powered by a Banner Opening Week for the Net's 11th Annual "25 Days of Christmas" Event, ABC Family Attracts its Largest Weekly Prime Audiences Ever in Adults 18–34, Adults 18–49 and Viewers 12–34" (dalam bahasa Inggeris). TV By the Numbers. Diarkibkan daripada yang asal pada 4 November 2012. Dicapai pada 8 November 2011.
  30. ^ "ABC Family has record year in 2008" (dalam bahasa Inggeris). TV By the Numbers. Diarkibkan daripada yang asal pada 21 Januari 2016. Dicapai pada 8 November 2011.
  31. ^ a b "ABC Family's "Santa Baby 2 Christmas Maybe" Debuts as the Season's No. 1 Cable Movie in Adults 18–49" (dalam bahasa Inggeris). TV By the Numbers. Diarkibkan daripada yang asal pada 9 Disember 2013. Dicapai pada 8 November 2011.
  32. ^ "ABC Family's 12th Annual "25 Days of Christmas" is Off to its Best Start Ever in Core 18-34s and 12-34s" (dalam bahasa Inggeris). TV By the Numbers. Diarkibkan daripada yang asal pada 2 November 2012. Dicapai pada 8 November 2011.
  33. ^ "ABC Family Delivers Best-Ever November Levels in Primetime in Total Viewers" (dalam bahasa Inggeris). TV By the Numbers. Diarkibkan daripada yang asal pada 9 September 2011. Dicapai pada 8 November 2011.
  34. ^ "ABC Family Sets New Weekly Highs in Prime Among Adults 18–34, Women 18–34 and Viewers 12–34" (dalam bahasa Inggeris). TV By the Numbers. Diarkibkan daripada yang asal pada 11 Januari 2011. Dicapai pada 8 November 2011.
  35. ^ "ABC Family Has Second-Best Week Ever in Primetime in Key Demographics" (dalam bahasa Inggeris). TV By the Numbers. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 Januari 2011. Dicapai pada 8 November 2011.
  36. ^ a b "2010 is ABC Family's Most-Watched Year in Prime Across All Key Demos" (dalam bahasa Inggeris). TV By the Numbers. Diarkibkan daripada yang asal pada 13 Mei 2011. Dicapai pada 8 November 2011.
  37. ^ "ABC Family Owns Cable's Top 5 Movies in Women 18–34, Led by "Harry Potter & the Half Blood Prince" and "Dr. Seuss' How the Grinch Stole Christmas"" (dalam bahasa Inggeris). TV By the Numbers. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 Oktober 2012. Dicapai pada 6 Disember 2011.
  38. ^ a b "ABC Family is Cable's No. 1 Network in Prime for the 2nd Consecutive Week in Women 18–49 and Females 12–34" (dalam bahasa Inggeris). TV By the Numbers. Diarkibkan daripada yang asal pada 25 Disember 2013. Dicapai pada 28 Januari 2012.
  39. ^ "2011 is ABC Family's #1 Year in Prime Across All Key Demos" (dalam bahasa Inggeris). TV By the Numbers. Diarkibkan daripada yang asal pada 4 Februari 2012. Dicapai pada 28 Januari 2012.
  40. ^ "ABC Family Delivers its Number 1 Most-Watched Week in Prime on Record in Total Viewers and Across All Target 18–34, 18–49 and 12–34 Demos" (dalam bahasa Inggeris). TV By the Numbers. Diarkibkan daripada yang asal pada 12 Januari 2013. Dicapai pada 23 Disember 2012.
  41. ^ "Sunday Cable Ratings: 'The Walking Dead' Midseason Finale Dominates Night + 'Real Housewives of Atlanta', 'Shahs of Sunset', 'Dexter', 'Sister Wives' & More" (dalam bahasa Inggeris). TV By the Numbers. Diarkibkan daripada yang asal pada 17 Disember 2012. Dicapai pada 30 Disember 2012.
  42. ^ a b "ABC Family's 15th Annual '25 Days of Christmas' Soars to Record Levels; Pacing for Number 1 Year Ever in 2012" (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 3 Januari 2013. Dicapai pada 30 Disember 2012.
  43. ^ "Cable Top 25: Monday Night Football Tops Cable Viewership Again for the Week Ending December 9, 2012" (dalam bahasa Inggeris). TV By the Numbers. Diarkibkan daripada yang asal pada 21 Disember 2012. Dicapai pada 23 Disember 2012.
  44. ^ "Monday Cable Ratings: 'A Christmas Story' Wins Night, 'WWE Raw', College Football, 'Teen Mom 2' & More". TV By the Numbers. Diarkibkan daripada yang asal pada 21 Disember 2012. Dicapai pada 30 Disember 2012.
  45. ^ "Archived copy" (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 27 Januari 2015. Dicapai pada 14 Januari 2015.CS1 maint: archived copy as title (link)
  46. ^ "Archived copy" (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 7 Februari 2015. Dicapai pada 14 Januari 2015.CS1 maint: archived copy as title (link)
  47. ^ a b "Archived copy" (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 6 Januari 2015. Dicapai pada 14 Januari 2015.CS1 maint: archived copy as title (link)
  48. ^ a b "Archived copy" (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 25 Januari 2016. Dicapai pada 8 Januari 2016.CS1 maint: archived copy as title (link)
  49. ^ "Archived copy" (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 30 Oktober 2016. Dicapai pada 30 Oktober 2016.CS1 maint: archived copy as title (link)
  50. ^ "Here's Freeform's Complete "25 Days of Christmas" Schedule". TVGuide.com (dalam bahasa Inggeris). 1 November 2017. Diarkibkan daripada yang asal pada 11 November 2017. Dicapai pada 14 November 2017.
  51. ^ a b Adalian, Josef. "AMC Nabs Christmas Classics As the War for Holiday TV Audiences Heats Up". Vulture (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 17 November 2018.
  52. ^ "NBCU Conjures Deal With Warner Bros For J.K. Rowling's 'Wizarding World' Works". Deadline Hollywood (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 23 Mei 2017.
  53. ^ Kobling, John (8 Ogos 2016). "'Harry Potter' Films to Be Shown on Syfy and USA Network". The New York Times (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 8 Ogos 2016.
  54. ^ "'Elf' and 'Christmas Vacation' Make Holiday Magic for AMC". The Hollywood Reporter (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 21 Mac 2019.
  55. ^ "Ratings - The Premiere of Freeform's "Life-Size 2: A Christmas Eve" Is Sunday's No. 1 Cable Program". The Futon Critic (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 21 Mac 2019.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Templat:Rankin-Bass Templat:Freeform

Templat:Disney XD Original Series