Pergi ke kandungan

Andai Tiada Dia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Andai Tiada Dia
GenreMelodrama
Konflik
Cinta
Keluarga
Berdasarkan daripada
Novel Andai Tiada Dia karya Rissa Ahdiya
Ditulis oleh
  • Adib Zaini
  • Hafiz Abu Bakar
  • Shaza Talib
  • Baizura Kahar
  • Mike Alias
  • Bainun Waheeda
  • Keen
  • Aina Atiqah
PengarahRiza Baharudin
Dibintangi oleh
Lagu pembukaan"Nur Cinta" — Amir Masdi
Lagu penutup"Andai Tiada Dia" — Isyariana Che Azmi
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod36
Penerbitan
Penerbit eksekutifDato Zaiton Muhd Jiwa
PenerbitZetty Alia Ramly
Zetty Adila Ramly
Tempoh siaran49 minit
Syarikat penerbitan
Global Station Sdn Bhd
Penyiaran
Saluran asalAstro Ria (Slot MegaDrama)
Astro Go
Sooka
Format gambar
Format audioDolby Digital
Siaran asal21 Oktober 2024 – 19 Disember 2024
Kronologi
MengikutiUncle Bos Mama
Diikuti olehCurang Tanpa Niat - The Office Wife

Andai Tiada Dia ialah sebuah drama televisyen Malaysia 2024 arahan Riza Baharudin dibintangi oleh Ummi Nazeera, Hisyam Hamid, Mimi Lana / Alicia Amin dan Zahiril Adzim. Drama ini memulakan tayangan perdana di Slot MegaDrama, Astro Ria bermula 21 Oktober 2024 hingga 19 Disember 2024 menggantikan Uncle Bos Mama.

Sudah 7 tahun usia perkahwinan antara Suri (Ummi Nazeera) dan Haikal (Hisyam Hamid) namun belum ada rezeki untuk menimang cahaya mata. Kehadiran Luqman dalam hubungan Suri dan Haikal telah mewujudkan rasa tidak senang kepada Haikal. Haikal terasa dirinya disisihkan.

Sebaliknya Haikal mempunyai hubungan istimewa dengan Intan (Mimi Lana), adik Suri yang ketika itu menumpang di rumahnya. Kecurangan Haikal terbongkar dan Suri sanggup melepaskan Haikal demi Intan.

Setelah bercerai, Suri disahkan mengandung. Haikal yang mendapat tahu hal itu ingin memujuk semula Suri. Pada masa itu, munculnya Falah (Zahiril Adzim) yang sentiasa wujud apabila Suri dalam kesusahan.

Pelakon Utama

[sunting | sunting sumber]

Pelakon Pembantu

[sunting | sunting sumber]

Pelakon Tambahan

[sunting | sunting sumber]
  • Adik Opie sebagai Laila 8 Τahun
  • Shima Bee sebagai Zarina
  • Zarrin Nuqman sebagai Aiman
  • Bobo Rimaz sebagai Bobo
  • Liza Kowangit sebagai Shaza
  • Mizie Ahmad sebagai Aidil
  • Draman Muhamad sebagai Pak Ali
  • Siti Zaleha sebagai Juli
  • Mazliana Mat Sor sebagai Hasnah
  • Charlie Numan sebagai Bomoh
  • Ros Idris sebagai Mak Gayah
  • Lyqal Mokhtar sebagai Azura
  • Hilmi Zerain sebagai Azman
  • Rayyan Hoi sebagai Radhi
  • Iki Faisal sebagai Suzie
  • Paksu Fadzil sebagai Pak Darus
  • Hashim sebagai Haji Hud
  • Elly Suhaili sebagai Jana
  • Megat Terawis sebagai Pak Ramli
  • Zamir Akmal sebagai Rosyam
  • Hasni Liana sebagai Zainab

Muzik dan Runut Bunyi

[sunting | sunting sumber]

1. Mimi Lana sepatutnya memegang watak Intan untuk semua episod tetapi kerana tidak dapat fokus 36 episod berikutan terikat dengan projek lain akhirnya Mimi Lana hanya berlakon 28 episod dan bakinya diteruskan oleh penggantinya Alicia Amin yang mempunyai iras wajah Mimi. Bagaimanapun reaksi penonton terhadap Alicia tidak berpuas hati kerana terlalu overacting berbanding Mimi meskipun beliau sebagai pelakon gantian.

2. Drama Andai Tiada Dia meraih 71 juta (media sosial), 6.7 juta penonton antara 21 Oktober sehingga 2 Disember 2024 dan belum termasuk penonton di aplikasi bukan Sooka iaitu Telegram, reels Facebook serta penonton dari Indonesia, Singapura dan rakyat Malaysia tinggal di luar negara.

3. Watak Falah Yusof dilakonkan Zahiril Adzim hanya masuk episod 13 dan menerima pujian daripada peminatnya dan penonton.

4. Di episod akhir ramai penonton tidak berpuas hati pengakhiran Intan dan mengecam pengarah drama tersebut iaitu Riza Baharuddin kerana dianggap menyeksa penonton, tetapi Riza memohon maaf kepada semua penonton jika tidak berpuas hati.

5. Suami kepada Ummi Nazeera, Dr. Izzar Anwari yang juga seorang doktor sering berkongsi review drama lakonan isteri beliau serta selitkan ilmu perubatan secara jenaka, hingga mengelarkan dirinya 'Pakar ulasan tidak bertauliah' hanya untuk drama Andai Tiada Dia hakikatnya Izzar seorang bersikap positif dan menyokong kerjaya seni Ummi di awal perkahwinan sehingga sekarang. Selain itu drama ini juga selitkan ilmu agama tentang rumah tangga, kematian dalam platform Bambam Studios.