Bella Astillah
Bella Astillah | |
|---|---|
| Kelahiran | Dayang Ara Nabellah binti Awang Astillah 15 Mac 1994 |
| Pendidikan | SJK (C) Ming Chung |
| Pusat pendidikan | Kolej Universiti Metropolitan Kuala Lumpur (Dip) |
| Pekerjaan |
|
| Tahun aktif | 2006–kini |
Karya | Filemografi |
| Pasangan | Aliff Aziz (k. 2016; c. 2024) |
| Anak-anak |
|
| Ibu | Siti Zarina Roslan |
| Bapa | Awang Astillah Dullah |
| Keluarga |
|
| Kerjaya muzik | |
| Genre | Pop |
| Alat muzik | Vokal |
| Syarikat rakaman | Universal Music Malaysia |
| Kegiatan berkaitan | Didi Astillah |
Dayang Ara Nabellah binti Awang Astillah atau lebih dikenali sebagai Bella Astillah (lahir 15 Mac 1994) ialah seorang penyanyi, pelakon dan model wanita Malaysia.
Kerjaya
[sunting | sunting sumber]Kerjaya seni Bella Astillah bermula sejak zaman kanak-kanak lagi apabila beliau bersama adiknya, Didi Astillah merakamkan sebuah album dan menyanyikan pelbagai lagu kanak-kanak. Menerusi album tersebut, Bella Astillah dan Didi Astillah dikenali sebagai Adik-Adik Mutiara.
Kehidupan peribadi
[sunting | sunting sumber]Pada akhir 2016, selepas berkenalan selama dua tahun serta bertunang hampir 9 bulan, Bella dan penyanyi kelahiran Singapura, Aliff Aziz melangsungkan perkahwinan dan mengadakan majlis resepsi dihadiri oleh 1,000 tetamu yang bertempat di Top Glove, Shah Alam, Selangor.
Pasangan ini memfailkan perceraian pada 16 Mei 2019 di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.[1] Beliau membuat keputusan untuk meneruskan hidup tanpa Aliff kerana tidak tahan dengan sikap Aliff yang berlaku curang terhadapnya.[2][3] Namun pada April 2020, Bella mengesahkan di laman IG beliau bahawa beliau dan Aliff telah rujuk kembali pada tahun 2019 ketika Bella dalam tempoh iddah.[4][5]
Hasil perkongsian hidupnya dengan Aliff, beliau dikurniakan dua orang anak, iaitu pada 7 Julai 2017, anak lelaki bernama Mohamed Ayden Adrean Mohammad Aliff dan pada 18 Julai 2020, seorang anak perempuan, Ara Adreanna Mohammad Aliff.[6]
Pada 13 Jun 2024, Aliff Aziz melafazkan talak satu terhadap Bella di hadapan Hakim Syarie Wan Mohd Najid Wan Hamat di Mahkamah Rendah Syarie Wilayah Persekutuan pada jam 1:10 petang.[7]
Pada masa ini, Bella mempunyai hubungan rapat dengan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sejak 2024,[8] jadi ia telah disangka mempunyai hubungan romantik oleh warga netizen Malaysia.[9][10] Syed Saddiq juga muncul dalam salah satu video muzik Bella sebagai cameo, bertajuk "Tapi Bukan Denganmu".[8] Bagaimanapun, Syed Saddiq kemudian menjelaskan bahawa beliau terpaksa mengambil pertunjukan model dengan Bella untuk mengumpul dana untuk kawasannya dan menambah bahawa ini adalah disebabkan percubaannya untuk mendapatkan peruntukan kerajaan tidak berjaya. Beliau berjaya memperoleh sumbangan RM1 juta untuk Muar.
Pada 28 Mac 2026, Bella bertunang dengan Syed Saddiq.[11][12][13]
Diskografi
[sunting | sunting sumber]| Tahun | Tajuk | Album |
|---|---|---|
| 2006 | Diari Ramadhan | OST drama Diari Ramadhan Rafique |
| 2020 | Tenang | |
| 2023 | Pano | |
| 2024 | Tapi Bukan Denganmu | |
| Lukisan | OST drama Hai Cinta, Dengarkanlah | |
| 2026 | Ya Raya |
| Tahun | Tajuk | Duet | Album |
|---|---|---|---|
| 2019 | Jom Raya | Aliff Syukri dan Zizi Kirana | |
| Bersama Di Hari Raya | Didi Astillah | ||
| Starlela | Ifa Raziah & Zizi Kirana | ||
| 2020 | Preggy Mama | menampilkan BOSS, lagu bagi produk Jus Mamariam, Abubakarxli, Siqma, Malik Abdullah | |
| #jangankeluar | bersama Yonnyboii, Shila Amzah, Hafiz Hamidun, Rabbit Mac, Shalma Eliana, Sophia Liana, Alvin Chong, Luca Sickta, Kmy Kmo, Tuju K-Clique, Kowachee, DOLLA, ASYRFNSIR | ||
| 2022 | Tetap Disini | Aliff Aziz | |
| 2024 | Bermanja-Manja | Didi Astillah | OST drama Leha, Leya Lawa |
| 2025 | Lebih Indah Berpisah | Ade Govinda | |
| Akhirnya Kamu | Daniesh Suffian |
Filemografi
[sunting | sunting sumber]Anugerah dan pencalonan
[sunting | sunting sumber]| Tahun | Anugerah | Kategori | Pencalonan | Keputusan |
|---|---|---|---|---|
| 2024 | Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-36 | Aktres TV Popular | Dirinya sendiri | Tercalon |
| 2025 | Anugerah Melodi Terhangat 2025 | Selebriti Trending Terhangat | Dirinya sendiri (bersama Syed Saddiq Syed Abdul Rahman) | Tercalon |
| Selebriti Couple Goals Terhangat | Menang | |||
| Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-37 | Penyanyi Wanita Popular | Dirinya sendiri | Tercalon | |
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ↑ Aliff Aziz dan Bella Astillah sah bercerai Berita Harian Singapura (16 Mei 2019). Dicapai pada 12 Julai 2019.
- ↑ Aida Rizmariza Kamaruddin (14 Mei 2019). "Selamat tinggal Aliff - Bella". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-05-17. Dicapai pada 12 Julai 2019.
- ↑ Mohd. Fadhil Abdollah (28 April 2019). "Perceraian jalan terakhir - Bella Astillah". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-07-12. Dicapai pada 12 Julai 2019.
- ↑ Zaidi Mohamad (26 April 2020). Bella hamil, kembali rujuk dengan Aliff Berita Harian. Dicapai pada 11 Jun 2020.
- ↑ ‘Masa dalam iddah, tak perlu kahwin semula’ - Bella Astillah dan Aliff Aziz rujuk, kini hamil anak kedua Astro Awani. 26 April 2020. Dicapai pada 7 Ogos 2020.
- ↑ Fatin Farhana Ariffin (18 Julai 2020). Bella dapat anak perempuan Berita Harian. Dicapai pada 5 Ogos 2020.
- ↑ Fatin Farhana Ariffin (18 Julai 2020). Enggan bersalaman buat kali terakhir, Aliff Aziz sudah ceraikan Bella Astillah MStar. Dicapai pada 13 Jun 2024.
- 1 2 "Bella Astillah rupanya bersahabat baik dengan Syed Saddiq, kongsi mesej kekeluargaan dalam lagu 'Tapi Bukan Denganmu'".
- ↑ "Ramai restu jodoh Bella Astillah, Syed Saddiq".
- ↑ "Main Suap-Suap, Peminat Setuju Syed Saddiq 'Couple' Dengan Bella Astillah".
- ↑ "Syed Saddiq becomes model for Raya clothes, raises RM1mil".
- ↑ "Malaysian MP Syed Saddiq becomes a model to raise funds for constituents".
- ↑ "'Saya terpaksa jadi model... akhirnya dapat RM1 juta' - Syed Saddiq".
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- Nama pengguna X sama seperti Wikidata
- Kelahiran 1994
- Orang hidup
- Orang Malaysia berketurunan Melayu
- Muslim Malaysia
- Orang dari Sabah
- Pelakon wanita Malaysia
- Pelakon wanita Malaysia abad ke-21
- Pelakon kanak-kanak Malaysia
- Penyanyi wanita Malaysia
- Pelakon televisyen Malaysia
- Pelakon filem Malaysia
- Peragawati Malaysia