Pergi ke kandungan

Anjing gembala Kangal

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Anjing gembala Anatolia)
Anjing gembala Kangal
Nama lain
  • Anjing Kangal
  • Anjing Kangal Turki
  • Anjing gembala Anatolia (dipertikaikan)[1]
Negara asalTurki
Trait
Berat Jantan 48–60 kilogram (105–130 lb)
Betina 40–50 kilogram (90–110 lb)
Tinggi Jantan 70–80 sentimeter (28–31 in)
Betina 63–75 sentimeter (25–30 in)
Bulu lapis bulu ganda tebal, padat, biasanya pendek, sepanjang 3–7 sentimeter (1–3 in)
Warna antara perang kekuning-kuningan dengan sabel serigala, dengan topeng hitam
Anjing (Canis lupus familiaris)

Anjing gembala Kangal[a] atau hanya anjing Kangal[b] ialah satu baka anjing penjaga haiwan ternakan besar tradisional Turki.[2] Baka ini dinamai sempena bandra dan daerah Kangal di Wilayah Sivas, iaitu wilayah paling timur di Kawasan Anatolia Tengah di Turki tengah. Warna lapis bulunya berbeza-beza antara perang kekuning-kuningan pudar dengan kelabu serigala, sentiasa dengan topeng hitam.

Ia merupakan anjing penjaga kawanan ternakan tradisional yang dibela dengan kawanan biri-biri untuk mengusir serigala dan pemangsa lain. Sesetengah telah dieksport ke negara-negara Afrika seperti Namibia, Kenya, dan Tanzania, sehingga berjaya melindungi ternakan tempatan daripada citah, lalu menyumbang kepada pemuliharaan populasi citah terancam.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Memakai kolar serigala berpacak

Anjing Kangal ialah baka pekerja tradisional dari Anatolia Tengah. Namanya diterbitkan daripada bandar dan daerah Kangal di Wilayah Sivas, wilayah paling timur di Rantau Anatolia Tengah.[perlu rujukan] Anjing Kangal telah digunakan oleh gembala untuk perlindungan daripada serigala dan pemangsa lain selama berabad-abad. Sebuah kajian DNA mendapati bahawa anjing di Kazakhstan, di Uzbekistan, di Tajikistan, dan di Afghanistan secara genetik paling rapat dengan anjing Kangal dan para penyelidik mengusulkan bahawa baka ini mungkin telah dibawa dari Asia Tengah oleh orang Turki nomad.[3]

Anjing Kangal diterima secara muktamad oleh Persekutuan Kinologi Antarabangsa pada tahun 1989; piawaian baka terkini diterbitkan pada tahun 2018.[4]

The Kennel Club di United Kingdom mengiktiraf anjing Kangal Turki berkuat kuasa mulai April 2013 dan piawaian baka sementara diterbitkan pada awal tahun itu; pemilik anjing yang didaftarkan sebagai anjing gembala Anatolia boleh memohon agar anjing-anjing mereka didaftarkan semula di bawah nama baharu.[5][6][7]

Sekitar 300 ekor anjing ini telah diberikan kepada para peladang di Namibia sejak tahun 1994 oleh Dana Pemuliharaan Citah untuk membantu untuk melindungi haiwan ternakan daripada serangan citah dan program ini telah diperluas ke Kenya.[8] Sejak itu, bilangan citah yang dibunuh oleh peladang dihitung telah menurun daripada 19 setiap peladang setiap tahun kepada 2.4. Kerugian haiwan ternakan telah dikurangkan dengan ketara di lebih daripada 80% daripada ladang yang mempunyai anjing baka ini yang telah diterima pakai. Majoriti besar citah yang masih dibunuh oleh peladang dibunuh selepas serangan khusus terhadap haiwan ternakan. Sebelum ini, kucing itu dijejak dan dibunuh setiap kali menghampiri ladang.

Anjing gembala Anatolia[sunting | sunting sumber]

Anjing gembala Anatolia ialah nama yang digunakan di Amerika Syarikat untuk merujuk anjing yang diturunkan daripada anjing penjaga haiwan ternakan rantauan Turki, khususnya anjing Kangal tetapi juga akbash, dari lewat tahun 1960-an.[9] Pada tahun 1967, seorang leftenan Tentera Laut Amerika Syarikat yang ditempatkan di Turki, Robert Ballard, memperoleh dua ekor anjing penjaga haiwan ternakan pekerja, Zorba dan Peki, daripada pembiak baka di rantau Ankara. Zorba ialah jantan berwarna pinto berbulu panjang dan Peki pula betina berwarna kucing pucat berbulu pendek.[9][10] Pada lewat tahun 1960-an, Ballard kembali ke Amerika Syarikat dan membawa anjing-anjing beliau bersama dan pada tahun 1970 pasangan itu melahirkan perinduk pertama, yang menjadi ternakan asasi baka ini di Amerika Syarikat. Sebuah kelab baka dibentuk dengan segera dan contoh-contoh lanjut diimport dari Turki.[9] Dalam mengembangkan baka ini, penggemar Amerika bertindak tanpa memahami keragaman rantauan anjing gembala Turki, dengan hasil bahawa anjing-anjing Amerika dapat dibiakbakakan dengan pelbagai panjang lapis bulu, warna, dan corak warna manakala di Turki baka-baka berlainan membiak lebih padan dengan satu jenis lapis bulu tetap.[9] Hal ini diburukkan lagi dengan penyumberan kebanyakan anjing di zon perantaraan di antara pusat pembiakbakaan utama akbash dengan anjing Kangal, zon yang mempunyai contoh kedua-dua jenis.[9] Anjing gembala Anatolia ialah baka anjing kacuk daripada semua anjing penjaga haiwan ternakan Turki. Pada tahun-tahun berikutnya, permusuhan berkembang antara pembiak baka Amerika, yang bertegas bahawa anjing mereka ialah anjing gembala Turki sejati, dengan pembiak baka Turki yang percaya, dan menyatakan, bahawa anjing-anjing tersebut merupakan gabungan pelbagai baka Turki.[9] Pertukaran penghinaan berlaku dengan pembiak baka Amerika yang menuduh pihak Turki tentang pemasaran anjing dengan keleluhuran meragukan sebagai baka bebas dan pihak Turki menyatakan bahawa pihak Amerika membiakbakakan anjing baka silangan.[9] Nama Anatolian Shepherd Dog ("anjing gembala Anatolia") tidak terkenal di Turki dan baka ini kadang-kadang disebut dengan nama dalam bahasa Turki Çoban Köpeği yang memaksudkan "anjing gembala", atau anjing penjaga haiwan ternakan.[9][11] Sejak tahun 1980-an, pihak Amerika telah mengimport anjing Kangal secara hampir eksklusif dan anjing gembala Anatolia semakin mengakuri jenis baka tersebut. Walaupun begitu, anak-anak anjing dengan penampilang kacuk masih dilahirkan dan pihak berkuasa Turki masih enggan mengiktiraf anjing gembala Anatolia sebagai baka tulen Turki.[9]

Ciri[sunting | sunting sumber]

Jantan biasanya berdiri setinggi 72–78 cm (28–31 in) pada paras kelasa, betina pula setinggi 65 dan 73 cm (26 dan 29 in), dengan toleransi 2-sentimeter (1 in) ke atas atau ke bawah untuk kedua-dua jantina.[12][13]

Anjing gembala Kangal tidak seberat sesetengah baka mastif lain, yang memberinya kelajuan dan ketangkasan lebih tinggi daripada anjing lebih besar. Anjing dapat mencapai kelajuan sehingga 56 km/j (35 mph).[perlu rujukan] Lapis bulu bawah menyediakan penebat terhadap kedua-dua musim sejuk parah Anatolia dan matahari terik musim panas, manakala lapis bulu luar menangkis air dan salji. Gabungan lapis bulu ini membolehkannya mengawal atur suhu terasnya dengan lebih cekap, manakala lapis bulunya cukup padat untuk menangkis kecederaan akibat gigitan serigala.[perlu rujukan]

Kegunaan[sunting | sunting sumber]

Anjing Kangal ialah anjing penjaga kawanan ternakan tradisional, yang dibela bersama dengan kawanan biri-biri untuk menangkis serigala dan pemangsa lain.[14] Sesetengah anjing telah dieksport ke negara-negara Afrika seperti Namibia, Kenya, dan Tanzania, dengan kejayaan dlama perlindungan kawanan ternakan tempatan daripada citah, sekali gus menyumbang kepada pemuliharaan populasi citah terancam.[15][16]

Catatan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Jawi: انجيڠ ݢمبالا کڠݢل; Turki: Kangal çoban köpeği; bahasa Inggeris: Kangal shepherd dog; Kangal shepherd
  2. ^ Jawi: انجيڠ کڠݢل; bahasa Inggeris: kangal

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Turkish Kangal Dog (Inggeris). London: The Kennel Club. Dicapai pada 9 Januari 2024.
  2. ^ Orhan., Yilmaz (2007). The Turkish kangal (karabash) shepherd dog : the national dog of Turkey (dalam bahasa Inggeris). Impress Printing Co. ISBN 978-975-92133-7-4. OCLC 874356597.
  3. ^ Koban, Evren; Saraç, Çiğdem Gökçek; Açan, Sinan Can; Sovalainen, Peter; Togan, Inci (2009). "Genetic relationship between Kangal, Akbash and other dog populations". Discrete Applied Mathematics (dalam bahasa Inggeris). 157 (10): 2335–2340. doi:10.1016/j.dam.2008.06.040. hdl:11511/28384.
  4. ^ "FCI breeds nomenclature: Kangal Çoban Köpegi (331)". Persekutuan Kinologi Antarabangsa (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 9 Januari 2024.
  5. ^ "KC to recognise the Turkish Kangal Dog". Dog World. Diarkibkan daripada yang asal pada 31 Disember 2013. Dicapai pada 9 Januari 2024.
  6. ^ "Recognition of the Turkish Kangal dog" (dalam bahasa Inggeris). Kennel Club. Diarkibkan daripada yang asal pada 11 Oktober 2012. Dicapai pada 9 Januari 2024.
  7. ^ "Turkish Kangal Dog; proposed interim standard" (dalam bahasa Inggeris). The Kennel Club. Diarkibkan daripada yang asal pada 23 April 2013. Dicapai pada 19 Januari 2024.
  8. ^ Smith, Lewis (26 Disember 2008). "How mans best friend is saving endangered big cat". The Times (dalam bahasa Inggeris). London, United Kingdom. Dicapai pada 19 Januari 2024.
  9. ^ a b c d e f g h i Morris, Desmond (2001). Dogs: the ultimate dictionary of over 1,000 dog breeds (dalam bahasa Inggeris). North Pomfret, Vermont, Amerika Syarikat: Trafalgar Square Publishing. m/s. 393–396. ISBN 1-57076-219-8.
  10. ^ Wilcox, Bonnie; Walkowicz, Chris (1995). Atlas of dog breeds of the world. Neptune City, New Jersey, Amerika Syarikat: TFH Publications. m/s. 123–124.
  11. ^ Yilmaz, Orhan (2007). Turkish kangal (Karabash) shepherd dog (dalam bahasa Inggeris). Ankara: Impress Printing Comp. m/s. 11–12.
  12. ^ "FCI-Standard N° 331 KANGAL ÇOBAN KÖPEĞI (Kangal Shepherd Dog)" [Piawaian FCI No. 331 Anjing Gembala Kangal] (pdf). Persekutuan Kinologi Antarabangsa (dalam bahasa Inggeris). Diterjemahkan oleh. 25 Jun 2018. Dicapai pada 9 Januari 2024.CS1 maint: others (link)
  13. ^ Kangal Çoban Köpeği (Turki). Köpek Irkları ve Kinoloji Federasyonu. Dicapai pada 9 Januari 2024.
  14. ^ Ben Goldfarb (7 Mei 2015). US researchers hope more assertive, foreign dog breeds can protect livestock from wolves and bears (Inggeris). Public Radio International. Diarkibkan pada 8 Mei 2015.
  15. ^ [s.n.] (31 Disember 2008). Guard dogs save Namibian cheetahs (Inggeris). BBC News. Diarkibkan pada 2 Januari 2009.
  16. ^ 'Waldo' (15 November 2013). Namibia: Cheetah Fund Sends Kangal Dogs to Tanzania (Inggeris). Namibia Economist. Diarkibkan pada 5 Jun 2016.