Pergi ke kandungan

Anjing gembala gauco

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Anjing gembala gauco
Nama lainAnjing gembala Brazil
Nama ringkasCollie Brazil
Negara asalBrazil
Trait
Tinggi 55–65 cm (22–26 in)[1]
Warna Sebarang warna
Anjing (Canis lupus familiaris)

Anjing gembala gauco[a] atau anjing gembala Brazil[b] ialah satu baka anjing yang berasal dari Pampa Brazil.[1] Baka ini tidak diiktiraf oleh Persekutuan Kinologi Antarabangsa (FCI), tetapi telah diiktiraf oleh Confederação Brasileira de Cinofilia (CKBC), iaitu sebuah kelab kenel Brazil yang bergabung dengan FCI.[1] Anjing baka ini kerap berciri teguh dan tangkas, yang menjadikannya sesuai untuk kegiatan penggembalaan.[1]

Menurut persatuan pembiak baka, anjing gembala jenis collie tiba di Rio Grande do Sul dengan pendatang Eropah pada lewat abad ke-19 untuk membantu untuk menguruskan haiwan ternakan mereka. Setelah berasas, anjing ini dibiakbakakan secara terpilih oleh para gauco untuk kebolehan penggembalaan dan kesesuaian terhadap iklim dan kerja di rantau ini, lalu membawa kepada kebangkitan anjing gembala gauco.[2] Baka ini menyerupai anjing lain yang diturunkan daripada jenis-jenis gembala British, termasuk collie sempadan dan collie kasar, dari segi penampilan dan sehingga darjah lebih rendah dari segi tingkah laku.[3] Collie sempadan diperkenalkan kemudian dan tiba di perbandaran Uruguaiana pada tahun 1950-an dengan pengiriman biri-biri merino Australia. Menjelang masa itu, jenis anjing gembala gauco sudah diasaskan dan para pembiak baka mengelak daripada menyilangkannya dengan collie sempadan kerana perbezaan dalam gaya penggembalaan.[2]

Penampilan

[sunting | sunting sumber]

Dari segi penampilan, anjing gembala gauco adalah paling serupa dengan collie sempadan dan collie kasar, tetapi bergerak dengan berbeza berbanding dengan collie sempadan semasa mengerjakan biri-biri.[3] Ia bersaiz sederhana, lebih besar daripada collie sempadan dan lebih kecil sedikit daripada collie kasar tipikal daripada susur galur pertunjukan dan susur galur peliharaan. Lapis bulunya sederhana panjang, dengan lapis bulu bawah atau tanpa lapis bulu bawah, dengan pelbagai warna.[3]

Anjing gembala gauco dipandang sebagai calon anjing pengawas bagus memandangkan ia berwaspada terhadap perubahan di persekitarannya, sebagai contoh, orang asing atau anjing asing yang mendekat, walaupun jarang menyerang penceroboh.[3] Ia merupakan anjing cerdas dan cepat mempelajari perintah dan ia tidak agresif dengan kawanan ternakannya. Anjing ini diketahui jinak dan ramah dalam keluarga manusianya.[1]

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ↑ Jawi: ‏انجيڠ ݢمبالا ݢاءوچو‎‎; Portugis: ovelheiro gaúcho; bahasa Inggeris: gaucho sheepdog
  2. ↑ Jawi: ‏انجيڠ ݢمبالا برازيل‎‎; Portugis: ovelheiro brasileiro; bahasa Inggeris: Brazilian sheepdog
  1. 1 2 3 4 5 "Padrão Oficial da Raça OVELHEIRO GAÚCHO" [Piawaian Rasmi Baka ANJING GEMBALA GAUCO] (pdf) (dalam bahasa Portugis). Disemak oleh Claudio Nazaretian Rossi. Confederação Brasileira de Cinofilia. 28 Ogos 2000. Dicapai pada 15 Februari 2025.{{cite web}}: CS1 maint: others (link)
  2. 1 2 Ely e Silva, Eduardo José; Nunes Garcia, Élen (27 Julai 2011). "ORIGENS DO OVELHEIRO GAÚCHO" [ASAL USUL ANJING GEMBALA GAUCO] (dalam bahasa Portugis). Associação dos Criadores de Ovelheiro Gaúcho.
  3. 1 2 3 4 "Ovelheiro Gaúcho - Canil Reculuta" (dalam bahasa Portugis). Canil Reculuta. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 November 2018. Dicapai pada 19 Mac 2024.