Anjing gembala lama Inggeris

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Anjing gembala lama Inggeris
Seekor anjing gembala lama Inggeris yang mematuhi piawaian untuk pertunjukan
Negara asalEngland
Trait
Berat Jantan 36–46 kilogram (79–101 lb)
Betina 30–40 kilogram (66–88 lb)
Tinggi Jantan 61 sentimeter (24 in) dan ke atas
Betina 56 sentimeter (22 in) dan ke atas
Bulu Lapis bulu ganda
Warna Mana-mana cahaya warna kelabu, grizzle, hitam, biru, atau merle biru, dengan tanda-tanda putih yang tidak wajib
Anjing (Canis lupus familiaris)

Anjing gembala lama Inggeris[a] ialah satu baka anjing besar yang muncul di England daripada jenis-jenis anjing gembala awal. Nama-nama usang untuk baka ini termasuk Shepherd's Dog ("anjing [milik] gembala biri-biri") dan bob-tailed sheep-dog ("anjing biri-biri berekor kontot").[1] Nama gelaran bob-tail (atau bobtail) berasal daripada cara anjing baka ini secara tradisional memiliki ekor terpotong. Anjing gembala lama Inggeris dapat menumbuhkan lapis bulu sangat panjang dengan bulu yang menutupi muka dan mata dan tidak gugur melainkan diberus.[perlu rujukan]

Penampilan[sunting | sunting sumber]

Anjing gembala lama Inggeris ialah anjing besar, serta-merta dapat dikenali dengan lapis bulu kelabu dan putih, panjang, tebal, berjumbai, dengan bulu yaang menutupi muka dan matanya. Telinganya terletak merata ke kepala. Dari segi sejarah, ekor baka ini pada umumnya dipotong (menybabkan punggung mirip panda), tetapi anjing gembala lama Inggeris berekor kini umum, kerana banyak negara telah mengharamkan pemotongan ekor kosmetik. Apabila anjing berkenaan mempunyai ekor, ekornya mempunyai bulu panjang (jumbai), terletak rendah-rendah, dan biasanya tergantung ke bawah.[2] Anjing gembala lama Inggeris berdiri lebih rendah pada paras bahu berbanding dengan pada paras loin[3] dan berjalan dengan "gulungan mirip beruang dari belakang".[4]

Ketinggian pada paras kelasa sekurang-kurangnya 61 cm (24 in) dengan betina yang lebih kecil sedikit daripada jantan.[4] Tubuhnya pendek dan padat dengan dalam dalam dan rusuk cukup melengkung.[4]

Warna lapis bulu ganda mungkin mempunyai mana-mana cahaya warna kelabu, grizzle, hitam, biru, atau merle biru, dengan tanda-tanda putih yang tidak wajib. Lapis bulu bawah adalah kalis air.[5] Anak anjing lahir dengan lapis bulu hitam dan putih dan, hanya selepas lapis bulu anak anjing itu gugur, bulu kelabu atau perak yang lebih umum muncul. Anjing gembala lama Inggeris hanya bersalin bulu apabila diberus.[perlu rujukan]

Pemotongan ekor[sunting | sunting sumber]

Anjing gembala lama Inggeris tanpa ekor terpotong semakin kerap terlihat kerana banyak negara kini telah mengharamkan pemotongan ekor. Piawaian baka The Kennel Club (United Kingdom) dan piawaian baka Australian National Kennel Council tidak menyatakan keutamaan untuk haiwan dengan ekor terpotong (dengan mematuhi undang-undang) atau tidak terpotong dan mana-mana boleh ditunjukkan.[4][6] Piawaian baka American Kennel Club menyatakan bahawa ekor patut "dipotong dekat dengan tubuh, apabila tidak berekor kontot secara semula jadi",[5] walaupun amalan pemotongan ekor kosmetik kini ditentang oleh American Veterinary Medical Association.[7]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Ch. Slumber, best in show dalam Pertunjukan Anjing Westminster Kennel Club pada tahun 1914, salah satu daripada dua kali anjing gembala lama Inggeris pernah menang di sana

Anjing gembala lama Inggeris berasal daripada anjing jenis pastoral di England. Anjing bertelinga labuh kecil yang terlihat dalam lukisan tahun 1771 oleh Gainsborough dipercayai oleh sesetengah pihak mewakili jenis awal bagi anjing gembala lama Inggeris.[8] Pada awal abad ke-19, seekor anjing penggiring berekor kontot, yang dipanggil Smithfield atau Cotswold Cor, diperhatikan di kaunti-kaunti barat daya di England dan mungkin merupakan leluhur. Kebanyakan penggemar bersetuju bahawa collie berjanggut merupakan antara ternakan asli yang digunakan dalam perkembangan baka kini.[9] Sesetengah pihak berspekulasi bahawa anjing gembala Rusia merupakan antara leluhur baka ini.Templat:Whom

Anjing gembala lama Inggeris pada mulanya dipanggil "Shepherd's Dog" ("anjing [milik] gembala biri-biri") dan dipamerkan buat kali pertama dalam sebuah pertunjukan di Birmingham, England, pada tahun 1873. Terdapat hanya tiga penyertaan dan hakim berasa bahawa kualiti anjing itu sangat teruk sehingga beliau hanya menawarkan tempat kedua.[9] Dari permulaan itu, baka ini menjadi anjing pertunjukan popular, dan, walaupun rupa bentuk anjing ini sendiri telah berubah dengan sangat sedikit selama bertahun-tahun, penjagaan bulu rumit termasuk penyisiran belakang dan pembedakan bulu dicatatkan seawal tahun 1907.[9] Baka ini dieksport ke Amerika Syarikat pada tahun 1880-an dan, menjelang permulaan abad ke-20, lima daripada sepuluh buah keluarga terkaya Amerika membiakbakakan dan menunjukkan anjing gembala lama Inggeris.[perlu rujukan] Baka ini terus menjadi anjing pertunjukan popular kini.[perlu rujukan]

Penamat terkini terbaik bagi anjing gembala lama Inggeris dalam pertunjukan anjing Westminster Kennel Club adalah pada tahun 2013 apabila Bugaboo's Picture Perfect dianugerahi Reserve Best in Show.[10]

Kesihatan[sunting | sunting sumber]

Tinjauan kelab baka United Kingdom mendapati jangka hayat sebanyak 10.75 tahun.[11] Anjing gembala lama Inggeris cenderung terhadap penyakit kulit alahan dan demodikosis.[12]

Sebuah kajian Amerika yang menyemak lebih daripada sejuta pesakit yang dibentangkan kepada 27 buah hospital pengajar veterinar di Amerika Utara mendapati bahawa anjing gembala lama Inggeris cenderung terhadap displasia pinggul, dengan 11.1% jumlah anjing yang diperiksa yang menghidap keadaan ini berbanding dengan 3.52% secara keseluruhan.[13] Sebuah lagi kajian Amerika terhadap lebih daripada sejuta penilaian pinggul pada anjing yang berusia lebih daripada 2 tahun mendapati prevalens sebanyak 17.8%.[14]

Semakan terhadap 1,934 kes daripada anjing yang hadir untuk volvulus pendilatan gastrik (GDV) mendapati bahawa anjing gembala lama Inggeris cenderung, dengan nisbah kemungknan sebanyak 4.8.[15] Tinjauan dari United Kingdom mengatributkan 7% kematian anjing gembala lama Inggeris kepada GDV.[16]

Semakan terhadap 369 kes kardiomiopati terdilat di England yang mendapati bahawa anjing gembala lama Inggeris merangkumi 9 daripada kes itu.[17]

Kegiatan[sunting | sunting sumber]

Anjing gembala lama Inggeris dapat bersaing dalam ujian ketangkasan anjing, kepatuhan, rally obedience, schutzhund, kemahiran persembahan, flyball, penjejakan, dan acara penggembalaan. Naluri dan kebolehlatihan penggembalaan dapat diukur dalam ujian penggembalaan tanpa persaingan. Anjing gembala lama Inggeris yang menunjukkan naluri penggembalaan asasi dapat dilatih untuk bertanding dalam ujian penggembalaan.[18]

Seekor anjing gembala lama Inggeris dengan pangkasan lapis bulu lebih pendek

Anjing Dulux[sunting | sunting sumber]

Anjing gembala lama Inggeris telah berkhidmat sebagai maskot untuk jenama Dulux sejak tahun 1960-an

Anjing gembala lama Inggeris ialah maskot jenama untuk cat Dulux. Anjing ini pertama kali diperkenalkan dalam kempen pengiklanan pada tahun 1961. Sejak itu, ia menjadi ciri tekal dan amat popular dalam iklan televisyen dan cetak Dulux di mana sahaja cat itu dijual. Begitu popular sehinggakan ramai orang di pasaran tersebut merujuk baka ini sebagai 'anjing Dulux' dan bukan pula anjing gembala.

Selama bertahun-tahun, anjing berlainan telah muncul dalam iklan. Walau bagaimanapun, semuanya kelihatan sangat serupa, kerana proses pemilihan yang diurus dengan teliti yang dijalankan oleh agensi pengiklanan ICI. Anjing Dulux pertama ialah Shepton Daphnis Horsa, nama timangan Dash, yang memegang peranan ini selama lapan tahun, dimiliki oleh Eva Sharp di Tottenham. Penggantinya, Fernville Lord Digby, ialah anjing Dulux paling masyhur dan turut menjadikan pemiliknya, Cynthia dan Norman Harrison, terkenal.

Ketika penggambaran iklan, Digby dilayan seperti bintang, dipandu ke studio dengan kereta panduan supir. Barbara Woodhouse bekerja untuk melatih Digby dan tiga ekor pelagak gantinya, yang digunakan apabila helah atau aksi spesifik perlu dirakam. Populariti Digby menyebabkannya memainkan peranan utama dalam filem komedi British tahun 1973 Digby, the Biggest Dog in the World.

Gambit - seekor lagi anjing Dulux, digunakan dalam penggambaran fotografi pada tahun 1980 untuk Philips Video dan generasi perakam video baharunya. Menjelang penamat penggambaran, terdapat cukup bulu untuk mengisi tilam - anjing itu sentiasa didandani semasa penggambaran. King Hotspur of Amblegait digunakan dari tahun 1974 hingga tahun 1979 dan muncul dalam lebih daripada lima puluh buah rancangan televisyen serta penampilan awamnya untuk ICI/Dulux.

Selain Dash, semua anjing Dulux telah menjadi juara baka, dan lima ekor anjing tersebut telah memenangi hadiah 'Best in Show'.

Anjing Dulux diletakkan di tangga ke-51 dalam "100 Greatest Television Adverts" oleh Channel 4.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Catatan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Jawi: انجيڠ ݢمبالا لام ايڠݢريس; bahasa Inggeris: old English sheepdog

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Barton, Frank Townend (1908). "The Siamese—Abyssinian—Manx". The Cat: Its Points and Management in Health and Disease (dalam bahasa Inggeris). London, England, United Kingdom: Everett & Co. m/s. 31. Dicapai pada 15 Januari 2024.
  2. ^ "FCI-Standard N° 16 OLD ENGLISH SHEEPDOG" [Piawaian FCI No. 16 Anjing Gembala Lama Inggeris] (pdf). Persekutuan Kinologi Antarabangsa (dalam bahasa Inggeris). 5 Januari 2011. Dicapai pada 20 Januari 2024.
  3. ^ "Canadian kennel Club breed standard" (dalam bahasa Inggeris). Ckc.ca. Dicapai pada 20 Januari 2024.
  4. ^ a b c d "The Kennel Club". thekennelclub.org.uk (dalam bahasa Inggeris).
  5. ^ a b "American Kennel Club Breed Standard" (dalam bahasa Inggeris). Akc.org. Diarkibkan daripada yang asal pada 9 Februari 2015. Dicapai pada 20 Januari 2024.
  6. ^ "Australian National Kennel Council breed standard" (dalam bahasa Inggeris). Ankc.org.au. 21 November 2012. Diarkibkan daripada yang asal pada 26 Mei 2013. Dicapai pada 20 Januari 2024.
  7. ^ AVMA.org (Inggeris) Diarkibkan 25 Januari 2010 di Wayback Machine
  8. ^ Greater London Old English Sheepdog Club Breed History (Inggeris) Diarkibkan 3 Disember 2008 di Wayback Machine
  9. ^ a b c Clark, Anne Rogers; Andrew H. Brace (1995). The International Encyclopedia of Dogs (dalam bahasa Inggeris). Howell Book House. m/s. 326–328. ISBN 0-87605-624-9.
  10. ^ "The 2013 Westminster Kennel Club Dog Show". The New York Times (dalam bahasa Inggeris). 17 Disember 2016. Dicapai pada 13 Mac 2024.
  11. ^ Adams, V. J.; Evans, K. M.; Sampson, J.; Wood, J. L. N. (1 Oktober 2010). "Methods and mortality results of a health survey of purebred dogs in the UK". Journal of Small Animal Practice (dalam bahasa Inggeris). 51 (10): 512–524. doi:10.1111/j.1748-5827.2010.00974.x. PMID 21029096.
  12. ^ Hnilica, Keith A.; Patterson, Adam P. (2016-09-19). Small Animal Dermatology (dalam bahasa Inggeris). St. Louis, Missouri, Amerika Syarikat: Saunders. ISBN 978-0-323-37651-8.
  13. ^ Witsberger, Tige H.; Villamil, J. Armando; Schultz, Loren G.; Hahn, Allen W.; Cook, James L. (2008-06-15). "Prevalence of and risk factors for hip dysplasia and cranial cruciate ligament deficiency in dogs". Journal of the American Veterinary Medical Association (dalam bahasa Inggeris). American Veterinary Medical Association (AVMA). 232 (12): 1818–1824. doi:10.2460/javma.232.12.1818. ISSN 0003-1488. PMID 18598150.
  14. ^ Oberbauer, A. M.; Keller, G. G.; Famula, T. R. (24 Februari 2017). "Long-term genetic selection reduced prevalence of hip and elbow dysplasia in 60 dog breeds". PLOS ONE (dalam bahasa Inggeris). Public Library of Science (PLoS). 12 (2): e0172918. Bibcode:2017PLoSO..1272918O. doi:10.1371/journal.pone.0172918. ISSN 1932-6203. PMID 28234985.
  15. ^ Glickman, Lawrence T.; Glickman, Nita W.; Pérez, Cynthia M.; Schellenberg, Diana B.; Lantz, Gary C. (1 Mei 1994). "Analysis of risk factors for gastric dilatation and dilatation-volvulus in dogs". Journal of the American Veterinary Medical Association (dalam bahasa Inggeris). American Veterinary Medical Association (AVMA). 204 (9): 1465–1471. doi:10.2460/javma.1994.204.09.1465. ISSN 0003-1488. PMID 8050972.
  16. ^ Evans, Katy M.; Adams, Vicki J. (2010). "Mortality and morbidity due to gastric dilatation-volvulus syndrome in pedigree dogs in the UK". Journal of Small Animal Practice (dalam bahasa Inggeris). 51 (7): 376–381. doi:10.1111/j.1748-5827.2010.00949.x. ISSN 0022-4510. PMID 20626784.
  17. ^ Martin, M. W. S.; Stafford Johnson, M. J.; Celona, B. (2009). "Canine dilated cardiomyopathy: a retrospective study of signalment, presentation and clinical findings in 369 cases". Journal of Small Animal Practice (dalam bahasa Inggeris). 50 (1): 23–29. doi:10.1111/j.1748-5827.2008.00659.x. ISSN 0022-4510. PMID 19037887.
  18. ^ Hartnagle-Taylor, Jeanne Joy; Taylor, Ty (2010). Stockdog Savvy (dalam bahasa Inggeris). Alpine Publications. ISBN 978-1-57779-106-5.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]