Anjing air Sepanyol
![]() Seekor anjing air Sepanyol dwiwarna hitam | ||||||||||||||||||||||||
Nama ringkas | SWD | |||||||||||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Negara asal | Sepanyol | |||||||||||||||||||||||
| ||||||||||||||||||||||||
Anjing (Canis lupus familiaris) |
Anjing air Sepanyol (Sepanyol: perro de agua español ; bahasa Inggeris: Spanish water dog ) ialah satu baka anjing yang dikembangkan oleh gembala di Sepanyol sebagai penggembala serba guna. Ia juga digunakan kadang-kadang sebagai gundog, serta sebagai pembantu nelayan.
Perihal[sunting | sunting sumber]
Penampilan[sunting | sunting sumber]
Anjing air Sepanyol ialah anjing bersaiz sederhana, atletik, dan teguh yang sedikit lebih panjang daripada tinggi. Ekornya biasanya terpotong di Amerika Syariakt, tetapi ekor tidak terpotong bukan kesalahan dalam penunjukan pengakuran sekiranya anjing dibiakbakakan di negara tanpa pemotongan ekor.
Kepalanya patut kuat dan terbawa dengan keanggunan. Tengkoraknya rata dan atasnya selari dengan atas muncung. Hidung, bingkai mata dan pad tapak berwarna sama dengan bahagian paling gelap bulu atau lebih gelap. Matanya ekspresif dan terletak agak jauh antara satu sama lain. Kedua-dua biji mata patut berwarna hazel, berangan atau perang gelap, bergantung pada warna bulu. Telinganya terletak pada ketinggian sederhana di tengkorak, dan berbentuk segi tiga.
Bulu dan warna[sunting | sunting sumber]

Ia mempunyai bulu keriting tersendiri yang bertekstur wul dan boleh membentuk tali pintal apabila panjang. Bulunya tidak patut digunting atau di-groom untuk tujuan estetik. Sebaliknya, ia patut kelihatan sepenuhnya semula jadi, seperti tidak di-groom langsung. Bulunya sama sekali tidak patut dirapikan, tetapi digunting memendek sekurang-kurangnya sekali setahun. Anak anjing air Sepanyol sentiasa lahir dengan bulu keriting.
Anjing air Sepanyol boleh terlihat dalam beraneka warna. Ia mungkin hitam pejal, kuning air, perang, atau putih; dwiwarna bilamana warna kedua ialah putih; atau berwarna-warni. Anjing triwarna seketatnya dilarang oleh piawaian (sedunia) semasa untuk baka ini sama seperti gabungan warna hitam dan sawo matang atau perang dan sawo matang.
Saiz[sunting | sunting sumber]
Anjing air Sepanyol ialah anjing bersaiz sederhana. Ukuran hampirannya ialah:
- Jantan
- Tinggi (pada kelasa): 44–50 cm (17–20 in)
- Berat: 18–22 kg (40–49 lb)
- Betina
- Tinggi (pada kelasa): 40–45 cm (16–18 in)
- Berat: 14–18 kg (31–40 lb)
Rujukan[sunting | sunting sumber]
- Cristina D. (2003). Spanish Water Dog. NJ: Kennel Club Books, Inc.
- "Health Issues." Kelab Anjing Air Sepanyol United Kingdom. Kelab Anjing Air Sepanyol United Kingdom Diarkibkan 2014-12-09 di Wayback Machine.
Pautan luar[sunting | sunting sumber]
![]() |
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Anjing air Sepanyol |