Pergi ke kandungan

Collie berjanggut

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Collie berjanggut
Nama lainCollie Tanah Tinggi
Collie gunung
hairy mou'ed collie
Nama ringkasBeardie
Negara asalScotland
Trait
Berat 18–27 kg (40–60 lb)
Tinggi Jantan 53–56 cm (21–22 in)
Betina 51–56 cm (20–22 in)
Bulu lapis bulu ganda panjang dengan bahagian berbulu lebih panjang
Warna hitam, biru, perang, atau perang kekuning-kuningan dengan tanda-tanda putih atau sawo matang
Saiz perinduk 4–12 ekor anak anjing
Jangka hayat 13.9 tahun
Anjing (Canis lupus familiaris)

Collie berjanggut[a] ialah satu baka anjing gembala yang pernah digunakan terutamanya oleh gembala Scotland,[1] tetapi kini kebanyakannya merupakan teman keluarga popular.

Collie berjanggut mempunyai purata berat 18–27 kilogram (40–60 lb). Jantannya setinggi sekitar 53–56 cm (21–22 in) pada paras kelasa sementara betinanya pula setinggi sekitar 51–53 cm (20–21 in).[2]

Collie berjanggut, sekitar tahun 1915

Legenda asal usul collie berjanggut ialah bahawa leluhur bagi anjing gembala tanah pamah Poland ditinggalkan di pesisir Scotland dan anjing ini kemudian dibiakbakakan dengan anjing gembala asli.[3] Varian dalam cerita ini ialah bahawa Kazimierz Grabski, seorang saudagar Poland, dilaporkan menukarkan penghantaran bijirin untuk biri-biri di Scotland pada tahun 1514 dan membawa enam ekor anjing gembala tanah pamah Poland untuk memindahkan haiwan berkenaan. Seorang gembala Scotland begitu kagum dengan kebolehan penggembalaan anjing itu sehingga dia menukarkan beberapa ekor biri-biri dengan beberapa ekor anjing.[4] Anjing gembala Poland itu dibiakbakakan secara bersilang dengan anjing Scotland tempatan untuk menghasilkan collie berjanggut.[5]

Rujukan bertulis pertama kepada collie berjanggut hadir pada tahun 1891,[6] apabila D.J. Thomson Gray menerangkannya dalam buku beliau The Dogs of Scotland ("Anjing di Scotland") seperti yang berikut:

Terjemahan: Koyok besar, kasar, dan kelihatan berjumbai, dengan lapis bulu yang seperti alas kaki pintu, dengan tektsur bulu keras dan berserat, dan telinga yang tergantung dekat-dekat dengan kepala.

Pada umumnya ada persetujuan bahawa Puan G. Olive Willison mengasaskan collie berjanggut moden pada tahun 1944 dengan betina perangnya, Jeannie of Bothkennar.[7] Jeannie kononnya sepatutnya merupakan seekor anjing gembala Shetland, tetapi Puan Willison menerima seekor collie berjanggut secara tidak sengaja. Beliau begitu tertarik dengan anjing itu sehingga beliau ingin memulakan pembiakbakaan. Maka, beliau mula mencari seekor anjing jantan untuk Jeannie. Semasa berjalan di sepanjang pantai, Puan Willison bertemu dengan seorang lelaki yang berhijrah dari Scotland; beliau menjadi pemilik anjing kelabu milik lelaki itu, David, yang menjadi Bailie of Bothkennar.[6]

Bailie dan Jeannie of Bothkennar merupakan pengasas baka pertunjukan moden;[5] hanya terdapat beberapa susur galur yang boleh didaftarkan, sebahagian besarnya dipulihara oleh ketabahan En. Nicolas Broadbridge (Sallen) dan Pn. Betty Foster (Bredon). Ini adalah berdasarkan Turnbull's Blue—seekor collie berjanggut daripada ternakan pekerja tulen, yang didaftarkan dalam ISDS semasa ISDS masih mendaftarkan collie selain collie sempadan. Ia membapai tiga perinduk collie berjanggut yang dapat didaftarkan.[perlu rujukan]

Sementara susur galur baka boleh daftar dapat dijejak kepada sebilangan terhad susur galur, masih terdapat banyak collie berjanggut tidak boleh daftar di Scotland, sesetengah daripadanya masih bekerja sebagai anjing gembala.[6]

Baka ini menjadi popular pada separuh akhir abad ke-20—sebahagiannya didorong oleh Potterdale Classic at Moonhill, seekor collie sempadan yang memenangi Best in Show dalam Crufts pada tahun 1989. Bearded Collie Club meraikan Jubli Emasnya pada tahun 2005.[perlu rujukan]

Sebagai anjing peliharaan

[sunting | sunting sumber]
Collie berjanggut dengan mainan tali

Collie berjanggut berada di kedudukan 117 daripada 175 baka dari segi kepopularan di Amerika Syarikat, menurut ranking baka tahunan American Kennel Club.[8] Collie berjanggut paling baik diperoleh daripada pembiak baka bereputasi baik atau penyelamat anjing.[9][10] Terdapat persatuan penyelamatan collie berjanggut, seperti Bearded Collie Rescue[11] dan "Rescue Me".

Collie berjanggut sangat sesuai sebagai anjing peliharaan untuk mereka yang bersedia untuk memenuhi paras tenaga tingginya - ia sangat bersemangat dan mempunyai sifat riang. Ia juga memerlukan penjagaan bulu kerap; pemberusan mingguan adalah wajib untuk memastikan bahawa bulu panjang merekanya tidak kusut. Sesetengah pemilik collie berjanggut memilih untuk membela anjing peliharaan mereka dalam gaya potongan bulu "potongan anak anjing", yang mengurangkan keperluan untuk pemberusan. Collie berjanggut ialah baka bertenaga yang pada asalnya diniatkan untuk kerja di Tanah Tinggi Scotland dalam penggembalaan biri-biri; ia juga cemerlang dalam treibball,[12] ketangkasan anjing, dan ujian kepatuhan.[perlu rujukan]

Kehidupan kerja

[sunting | sunting sumber]
Seekor collie berjanggut yang menggembala biri-biri

Collie berjanggut digunakan untuk menggembala kedua-dua biri-biri dan lembu. Ia pada asasnya merupakan anjing pekerja—dibiakbakakan untuk menjadi tahan lasak dan boleh dipercayai, mampu bertahan dalam keadaan paling teruk dan biri-biri paling sukar. Collie berjanggut pekerja telah berkurangan dalam beberapa dekad terakhir dan berisiko pupus;[perlu rujukan]

Naluri dan kebolehkendalian penggembalaan dapat ditaksir dalam ujian penggembalaan tanpa persaingan. Collie berjanggut yang menunjukkkan naluri penggembalaan asasi dapat dilatih untuk bertanding dalam ujian penggembalaan.[13]

Kesihatan

[sunting | sunting sumber]
Seekor collie berjanggut berusia tiga tahun di Scotland

Saiz purata perinduk ialah tujuh ekor anak anjing.[perlu rujukan]

Mortaliti

[sunting | sunting sumber]

Sebuah kajian United Kingdom tahun 2024 mendapati jangka hayat sebanyak 13.9 tahun untuk baka ini berbanding dengan purata 12.7 tahun untuk baka tulen dan 12 tahun untuk baka silang.[14]

Punca utama bagi kematian dalam kalangan collie berjanggut dalam tinjauan The Kennel Club tahun 2004 merupakan usia lanjut (26%), kanser (19%), penyakit serebrovaskular (9%), dan kegagalan ginjal kronik (8%).[15]

Morbiditi

[sunting | sunting sumber]

Kecenderungan lanjut baka collie berjanggut yang sedia ada termasuk: Keadaan kulit, seperti pemfigus foliaseus dan penyakit kulit hitam, displasia folikel, keadaan otot rangka seperti kehelan siku kongenital, dan keadaan mata, seperti distrofi kornea, katarak, dan atrofi retina progresif menyeluruh (GPRA).[16]

Hipoadrenokortisisme

[sunting | sunting sumber]

Hipoadrenokortisisme (juga dikenali sebagai penyakit Addison) ialah penyakit terwaris pada collie berjanggut, walaupun mekanisme pewarisan tidak diketahui.[17] Penyakit ini berlaku apabila korteks adrenal mengeluarkan hormon glukokortikoid dan/atau mineralokortikoid tidak cukup. Penyakit ini menjejaskan hampir-hampir 2–3.4% collie berjanggut di Amerika Syarikat/Kanada[18] dan menyebabkan kematian bagi sekurang-kurangnya 1% collie berjanggut di United Kingdom.[19] Ini merupakan peratusan jauh lebih tinggi berbanding dengan peratusan untuk populasi anjing umum (0.1%) dan hipoadrenokortisisme menyebabkan angka kematian tidak berperkadaran dalam kalangan anjing muda.[18]

[sunting | sunting sumber]
  • Peranan Nana dalam produksi asli lakonan James Barrie, Peter Pan, dipersembahkan oleh seekor collie berjanggut.[perlu rujukan]
  • Seekor collie berjanggut bernama Coal[20] ditonjolkan dalam filem tahun 2006, The Shaggy Dog, yang membintangkan Tim Allen.[21] Filem ini melibatkan Dave yang menjadi seekor collie berjanggut selepas digigit oleh seekor anjing suci.
  • Ralphie, seekor collie berjanggut, muncul dalam filem tahun 2009, Hotel for Dogs.

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ Jawi: کولي برجڠݢوت; bahasa Inggeris: bearded collie
  1. ^ Joyce, Collis; Jones, Pat (1992). The Complete Bearded Collie [Collie Berjanggut Lengkap] (dalam bahasa Inggeris). New York, New York, Amerika Syarikat: Howell Book House. ISBN 9780876051313. OCLC 25245755.
  2. ^ "Bearded Collie: Dog Breed Selector: Animal Planet" [Collie Berjanggut: Pemilih Baka Anjing: Animal Planet] (dalam bahasa Inggeris). Animal Planet. Dicapai pada 30 Januari 2024.
  3. ^ "FCI-Standard N° 271 BEARDED COLLIE" [Piawaian FCI No. 271 Collie Berjanggut] (pdf) (dalam bahasa Inggeris). Thuin, Belgium: Persekutuan Kinologi Antarabangsa. 12 Mei 2015. Dicapai pada 15 Januari 2024.
  4. ^ "NZKC - Breed Standard - Bearded Collie" [NZKC - Piawaian Baka - Collie Berjanggut] (dalam bahasa Inggeris). New Zealand Kennel Club. Dicapai pada 30 Januari 2024.
  5. ^ a b Wilcox, Bonnie; Walkowicz, Chris (Mac 1990). The Atlas of Dog Breeds of the World [Atlas Baka Anjing di Dunia] (dalam bahasa Inggeris) (ed. semakan ke-2). Neptune City, New Jersey, Amerika Syarikat: TFH Publications. ISBN 9780866228992. OCLC 636211094.
  6. ^ a b c "History of the Bearded Collie" [Sejarah Collie Berjanggut]. Bearded Collie Club of America (dalam bahasa Inggeris). 9 Oktober 2012. Dicapai pada 13 April 2024.
  7. ^ "Brambledale Bearded Collies | True Beardie Type?" [Collie Berjanggut Brambledale | Jenis Beardie Sebenar?]. Spanglefish.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 30 Januari 2024.
  8. ^ Stephen Smith (22 Februari 2016). "Most Popular Dog Breeds in America - American Kennel Club" [Baka Anjing Paling Popular di Amerika - American Kennel Club]. American Kennel Club (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 16 Julai 2007. Dicapai pada 30 Januari 2024.
  9. ^ "Breeders | Bearded Collie Club of America" [Pembiak Baka | Bearded Collie Club of America]. Bearded Collie Club of America (dalam bahasa Inggeris). 9 Oktober 2012. Dicapai pada 30 Januari 2024.
  10. ^ "How to Find a Good Dog Breeder : The Humane Society of the United States" [Cara untuk Mencari Pembiak Baka Anjing Baik: The Humane Society of the United States] (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 22 November 2009. Dicapai pada 30 Januari 2024.
  11. ^ "Rescue | Bearded Collie Club of America" [Penyelamatan | Bearded Collie Club of America]. Bearded Collie Club of America (dalam bahasa Inggeris). 6 Oktober 2012. Dicapai pada 30 Januari 2024.
  12. ^ "Treibball" (dalam bahasa Inggeris). YouTube. 28 Ogos 2007. Dicapai pada 30 Januari 2024.
  13. ^ Hartnagle-Taylor, Jeanne Joy; Taylor, Ty (2010). Stockdog Savvy [Selok-belok Anjing Ternakan] (dalam bahasa Inggeris). Crawford, Colorado, Amerika Syarikat: Alpine Publications. ISBN 9781577791065. OCLC 456420606.
  14. ^ McMillan, Kirsten M.; Bielby, Jon; Williams, Carys L.; Upjohn, Melissa M.; Casey, Rachel A.; Christley, Robert M. (1 Februari 2024). "Longevity of companion dog breeds: those at risk from early death" [Kelanjutan usia baka anjing teman: yang berisiko untuk kematian awal]. Scientific Reports (dalam bahasa Inggeris). Nature Portfolio. 14 (1): 531. Bibcode:2024NatSR..14..531M. doi:10.1038/s41598-023-50458-w. ISSN 2045-2322. PMC 10834484 Check |pmc= value (bantuan). PMID 38302530 Check |pmid= value (bantuan). S2CID 267382263 Check |s2cid= value (bantuan).
  15. ^ Adams, Vicki J.; Evans, Katy M.; Sampson, J.; Wood, James L. N. (1 Oktober 2010). "Methods and mortality results of a health survey of purebred dogs in the UK" [Kaedah dan keputusan mortaliti tinjauan kesihatan anjing baka tulen di United Kingdom]. Journal of Small Animal Practice (dalam bahasa Inggeris). Wiley. 51 (10): 512–524. doi:10.1111/j.1748-5827.2010.00974.x. ISSN 1748-5827. PMID 21029096. S2CID 36903216.
  16. ^ Gough, Alex; Thomas, Alison (15 April 2010). Breed Predispositions to Disease in Dogs & Cats [Predisposisi Baka terhadap Penyakit pada Anjing dan Kucing] (dalam bahasa Inggeris) (ed. ke-1). Oxford, United Kingdom: Wiley-Blackwell. m/s. 23. ISBN 9781405107488. OCLC 53231203.
  17. ^ Feldman, Edward C.; Nelson, Richard W.; Reusch, Claudia; Scott-Moncrieff, J. Catharine R. (2015). "Hyperadrenocorticisim" [Hiperadrenokortisisme]. Canine & Feline Endocrinology [Endokrinologi Anjing dan Kucing] (dalam bahasa Inggeris). Disumbangkan oleh Ellen Nicole Behrend. (ed. ke-4). St. Louis, Missouri, Amerika Syarikat: Saunders. m/s. 485–520. doi:10.1016/C2010-0-67113-6. ISBN 9781455744565. OCLC 905743180.
  18. ^ a b "1996 Bearded Collie Health Survey. Presented as part of the BCCA Health Committee Annual Report for 1997–1998. (But report suggests survey was not sponsored by BCCA. Not clear exactly who to cite.). Although called a 1996 health survey, the data apparently come from surveys submitted in 1997 and 1998". Beaconforhealth.org (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 13 Ogos 2007. Dicapai pada 30 Januari 2024.
  19. ^ "Purebred Breed Health Survey 2004 • The Kennel Club" [Tinjauan Kesihatan Baka Tulen 2004 • The Kennel Club]. The Kennel Club (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 13 Ogos 2013. Dicapai pada 30 Januari 2024.
  20. ^ Chang, Justin (5 Mac 2006). "The Shaggy Dog". Variety (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 15 Januari 2024.
  21. ^ Smith, Neil (27 Mac 2006). "BBC - Movies - review - The Shaggy Dog". www.bbc.co.uk (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 15 Januari 2024.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]