Anjing gembala Wales

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Anjing gembala Wales
Welsh Sheepdog.jpg
Anjing gembala Wales triwarna
Nama ringkas Collie Wales
Negara asal  Wales
Anjing (Canis lupus familiaris)

Anjing gembala Wales (Bahasa Wales: ci defaid Cymreig; Templat:IPA-cy; Bahasa Inggeris: Welsh sheepdog) atau collie Wales (Bahasa Inggeris: Welsh collie) ialah satu baka atau baka tempatan anjing gembala dari Wales.

Seperti jenis anjing pekerja lain, anjing gembala Wales biasanya dibiakbakakan untuk kebolehan penggembalaannya lebih daripada penampilan, dan maka ia secara umumnya berubah-ubah, binaan, warna dan saiznya. Anjing gembala Wales adalah daripada jenis collie, biasanya hitam dan puthi, merah dan putih atau triwarna, dan tanda merle mungkin hadir dengan mana-mana gabungan ini. Bulunya mungkin pendek atau agak panjang, dan telinga mencucuk, tetapi biasanya terlipat di hujung. Ia berkaki lebih panjang, berdada lebih lebar dan bermuncung lebih luas daripada collie sempadan. Ia sangat giat dan cerdas, dan maka memerlukan banyak senaman dan rangsangan mental, sekiranya dibela sebagai anjing peliharaan. Anjing gembala Wales lebih biasa dikenali sebagai collie Wales, walau bagaimanapun ini ialah baka sama.

Anjing gembala Wales triwarna dari ladang di Brecon Beacons, Wales.

Selama berdekad-dekad anjing gembala Wales telah meluas digantikan di Wales untuk pekerjaan dengan biri-biri oleh collie sempadan, tetapi pada tahun baru-baru ini usaha telah dilakukan untuk mengekalkan anjing gembala Wales asli sebagai jenis tersendiri.

Anjing gembala Wales biasanya beraksi bermata longgar, tidak menetapkan ternakan dengan renungannya seperti collie sempadan yang bermata kuat. Ia mampu bekerja dengan bebas tanpa perlu berada di bawah kawalan manusia terus. Anjing gembala Wales paling kerap digunakan untuk penggembalaan biri-biri, tetapi juga bersedia bekerja dengan lembu, kambing, dan juga kuda dan babi. Secara tradisional ia pernah digunakan sebagai anjing penggiring untuk membawa lembu dan biri-biri ke pasar tempatan atau di tempat lain di Britain.

Jangka hayat anjing gembala Wales ialah 12–15 tahun.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]