Anjing gembala Inggeris
![]() Anjing gembala Inggeris triwarna | ||||||||
Nama lain | Collie ladang | |||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Negara asal | England | |||||||
| ||||||||
Anjing (Canis lupus familiaris) |
Anjing gembala Inggeris (bahasa Inggeris: English shepherd ) ialah satu baka anjing pekerja serba guna daripada jurai keturunan collie, dikembangkan di Amerika Syarikat daripada anjing ladang dibawa oleh peneroka Inggeris dan Scotland pada abad ke-17 sehingga ke-19 sebelum pedigri penggemar menjadi popular pada sekitar hujung abad ke-19. Peladang sara diri menghargai baka ini kerana keserbagunaannya dan bukan kerana pengakuran tegas terhadap piawaian penampilan.
Anjing gembala Inggeris ialah anjing ladang serba guna yang sangat cerdik, digunakan sebagai anjing gembala, penjaga haiwan ternakan, anjing pengawal ladang, anjing pemburu, pembasmi vermin dan teman kanak-kanak. Anjing gembala Inggeris tidak dibiakbakakan khas untuk bekerja dengan satu jenis haiwan ternakan seperti yang dilakukan oleh sesetengah anjing gembala baru-baru ini. Anjing gembala Inggeris dibiakbakakan untuk melakukan banyak tufasan di ladang terpelbagai kecil dari abad ke-17 sehingga awal abad ke-20 yang mempunyai beberapa jenis haiwan ternakan termasuk lembu, biri-biri, babi, kambing, dan unggas. Ia mungkin pernah menjadi baka paling am di Amerika Syarikat semasa abad ke-19 dan awal abad ke-20.[1]
Rujukan[sunting | sunting sumber]
- ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-12-17. Dicapai pada 2014-05-21.
Pautan luar[sunting | sunting sumber]
![]() |
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Anjing gembala Inggeris |
- Kelab Anjing Gembala Inggeris (Inggeris)
- Pejabat Pendaftaran Kelab Anjing Gembala Inggeris (Inggeris)
- United Kennel Club Diarkibkan 2008-06-18 di Wayback Machine (Inggeris)
- Persatuan Anjing Gembala Inggeris United Diarkibkan 2013-09-01 di Wayback Machine (Inggeris)
- Piawaian Baka Anjing Gembala Inggeris Diarkibkan 2012-04-21 di Wayback Machine (Inggeris)
- Penyelamatan Anjing Gembala Inggeris Kebangsaan (Inggeris)
- Rangkaian Baka Jarang (Inggeris)
- Pembiak Baka Anjing Gembala Inggeris Diarkibkan 2021-01-18 di Wayback Machine (Inggeris)