Can de palleiro
| Nama lain |
| ||||||||||||||||||||
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| Negara asal | Sepanyol | ||||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||||
| Anjing (Canis lupus familiaris) | |||||||||||||||||||||
Can de palleiro[a] ialah satu baka anjing gembala biri-biri tradisional Sepanyol dari komuniti berautonomi Galicia di Sepanyol barat daya. Ia telah diiktiraf melalui dekri diraja pada tahun 2001 dan buku pembaka diasaskan pada tahun sama.[1]:525[3] Ia dinamai sempena palleiro, iaitu timbunan jerami yang merupakan tempat tidur tradisionalnya.[2]
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Can de palleiro ialah baka anjing gembala biri-biri tradisional dari komuniti berautonomi Galicia. Ia diiktiraf secara rasmi oleh Pemerintah Galicia pada April 2001 dan buku pembaka diasaskan;[4] ia menerima pengiktirafan kebangsaan melalui dekri diraja pada Mei tahun sama.[3] Sebuah persatuan baka, iaitu Club da Raza Can de Palleiro ("Kelab Baka Can de Palleiro"), dibentuk pada tahun 2002.[5]
Baka ini telah menghampiri kepupusan pada tahun-tahun sebelum ia diiktiraf secara rasmi. Pada tahun 2009, status pemuliharaannya dilaporkan sebagai "dalam bahaya kepupusan", tetapi bilangannya semakin meningkat.[1]:526 Pada tahun 2022, ia disenaraikan oleh Real Sociedad Canina de España sesama baka dalam proses pemulihan.[6]
Ia dahulunya tertabur di serata Galicia. Pada abad kedua puluh satu, ia terdapat terutamanya di Allariz, di A Merca, di Celanova, di O Irixo, dan di Xinzo de Limia di Wilayah Ourense; di Agolada, di Dozón, di Lalín, dan di Rodeiro di Wilayah Pontevedra; di Os Ancares dan di tempat lain di Wilayah Lugo; dan di sesetengah bahagian Wilayah A Coruña.[1]:525
Ciri
[sunting | sunting sumber]Can de palleiro bersaiz sederhana: betina berdiri setinggi sekitar 57–63 cm (22–25 in) pada paras kelasa dan berukuran seberat 25–33 kg (55–73 lb); jantan pula pada purata adalah lebih tinggi sebanyak 2 cm (0.79 in) dan berukuran seberat 30–38 kg (66–84 lb).[7] Lapis bulunya tebal dan padat, khususnya pada bulan-bulan musim sejuk. Lapis bulunya mungkin mempunyai salah satu daripada pelbagai warna, antaranya pasir, kayu manis, perang berangan, kelabu serigala, dan hitam; anjing pied dan yang mempunyai tanda-tanda putih meluas tidak layak untuk pendaftaran dalam buku pembaka.[2]
Kegunaan
[sunting | sunting sumber]Anjing ini dibela secara tradisional untuk bekerja sebagai kedua-dua anjing gembala dan penjaga isi rumah. Pada abad kedua puluh satu, sesetengah anjing telah dapat digunakan sebagai anjing penyelamatan dan dalam kerja polis dan kerja berkaitan.[2]
Catatan
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]- 1 2 3 4 Fernández Rodríguez, Miguel; Gómez Fernández, Mariano; Delgado Bermejo, Juan Vicente; Belmonte, Silvia Adán; Jiménez Cabras, Miguel, penyunting (1 Oktober 2009). Guía de campo de las razas autóctonas españolas [Panduan Lapangan Baka Anjing Autokton Sepanyol] (dalam bahasa Sepanyol). Madrid, Sepanyol: Kementerian Alam Sekitar dan Persekitaran Luar Bandar dan Laut. ISBN 9788449109461. OCLC 804450785.
- 1 2 3 4 5 6 7 "Can de palleiro" [Can de palleiro] (dalam bahasa Galicia). Pemerintah Galicia. Dicapai pada 31 Mac 2024.
- 1 2 Cañete, Miguel Arias (14 Jun 2001). "Real Decreto 558/2001, de 25 de mayo, por el que se regula el reconocimiento oficial de las organizaciones o asociaciones de criadores de perros de raza pura" [Dekri Diraja 558/2001, pada 25 Mei, yang mengatur pengiktirafan rasmi bagi pertubuhan-pertubuhan atau persatuan-persatuan pembiak baka anjing baka tulen.] (PDF). Boletín Oficial del Estado (dalam bahasa Sepanyol) (142).
- ↑ Diz Guedes, Juan Miguel (11 Mei 2001). "Orde do 26 de abril de 2001 pola que se fai público o estándar racial do Can de Palleiro e se crea o libro xenealóxico da raza" [Perintah pada 26 April 2001 yang dengannya piawaian baka can de palleiro diumumkan dan buku genealogi baka ini diwujudkan] (PDF). Diario Oficial de Galicia (dalam bahasa Galicia) (91): 6325–6329.
- ↑ "Información General" [Maklumat Umum] (dalam bahasa Sepanyol). Club Can de Palleiro. Diarkibkan daripada yang asal pada 7 Mac 2019. Dicapai pada 31 Mac 2024.
- ↑ "Razas Españolas" [Baka Sepanyol] (dalam bahasa Sepanyol). Madrid, Sepanyol: Real Sociedad Canina de España. Diarkibkan daripada yang asal pada 5 Mac 2022. Dicapai pada 31 Mac 2024.
- ↑ "Can de Palleiro" [Can de Palleiro] (PDF) (dalam bahasa Galicia). Pemerintah Galicia. Diarkibkan daripada yang asal (pdf) pada 4 November 2013. Dicapai pada 23 Ogos 2025.