Corgi Wales Pembroke (Bahasa Inggeris: Pembroke Welsh corgi) ialah satu bakaanjing gembalalembu yang berasal dari Pembrokeshire, Wales.[1] Ia merupakan salah satu daripada dua baka dikenali sebagai corgi Wales. Yang lagi satu merupakan corgi Wales Cardigan, dan kedua-duanya diturunkan daripada susur galur yang merupakan anjing jenis spits utara (yang termasuk husky Siberia).[2]. Corgi Wales Pembroke ialah yang lebih muda daripada kedua-dua baka corgi ini dan merupakan satu baka terpisah dan tersendiri[3] daripada anjing Cardigan.[1]Corgi ialah salah satu anjing terkecil dalam Kumpulan Gembala. Corgi Wales Pembroke dimasyhurkan kerana merupakan baka yang lebih disukai oleh Ratu Elizabeth II, yang pernah memiliki melebihi 30 ekor semasa pemerintahannya.[4] Anjing ini lebih dipilih oleh kerabat diraja British selama melebihi tujuh puluh tahun, tetapi sesama orang awam Britain, ia telah menurun baru-baru ini dari segi kepopularan dan permintaan.[5]
Corgi Wales Pembroke telah ditempatkan di kedudukan #11 dalam Kecerdasan Anjing oleh Stanley Coren, dan, mengikut sumber, dianggap sebagai anjing pekerja cemerlang. Menurut American Kennel Club, corgi Wales Pembroke ditempatkan sebagai baka anjing ke-20 paling popular pada 2015.[6]