Anjing gembala katik Amerika
Nama lain | Anjing gembala katik Australia Anjing gembala mainan Australia | ||||||||||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Nama ringkas | Mini American, MAS, Mini Aussie | ||||||||||||||||||||||
Negara asal | Amerika Syarikat | ||||||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||||||
Anjing (Canis lupus familiaris) |
Anjing gembala katik Amerika[a] ialah satu baka anjing gembala kecil. Anjing gembala katik Amerika adalah amat cerdas dan mudah patuh. Baka ini kerap dilatih untuk sukan anjing seperti penggembalaan, ketangkasan, kepatuhan, gaya bebas anjing, flyball, dan lain-lain. Anjing gembala katik Amerika diiktiraf oleh American Kennel Club (AKC) pada tahun 2015 dan merupakan baka ke-186 dalam kelab itu.[1] Pada September 2019, Persekutuan Kinologi Antarabangsa (FCI) menerima baka ini secara rasmi.[2]
Sejarah
[sunting | sunting sumber]MAS dibiakbakakan pertama kali di Amerika Syarikat sebagai anjing gembala dan pekerja kecil. Miniature American Shepherd ("anjing gembala katik Amerika") (pada masa itu masih dikenali sebagai Miniature Australian Shepherd ("anjing gembala katik Australia")) pertama kali dikembangkan pada akhir tahun 1960-an dengan membiakbakakan anjing yang dianggap sebagai anjing gembala Australia yang bersaiz kecil dan, menjelang pertengahan tahun 1970-an, baka ini telah mencapai saiz yang dikehendaki kini. Di banyak kawasan dan dalam banyak kelab anjing, anjing gembala katik Amerika masih digunakan sebagai baka pekerja dalam pertandingan.[3]
Pendahulu kepada MASCUSA ialah North American Miniature Australian Shepherd Club of the United States ("Kelab Anjing Gembala Katik Australia Amerika Utara Amerika Syarikat"), NAMASCUSA, dan merupakan pejabat pendaftaran kelab induk pertama untuk mini aussie. Kelab kedua yang mendaftarkan mini aussie, Miniature Australian Shepherd Club of America ("Kelab Anjing Gembala Katik Australia Amerika"), MASCA, buat masa ini aktif tetapi tidak lagi menerima anjing yang didaftarkan sebagai MAS dengan AKC. Walau bagaimanapun, MAS daftaran AKC masih boleh membiak dengan mini aussie.
Pada tahun 1993, kelab MASCUSA asli diminta oleh AKC untuk mengubah namanya.[1] Selain itu, Miniature Australian Shepherd ("anjing gembala katik Australia") tidak lagi boleh mengambil bahagian di bawah nama pilihan itu kerana namanya terlalu serupa dengan nama baka gabungan AKC, jadi Miniature Australian Shepherd ("anjing gembala katik Australia") dinamai semula kepada North American Shepherd ("anjing gembala Amerika Utara").
Pada tahun 1993, MASCUSA (pertubuhan asli) menjadi North American Miniature Australian Shepherd Club of America ("Kelab Anjing Gembala Katik Australia Amerika Utara Amerika"). Selama 15 tahun berikutnya, terdapat banyak kelab yang dibentuk, ditubuhkan semula, dan kadang-kadang bubar, setelah mencuba untuk mencapai kata sepakat mengenai baka baru muncul ini. Terdapat cukup anggota yang akhirnya berminat untuk mendapatkan pengiktirafan berasingan, sekali gus mendorong anggota NAMASCUSA untuk mendekati AKC. Setelah bekerja sebagai satu pasukan dengan AKC dan USASA, nama dan baka Miniature American Shepherd ("anjing gembala katik Amerika") digagas. Komuniti Miniature Australian Shepherd masih berbelah bahagi mengenai kompromi ini. Pada Mei 2011, kelab MASCUSA dipilih oleh AKC sebagai kelab induk bagi Miniature American Shepherd yang baru dinamai. Miniature American Shepherd Club of the USA mencapai pengiktirafan dan penerimaan penuh AKC untuk baka ini pada 1 Julai 2015.[1]
Ciri baka
[sunting | sunting sumber]Anjing gembala katik Amerika ialah anjing kecil dengan piawaian baka yang menyatakan ketinggian 14–18 inci (36–46 cm) untuk jantan dan 13–17 inci (33–43 cm) untuk betina.[1] Garis atas adalah separas dari kelasa ke sendi pinggul. Ekornya mungkin tidak terpotong, kontot secara semula jadi, atau mungkin dipotong kepada panjang yang tidak melebihi 3 inci (7.6 cm).
Warna lapis bulu yang diiktiraf pada baka ini merupakan triwarna, merle biru, merle merah, dan merah (hati). Tiada kuantiti tersebut bagi corak marmar, bintik, atau tompok untuk lapis bulu merle. Tanda-tanda sawo matang diizinkan di mana-mana di sekeliling mata dan muka, serta pada kaki, tungkai, dada, muncung, sisi bawah leher dan tubuh, di bawah ekor, dan di sisi bawah telinga. Tanda-tanda putih diizinkan tetapi terbatas kepada muncung, pipi, mercu kepala, di dalam takik pada kepala, di dalam kolar separa atau kolar penuh pada leher, dan pada perut, dada, tungkai depan, dan tungkai belakang ke keting. Tanda-tanda putih tidak patut meliputi lebih daripada 25% daripada telinga dan tanda-tanda tubuh putih di luar kawasan yang diizinkan di atas mungkin membatalkan kelayakan anjing berkenaan daripada pertunjukan pengakuran.[1]
MAS mempunyai jangka hayat jangkaan sehingga 13–15 tahun.[4] Beberapa penyakit kronik dan trait genetik memudaratkan diketahui wujud dalam takungan gen MAS, termasuk atrofi retina progresif (PRA-prcd), katarak keturunan, koloboma iris, mikroftalmia, gen tahan berbilang ubat (MDR1), displasia pinggul, dan mielopati degeneratif.[5] Ia dikelaskan sebagai baka bertenaga tinggi dan memerlukan senaman kerap dan rangsangan mental.
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Catatan
[sunting | sunting sumber]- ^ Jawi: انجيڠ ݢمبالا کاتيق اميريکا ; bahasa Inggeris: miniature American shepherd
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ a b c d e "Miniature American Shepherd Dog Breed Information" [Maklumat Baka Anjing Anjing Gembala Katik Amerika]. American Kennel Club (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 16 Januari 2024.
- ^ "FCI breeds nomenclature: MINIATURE AMERICAN SHEPHERD (367)" [Tatanama baka FCI: ANJING GEMBALA KATIK AMERIKA (367)] (dalam bahasa Inggeris). Thuin, Belgium: Persekutuan Kinologi Antarabangsa. Dicapai pada 16 Januari 2024.
- ^ "Miniature American Shepherd" [Anjing Gembala Katik Amerika] (dalam bahasa Inggeris). VetArena. Diarkibkan daripada yang asal pada 5 Mac 2016. Dicapai pada 1 Februari 2024.
- ^ "Miniature American Shepherd Dog Breed Information" [Maklumat Baka Anjing Anjing Gembala Katik Amerika]. Vetstreet (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 1 Februari 2024.
- ^ "Breed Health" [Kesihatan Baka]. Miniature American Shepherd Club of the USA (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 1 Februari 2024.