Farah Nabilah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Farah Nabilah
Kelahiran Farah Nabilah binti Saipuddin
(1992-03-10) 10 Mac 1992 (umur 26)
Selangor, Malaysia[1]
Warganegara Malaysia
Pendidikan Ijazah Sarjana Muda Psikologi[2]
Pusat pendidikan Universiti SEGi
Universiti Upper Iowa, Amerika Syarikat
Pekerjaan Pelakon, model
Tahun aktif 2011–kini

Farah Nabilah binti Saipuddin (lahir 10 Mac 1992) atau lebih dikenali sebagai Farah Nabilah merupakan seorang pelakon dan model wanita Malaysia.[3] Memulakan kerjayanya dalam bidang iklan komersial pada tahun 2011, Farah memulakan kerjayanya dalam bidang lakonan pada 2015.[4] Beliau mencapai kejayaan komersial menerusi drama lakonannya termasuk Papa Ricky (2017) dan Halalkan Hati Yang Ku Curi (2018).

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Farah Nabilah dilahirkan pada 10 Mac 1992 di Selangor. Anak sulung daripada enam beradik kepada pasangan Haslina Ismail dan Saipuddin Johari,[5] beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Psikologi di Program Kampus Malaysia Universiti Upper Iowa dan Universiti SEGi.[6]

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Farah Nabilah memulakan kerjaya hiburannya pada 2011 sebagai model, namun terhenti buat sementara waktu kerana menyambung pelajarannya dalam peringkat Ijazah Sarjana Muda Psikologi di Upper Iowa University: Malaysia Campus Program, Universiti SEGi. Empat tahun kemudian, beliau memenangi Program Pencarian Wajah Aurawhite dan sejak itu, beliau menjadi jurucakap produk Aurawhite. Pada tahun terawal kerjayanya, beliau pernah menggunakan nama Fawa sebelum menggunapakai nama lahirnya sebagai nama pentas.[7]

Kerjaya filem Farah bermula dengan menjayakan watak sebagai penyambut tetamu dalam filem arahan A. Razak Mohaideen Mana Mau Lari sebagai penampilan khas.[8]

Namanya mula mencuri perhatian ramai menerusi watak utama sebagai Kathy dalam siri drama Papa Ricky yang dibintangi oleh Fadlan Hazim dan Siti Elizad yang disiarkan di Astro Ria. Farah kemudiannya digandingkan bersama Zul Ariffin menerusi drama waktu perdana Titian Cinta yang disiarkan di Slot Akasia TV3.[9] Gandingan beliau bersama Zul melayakkan Farah menerima pencalonan Pasangan Pilihan di Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2018 dan memenangi Artis Baharu MeleTOP di Anugerah MeleTOP Era 2018.[1]

Beliau berlakon bersama Aliff Aziz dalam drama adaptasi novel karya Mia Kiff, Halalkan Hati Yang Ku Curi, memegang watak sebagai Delisha. Drama ini mengisahkan pasangan suami isteri iaitu Faiq (Aliff) dan Delisha (Farah), yang amat sukakan kebebasan, kemewahan, dan berseronok tanpa batas.[10][11]

Beliau bersama-sama Fikry Ibrahim menjadi penyampai anugerah bagi kategori Artis Terbaik di Anugerah Planet Muzik 2018 yang berlangsung pada 28 September 2018.[12]

Kini Farah berlakon bersama Fikry dalam drama Cik Reen & Encik Ngok Ngek, adaptasi dari novel The Misadventures of Cik Reen & Encin Ngok Ngek karya Maya Adira.[13]

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Judul Watak Pengarah Catatan
2014 Mana Mau Lari Penyambut tetamu Abdul Razak Mohaideen Filem pertama, penampilan khas

Drama[sunting | sunting sumber]

Tahun Judul Watak Saluran TV
2016 Imam Mudaku Romantis Syuhada Astro Oasis & Maya HD
Inikah Cinta Rose Adeline TV3 (Slot Dahlia)
2017 Ustaz Pink Zaharah RTM
Papa Ricky Kathy Astro Prima & Maya HD
Titian Cinta Aisy TV3 (Slot Akasia)
Mocha Kau Bahagia Melur TV3
2018 Halalkan Hati Yang Ku Curi Delisha TV3 (Slot Akasia)
Cik Reen & Encik Ngok Ngek Azreen Astro Ria
Mocha Kau Bahagia 2 Melur TV3

Telefilem[sunting | sunting sumber]

Tahun Judul Watak Saluran TV
2016 Tersuka Tanpa Sengaja Raya Melati Astro Ria & Ria HD
Mati, Tunggu Sekejap Astro Prima & Maya HD
Tumbangkan Masjid Al-Ansar Astro Oasis
2018 Adakah Aku Bersalah Tia TV3

Televisyen[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
2018 Anugerah Planet Muzik 2018 Penyampai anugerah Astro Ria Menjadi penyampai anugerah bersama Fikry Ibrahim

Muzik video[sunting | sunting sumber]

Tahun Judul Artis Peranan
2012 "Jangan Ganggu Pacarku" Aliff Aziz Teman wanita
2016 "Bayang" Khai Bahar Isteri orang
2018 "Sejarah Cinta" Syalyn Bekas Kekasih
"Meskipun Kau Tahu" Projector Band Bekas Kekasih

Anugerah dan pencalonan[sunting | sunting sumber]

Tahun Anugerah Kategori Pencalonan Keputusan
2018
Anugerah MeleTOP Era ke-5
Artis Baharu MeleTOP[1] Titian Cinta Menang
Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur ke-5
Aktres Pilihan Dicalonkan
Pasangan Pilihan (bersama Zul Ariffin) Dicalonkan
Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2017 Artis Baharu Wanita Popular N/A Menang
Pelakon TV Wanita Popular N/A Dicalonkan
Pasangan Serasi Drama (bersama Zul Ariffin) N/A Dicalonkan

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c Ifqdar Rahman (12 April 2018). "Farah Nabilah tergamam menang AME 2018". Utusan Malaysia. Dicapai 4 Mei 2018. 
  2. ^ Nor Akmar Samudin (24 Julai 2017). "Berdebar jadi heroin". Harian Metro. Dicapai 1 Ogos 2017. 
  3. ^ Syafil Syazwan Jefri (10 Oktober 2018). "Farah tak demand". Harian Metro. Dicapai 15 Oktober 2018. 
  4. ^ "Biodata Farah Nabilah". Azhan.co. 22 Mei 2017. Diarkibkan daripada asal pada 15 Oktober 2018. Dicapai 4 Mei 2018. 
  5. ^ Aini Mawawi (12 November 2017). "Tuah jelita, seksi Farah Nabilah". Utusan Malaysia. Dicapai 15 Oktober 2018. 
  6. ^ Feride Hikmet Atak (13 November 2017). "Farah Nabilah tolak taktik kotor raih kontroversi". Berita Harian. Dicapai 4 Mei 2018. 
  7. ^ Feride Hikmet Atak (28 Januari 2018). "Farah Nabilah tak mahu peminat salah tafsir". Berita Harian. Dicapai 6 Oktober 2018. 
  8. ^ "Mana Mau Lari Bakal Menggegar Pawagam". Astro Shaw. 2 Disember 2014. Dicapai 27 Julai 2015. 
  9. ^ Feride Hikmet Atak (10 Mac 2018). "Farah Nabilah penat jadi baik". Berita Harian. Dicapai 4 Mei 2018. 
  10. ^ Michelle Gun (21 Mei 2018). "Kisah beri keinsafan". Harian Metro. Dicapai 28 Mei 2018. 
  11. ^ Zaidi Mohamad (19 Mei 2018). "Tiada masalah berlakon dengan suami orang". Berita Harian. Dicapai 28 Mei 2018. 
  12. ^ Munady (31 Julai 2018). "APM 2018 memperkenalkan nominasi edisi ke-17". Citra Selebriti. Dicapai 6 Ogos 2018. 
  13. ^ Kamaruddin Razal (9 Oktober 2018). ""Fall in Love with Cik Reen & Encik Ngok Ngek" - Peminat Suka Tonton Gandingan Fikry Ibrahim & Farah Nabilah". Astro Gempak. Dicapai 14 Oktober 2018. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]