Berita Petang Sarawak

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Berita Petang Sarawak.jpg

Berita Petang Sarawak merupakan sebuah akhbar berbahasa Cina di Malaysia. Ia diterbitkan untuk pasaran negeri Sarawak, Sabah dan Brunei.

Berita Petang Sarawak merupakan akhbar berbahasa Cina tunggal di Sabah, Sarawak dan Brunei. Ia diterbitkan pada tahun 1972, dan dicetak di Kuching dan memiliki pejabat di Sri Aman and Sibu.

Berita Petang Sarawak telah digantung pada Februari 2006 kerana menyiarkan karikatur Nabi Muhammad SAW. Berita Petang merupakan akhbar ketiga yang digantung selepas Sarawak Tribune dan Guang Ming Daily kerana kesalahan yang sama.

Menteri Keselamatan Dalam Negeri telah mengumumkan dalam satu kenyataan bahawa akhbar harian tersebut yang diterbitkan oleh Berita Petang Sarawak Sdn Bhd, telah digantung selama dua minggu dari 26 Februari 2006 sehingga 11 March kerana kesalahan di bawah Akta Percetakan dan Penerbitan 1984. [1]

Rujukan[sunting | sunting sumber]