Giacinto Facchetti

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Giacinto Facchetti
1966–67 Inter Milan - Giacinto Facchetti.jpg
Facchetti bersama Inter ketika musim 1966–67
Maklumat peribadi
Nama penuh Giacinto Facchetti[1]
Tarikh lahir (1942-07-18)18 Julai 1942
Tempat lahir Treviglio, Itali
Tarikh kematian 4 September 2006(2006-09-04) (umur 64)
Tempat kematian Milan, Itali
Ketinggian 1.91 m (6 ka 3 in)
Posisi permainan Bek kiri
Kerjaya remaja
1956–1960 Trevigliese
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
1960–1978 Inter Milan 476 (59)
Pasukan kebangsaan
1963–1977 Itali 94 (3)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik

Giacinto Facchetti (sebutan bahasa Itali: [dʒaˈtʃinto fakˈketti]; 18 Julai 1942 – 4 September 2006) merupakan bekas pemain bola sepak Itali yang beraksi di posisi pertahanan untuk kelab Inter Milan dari tahun 1960 hingga 1978. Beliau seterusnya berkhidmat sebagai pengerusi kelab Inter dari Januari 2004 hingga kematiannya pada tahun 2006. Beliau telah beraksi dalam 634 perlawanan rasmi untuk kelab, menjaringkan 75 gol dan merupakan anggota pasukan "Grande Inter" di bawah kendalian pengurus Helenio Herrera yang berjaya merangkul empat gelaran Serie A, satu trofi Coppa Italia, dua kejuaraan Piala Eropah serta dua gelaran Piala Antara Benua. Beliau juga merupakan pemenang naib juara dalam anugerah Ballon d'Or 1965.

Facchetti mewakili pasukan kebangsaan Itali dalam 94 perlawanan antarabangsa termasuk dalam tiga edisi Piala Dunia. Beliau juga sebahagian daripada Bintang Pasukan Pilihan Piala Dunia 1970, di mana Itali menjadi naib juara. Beliau juga merupakan kapten pasukan Itali yang menjuarai Kejohanan Eropah buat pertama kali di tanah air sendiri pada edisi 1968, di mana beliau juga mengisi tempat dalam pasukan terbaik kejohanan.

Facchetti dikenang sebagai pemain pertahanan menyerang terhebat yang terawal. Beliau juga diakui sebagai salah seorang pemain terhebat di posisinya kerana kelajuan, teknik, kepintaran, fizikal dan staminanya. Beliau telah membentuk pasangan pertahanan yang ampuh bersama Tarcisio Burgnich di Inter dan pasukan kebangsaan Itali untuk menjayakan sistem catenaccio. Selain kebolehannya di atas padang, Facchetti juga memiliki disiplin dan kepimpinan yang mana beliau mengetuai Inter Milan dan pasukan Itali selama beberapa tahun.[2][3][4][5][6]

Pada Mac 2004, Pelé menyenaraikan beliau sebagai salah satu daripada 125 pemain terhebat yang pernah hidup sempena sambutan ulang tahun penubuhan FIFA ke-100 tahun.[7] Pada tahun 2015, beliau menerima penghargaan selepas mati dengan dimasukkan ke dalam Dewan Kemahsyuran Bola Sepak Itali.

Kerjaya kelab[sunting | sunting sumber]

Dilahirkan di Treviglio, Wilayah Bergamo (Lombardy), Facchetti memulakan kerjayanya bersama kelab di kampung halamannya, Trevigliese dengan menjadi pemain penyerang kerana kelebihan kepantasan, kekuatan rembatan dan teknik yang dimilikinya. Beliau seterusnya dikesan oleh pengurus Inter pada masa itu, Helenio Herrera yang menariknya untuk bertanding di Serie A pada lewat musim 1960–61 sebagai posisi pertahanan kiri menyerang. Perkembangan ini kerana beliau juga memiliki kemahiran merampas bola, kelebihan tenaga dan fizik serta kemahiran menyerang. Beliau melakukan kemunculan sulungnya untuk kelab pada 21 Mei 1961 di Serie A dalam aksi menundukkan Roma 2-0 di gelanggang lawan.[8] Perubahan posisi terbukti merupakan pilihan yang berkesan dan Facchetti akhirnya berkembang menjadi salah seorang daripada pertahanan berbakat dalam bola sepak Itali apabila beliau membentuk gandingan mantap di barisan pertahanan dengan pemain Itali, Burgnich. Gaya permainan Facchetti yang inovatif menjadikannya salah seorang pemain pertahanan terbaik di Eropah, dengan menjadi tonggak utama di barisan pertahanan dan menjayakan sistem serangan balas "catenaccio" untuk membantu skuad "Grande Inter" Herrera menguasai bola sepak Itali, Eropah dan dunia pada 1960-an. Pasukan ini juga mencatatkan jaringan bolos yang sedikit manakala Facchetti turut memberi sumbangan dalam bahagian serangan, di mana beliau menjaringkan gol dan membuat bantuan gol.[9][10][11][12][13] Beliau memegang rekod sebagai penjaring terbanyak dalam sesuatu musim di Serie A oleh pemain pertahanan (10 gol pada musim 1965–66 sehingga rekod itu dileburkan oleh Marco Materazzi pada musim 2000–01.[14]

Facchetti menghabiskan seluruh karier profesionalnya bersama Inter dengan mengetuai pasukan itu pada musim terakhirnya, 1977–78. Bersama Inter, Facchetti menjuarai empat gelaran scudetti pada tahun 1963, 1965, 1966 dan 1971; satu trofi Coppa Italia pada 1978; dua gelaran Piala Eropah pada 1964 dan 1965; serta dua kejuaraan Piala Antara Benua pada 1964 dan 1965.[15][16] Oleh kerana persembahannya bersama Inter, Facchetti hampir melepaskan peluangnya untuk menjadi pemain pertahanan pertama yang memenangi Ballon d'Or, dengan menjadi naib juara kepada 1965. Perkembangan ini berlaku selepas pasukannya gagal untuk melengkapkan treble bersama Inter pada tahun itu; Inter menjuarai Serie A dan Piala Eropah namun mereka tewas dalam saingan Coppa Italia apabila tunduk kepada Juventus pada aksi final. Jumlah jaringan Facchetti di Serie A iaitu sebanyak 59 gol menjadikannya sebagai pemain pertahanan paling prolifik dalam sejarah liga Itali.[17]

Kerjaya antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Facchetti (kanan) bersalaman dengan pemain Yugoslavia, Ilija Petković menjelang aksi final Euro 1968.

Facchetti melakukan penampilan sulungnya untuk pasukan kebangsaan Itali pada 23 Mac 1963 dalam aksi kelayakan Euro 1964 menentang Turki yang berakhir dengan kemenangan 1-0. Beliau telah beraksi dalam 94 perlawanan untuk Itali sekali gus beliau memegang rekod penampilan terbanyak bersama Itali pada masa itu sebelum ia dipintas oleh Dino Zoff, Paolo Maldini, Fabio Cannavaro dan Gianluigi Buffon. Beliau juga memakai lilitan kapten dalam 70 perlawanan sambil menjaringkan tiga gol antara tahun 1963 dan 1977. Beliau kini merupakan pemain kesembilan yang melakukan penampilan terbanyak. Beliau juga mewakili pasukan Itali ke kejohanan Piala Dunia 1966, 1970 dan 1974, beliau mengetuai Itali dalam edisi kejohanan 1970 dan 1974. Beliau juga mengetuai Itali yang berjaya menjuarai Euro 1968 dengan menyarung jersi nombor 10 selepas pasukannya mara ke perlawanan akhir melalui lemparan duit syiling berikutan permainan terikat seri menentang Kesatuan Soviet di peringkat separuh akhir. Pasukannya akhir mengatasi cabaran Yugoslavia 2-0 di perlawanan ulangan[18] dan disenaraikan ke dalam pasukan terbaik kejohanan. Beliau juga dinamakan sebagai Bintang Pasukan Pilihan di kejohanan Piala Dunia 1970, di mana beliau membantu pasukannya mara ke final sebelum dikalahkan oleh Brazil 4-1.[19][20]

Selepas persaraan[sunting | sunting sumber]

Selama beberapa tahun, Facchetti menjawat beberapa jawatan pengurusan di Inter Milan termasuk pengarah teknikal,[21][22] ahli lembaga,[23] duta antarabangsa dan naib pengerusi.[24] Facchetti dilantik menjadi pengerusi Inter pada 19 Januari 2004 berikutan peletakan jawatan oleh presiden terdahulu, Massimo Moratti.[25][26] Selepas menghidap penderitaan yang lama, beliau meninggal dunia akibat kanser pankreas di Milan pada 4 September 2006. Beliau meninggalkan seorang balu, Giovanna bersama empat orang anaknya.[27][28]

Legasi[sunting | sunting sumber]

Pada Mac 2004, Pelé menyenaraikan Facchetti sebagai salah seorang daripada 125 pemain terhebat yang pernah hidup sempena sambutan ulang tahun ke-100 FIFA.[29]

Selepas kematian Facchetti pada tahun 2006, beliau telah dinamakan sebagai salah seorang daripada Golden Foot "Football Legends" dan juga penerima Anugerah Kepresidenan FIFA. Dikenali sebagai seorang yang berdisiplin dan kemampuan bermainnya, Premio internazionale Giacinto Facchetti telah ditubuhkan untuk mengenang jasanya pada hujung tahun yang sama. Kini, anugerah itu disampaikan kepada personaliti bola sepak yang menegakkan kejujuran, sifat yang baik dan semangat kesukanan.[30] Selepas kematiannya juga, Campionato Nazionale Primavera memasukkan nama Facchetti untuk dinamakan semula kepada Campionato Primavera Tim – Trofeo Giacinto Facchetti.

Bekas kelabnya, Inter telah membersarakan nombor jersi 3 untuk mengenang jasa dan sumbangannya.[31]

Pada 22 September 2008, sebuah petempatan di pekan Cesano Maderno, Bandar Metropolitan Milan dinamakan semula untuk mengenang jasa Giacinto Facchetti.[32][33]

Facchetti tampil dalam permainan video bola sepak FIFA 14' Classic XI – pasukan yang terdiri daripada bintang pelbagai negara bersama-sama dengan rakan senegara, Bruno Conti, Gianni Rivera dan Franco Baresi.[34]

Pada tahun 2015, beliau telah dikenang selepas mati dengan dimasukkan ke dalam Dewan Kemahsyuran Bola Sepak Itali.[35]

Statistik kerjaya[sunting | sunting sumber]

Kelab[sunting | sunting sumber]

Kelab Musim Liga Piala Eropah Lain Jumlah
Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol
Itali Internazionale 1960–61 3 1 1[a] 0 4 1
1961–62 15 0 6[a] 0 21 0
1962–63 31 4 2 0 33 4
1963–64 33 4 9[b] 0 42 4
1964–65 32 2 3 0 6[b] 1 3[c] 0 44 3
1965–66 32 10 1 0 5[b] 2 2[c] 0 40 12
1966–67 34 4 2 0 10[b] 2 46 6
1967–68 28 7 9 2 37 9
1968–69 30 6 3 1 33 7
1969–70 28 5 6 1 8[a] 0 42 6
1970–71 30 5 3 0 2[a] 0 5[d] 1 40 6
1971–72 27 4 8 1 9[b] 1 44 6
1972–73 29 1 10 3 5[e] 0 44 4
1973–74 28 2 7 0 2[e] 0 37 2
1974–75 23 0 8 1 3[e] 0 34 1
1975–76 28 3 10 0 38 3
1976–77 27 1 9 1 1[e] 0 37 2
1977–78 18 0 4 0 1[e] 0 23 0
Jumlah kerjaya 476 59 85 10 68 6 10 1 639 76
  1. ^ a b c d Penampilan di Piala Pesta Eropah
  2. ^ a b c d e Penampilan di Piala Eropah
  3. ^ a b Penampilan di Piala Antara Benua
  4. ^ Dua penampilan di Piala Inggeris-Itali 1971, tiga penampilan dan satu gol di Memorial Armando Picchi.
  5. ^ a b c d e Penampilan di Piala UEFA

Antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Pasukan kebangsaan Itali[36][37][38][39][40]
Tahun Kmncln Gol
1963 5 0
1964 4 1
1965 7 1
1966 10 0
1967 6 1
1968 6 0
1969 6 0
1970 11 0
1971 6 0
1972 3 0
1973 7 0
1974 6 0
1975 6 0
1976 7 0
1977 4 0
Jumlah 94 3

Gol antarabangsa[sunting | sunting sumber]

# Tarikh Lokasi Pasukan lawan Skor Keputusan Kejohanan
1
4 November 1964 Genoa, Itali  Finland
1–0
6–1
Kelayakan Piala Dunia 1966
2
7 Disember 1965 Naples, Itali  Scotland
2–0
3–0
3
22 Mac 1967 Nicosia, Cyprus  Cyprus
0–2
0–2
Kelayakan Euro 1968

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Facchetti menjulang trofi Euro 1968.

Kelab[sunting | sunting sumber]

Inter Milan[41]

Antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Itali[42]

Individu[sunting | sunting sumber]

Pingat

Catatan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Comunicato Ufficiale N. 249" [Official Press Release No. 249] (PDF) (dalam bahasa Itali). Lega Serie A. 13 February 2004. m/s. 3. Dicapai pada 14 December 2020.
  2. ^ name="Italy's greatest defenders">"Italy's greatest defenders". Sky Sports. 31 May 2010. Dicapai pada 26 January 2016.
  3. ^ name="fifa.com">"Inter and Italy's pioneering fullback". FIFA. Dicapai pada 2 January 2015.
  4. ^ name="Treccani: Facchétti, Giacinto">"Treccani: Facchétti, Giacinto" (dalam bahasa Itali). Treccani: Enciclopedie on line. Dicapai pada 16 September 2014.
  5. ^ name="Giacinto Facchetti">"Giacinto Facchetti" (dalam bahasa Itali). Diarkib daripada yang asal pada 27 December 2017. Dicapai pada 2 January 2015.
  6. ^ "Giacinto Facchetti". Storie di Calcio (dalam bahasa Itali). Dicapai pada 16 September 2014.
  7. ^ "Pele's list of the greatest". BBC Sport. 4 March 2004. Dicapai pada 15 June 2013.
  8. ^ name="Treccani: Facchétti, Giacinto"
  9. ^ name="fifa.com"
  10. ^ name="Giacinto Facchetti"
  11. ^ name="storiedicalcio"
  12. ^ name="theguardian.com">"Giacinto Facchetti – Obituary". The Guardian. 11 September 2006. Dicapai pada 2 January 2015.
  13. ^ name="Helenio Herrera: More than just catenaccio">"Giacinto Facchetti – Helenio Herrera: More than just catenaccio". www.fifa.com. FIFA. Dicapai pada 10 September 2014.
  14. ^ name="I difensori e il vizio del gol Facchetti">Giuseppe Bagnati (26 October 2009). "I difensori e il vizio del gol Facchetti il top, poi Matrix". La Gazzetta dello Sport (dalam bahasa Itali). Dicapai pada 2 January 2015.
  15. ^ name="fifa.com"
  16. ^ name="theguardian.com"
  17. ^ name="I difensori e il vizio del gol Facchetti"
  18. ^ "'Lucky man' Facchetti on Italy's semi coin toss". uefa.com. Dicapai pada 22 February 2017.
  19. ^ name="fifa.com"
  20. ^ name="theguardian.com"
  21. ^ name="theguardian.com"
  22. ^ name="morto Giacinto Facchetti"
  23. ^ name=vice-chairman
  24. ^ name=vice-chairman>https://web.archive.org/web/20030207183338/http://www.inter.it/it/societa/organigramma.html
  25. ^ name="morto Giacinto Facchetti"
  26. ^ "Moratti stands down at Inter". UEFA. 20 January 2004. Dicapai pada 19 January 2018.
  27. ^ name="Giacinto Facchetti"
  28. ^ name="theguardian.com"
  29. ^ name="Pele"
  30. ^ Azzurra Saggini (10 November 2012). "Zanetti nel nome di Facchetti Il bello del calcio è il Capitano". La Gazzetta dello Sport (dalam bahasa Itali). Dicapai pada 8 June 2016.
  31. ^ name="theguardian.com"
  32. ^ name="theguardian.com"
  33. ^ name="inter.it">[1]
  34. ^ "FIFA 14 Classic XI". Diarkib daripada yang asal pada 30 September 2011. Dicapai pada 17 Mac 2015.
  35. ^ name="Hall of Fame"
  36. ^ name="enciclopediadelcalcio"
  37. ^ "Facchetti, Giacinto" (dalam bahasa Itali). Italia1910.com. Dicapai pada 19 January 2018.
  38. ^ "Facchetti, Giacinto" (dalam bahasa Itali). FIGC. Dicapai pada 18 January 2018.
  39. ^ "Facchetti, Giacinto". www.national-football-teams.com. Dicapai pada 19 January 2018.
  40. ^ Roberto Di Maggio (7 September 2006). "Giacinto Facchetti – International Appearances". RSSSF. Dicapai pada 19 January 2018.
  41. ^ name="morto Giacinto Facchetti">"E' morto Giacinto Facchetti "Ci lascia una persona perbene"". La Repubblica (dalam bahasa Itali). 4 September 2006. Dicapai pada 23 November 2015.
  42. ^ name="1968 team of the tournament">"1968 team of the tournament". UEFA. 1 April 2011. Dicapai pada 29 April 2015.
  43. ^ "Golden Foot Legends". goldenfoot.com. Diarkib daripada yang asal pada 16 April 2015. Dicapai pada 27 March 2015.
  44. ^ "FIFA.com – Presidential Award for Giacinto Facchetti". FIFA. Dicapai pada 27 March 2015.
  45. ^ name="1968 team of the tournament"
  46. ^ name="FIFA World Cup Awards: All-Star Team">"FIFA World Cup Awards: All-Star Team". Diarkib daripada yang asal pada 30 June 2016. Dicapai pada 22 March 2015.
  47. ^ Rob Moore; Karel Stokkermans (21 Januari 2011). "European Footballer of the Year ("Ballon d'Or")". RSSSF. Diarkib daripada yang asal pada 16 January 2009. Dicapai pada 23 November 2015.
  48. ^ name="Hall of Fame">"Hall of fame, 10 new entry: con Vialli e Mancini anche Facchetti e Ronaldo" [Hall of fame, 10 new entries: with Vialli and Mancini also Facchetti and Ronaldo]. La Gazzetta dello Sport (dalam bahasa Itali). 27 October 2015. Dicapai pada 27 October 2015.
  49. ^ "Toldo, Facchetti, Stankovic and Meazza join the Inter Hall of Fame". Inter.it. 11 May 2019. Diarkib daripada yang asal pada 11 May 2019. Dicapai pada 11 May 2019.
  50. ^ "Facchetti Sig. Giacinto" [Facchetti Mr. Giacinto]. Quirinale (dalam bahasa Itali). Presidenza della Repubblica Italiana. Dicapai pada 14 December 2020.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Kedudukan sukan
Didahului oleh
Sandro Mazzola
Kapten Inter Milan
1977–1978
Diikuti oleh:
Graziano Bini