Teluk Danga

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Danga Bay)
Lompat ke: pandu arah, cari

Koordinat: 1°28′30.0″N 103°43′26.4″E / 1.475000°N 103.724000°E / 1.475000; 103.724000

Teluk Danga (atau lebih dikenali sebagai Danga Bay) merupakan pusat rekreasi terbesar di bandar Johor Bahru, Johor, Malaysia. Tempat ini juga terletak berdekatan dengan Istana Bukit Serene iaitu kira-kira 7 kilometer dari pusat bandar Johor Bahru. Pelbagai acara juga pernah diadakan di sini.

Tempat ini boleh dituju melalui pelbagai rangkaian pengangkutan seperti jalan raya utama, Lapangan Terbang Antarabangsa, hab kargo dan pelabuhan. Projek-projek besar juga telah dikenal pasti untuk dibina di sekitar kawasan ini termasuklah pusat hab yang baru yang terdiri daripada kewangan, komersial, hotel, pameran, pusat konvokesyen, marina dan harta kediaman yang mewah.

Lokasi[sunting | sunting sumber]

Tempat ini terletak di bahagian selatan tengah Iskandar Malaysia serta merupakan pusat pembangunan kediaman dan komersial yang pertama dan terbesar di Johor Bahru. Teluk ini terbentang indah sepanjang pantai yang berukuran 25 kilometer serta menghadap Selat Johor dan meliputi kawasan yang berkeluasan kira-kira 450-ekar (1.8 km2).

Tahap ketersampaian[sunting | sunting sumber]

Teluk Danga boleh dituju dari Lebuhraya Skudai (Laluan persekutuan Jkr-ft1.svg) melalui jalan pertukaran Teluk Danga yang menjadi laluan Jalan Skudai yang juga terletak berdekatan Istana Bukit Serene. Pelancong yang datang dari Singapura dan pusat bandar Johor Bahru boleh mengakses tempat ini melalui Jalan Skudai.

  • Melalui pembinaan Gerbang Selatan Bersepadu (CIQ) yang baru, Teluk Danga akan dapat dituju hanya 10 minit dari pusat pemeriksaan kastam Malaysia dan Singapura.
  • Apabila hendak menuju ke utara dalam masa 30 minit, pengunjung akan sampai ke Lapangan Terbang Antarabanga dan Domestik Sultan Ismail dan Lapangan Terbang Antarabangsa Hab Kargo yang terletak di Senai.
  • Landasan terminal keretapi utama di bandar Johor Bahru boleh dituju dengan hanya mengambil masa 10 minit dari Teluk Danga.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]