Permas Jaya

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Persekitaran Jalan Permas 10

Bandar Baru Permas Jaya (Jawi:مدينة جديدة من الياسمين) (Tamil:மல்லிகை ஒரு புதிய நகரம்) (Cina:百万镇) adalah sebuah bandar dibawah daerah Pasir Gudang, Johor, Malaysia dan ditadbir MBJB atau Majlis Bandaraya Johor Bahru.Jambatan Permas Jaya bersambung dengan Kampung Bakar Batu, Taman Sentosa dan pusat bandar Johor Bahru.

Permas Jaya mempunyai satu 9 lubang padang golf dan kediaman kondominium. Ia juga mempunyai kemudahan sukan dan kompleks rekreasi (Sport Complex). Bandar Baru Permas Jaya terkenal dengan tempat membeli-belah utama dan menjadikan kompleks masa lapang dengan sebuah pawagam dan gelanggang boling tetapi telah ditutup semenjak 1999. Kini, terdapat dua pusat membeli-belah iaitu Ecosave dan AEON Mall.

Permas Jaya Management telah membina Permas Mall untuk menarik perniagaan baru. Permas Jaya adalah satu pilihan yang terkenal rakyat Singapura untuk melakukan aktiviti riadah di Permas Jaya kerana lokasi strategiknya yang berdekatan dengan Pusat Bandaraya Johor Bahru .

Terdapat juga sebuah hotel bertaraf lima bintang iaitu Renaissance Hotel yang telah mengembangkan sosioekonomi penduduk setempat kerana pelancong yang mengunjungi Permas Jaya kian bertambah.

Senarai Ahli DUN N.43 Permas[sunting | sunting sumber]

-Barisan Nasional Logo.svgUMNO (Malaysia).svgDato's Haji Mohamed Khaled Bin Nordin

Tempoh:6 Mei 2013 hingga 10 Mei 2018

-Parti Keadilan Rakyat logo.svgChe Zakaria Mohd Salleh

Tempoh:10 Mei 2018 hingga kini

Institusis Perbankan[sunting | sunting sumber]

-Alliance Bank

-RHB Bank

-Hong Leong Bank

-CIMB Bank

-Public Bank

-Bank Simpanan Nasional (BSN)

-Maybank

-Affin Bank

-Am Bank

Insfrastrutuk Utama[sunting | sunting sumber]

-Sekolah Rendah dan Menengah

-Balai Polis

-Pejabat Pos

-Perhentian Bas

-Klinik Desa (bayi)

Pembinaan Dewan Muafakat Johor[sunting | sunting sumber]

Kumpulan Prasarana Rakyat Johor Sdn Bhd (KPRJ) akan membina sebuah dewan serbaguna yang lengkap dengan pelbagai kemudahan dengan kos anggaran sebanyak RM8 juta di Bandar Baru Permas Jaya, di sini pada suku pertama tahun 2018.

Dewan Muafakat Johor Permas yang akan dibangunkan pada keluasan 0.44 hektar itu dilengkapi dengan sebuah dewan berhawa dingin, empat gelanggang badminton, tadika, kios jualan serta kemudahan asas seperti surau, tandas, bilik mesyuarat dan pejabat pengurusan.

Dewan berkenaan mampu memuatkan sehingga 900 orang selain empat gelanggang badminton yang berkeluasan 1,395.54 meter persegi yang boleh dimanfaatkan bagi aktiviti riadah masyarakat setempat.

Dewan Muafakat Johor bakal dibina di Jalan Permas 1/2,Bandar Baru Permas Jaya ,Johor

Pembinaan Pasar Tani Kekal[sunting | sunting sumber]

Projek pembinaan pasar tani kekal (FAMA) Permas Jaya dengan kos RM2.5 juta itu dibangunkan di tapak seluas 0.61 hektar yang dipajak sewaan dari Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) untuk tempoh 10 tahun.

Ianya telah siap pada Februari 2017, bangunan itu  menempatkan 76 lot jualan, enam lot gerai makan dan dilengkapi kemudahan tandas, surau, medan selera serta ruang parkir.

Dengannya ada lokasi kekal ini ianya akan memberi alternatif kepada penduduk setempat untuk mendapatkan bekalan setiap hari di lokasi sama tanpa perlu tercari-cari lokasi pasar tani saban minggu atau bulan.

Pasar Tani Kekal Permas terletak di Jalan Permas 7