Dato' Shahbandar Sungai Ujong
Jump to navigation
Jump to search
Dato' Shahbandar Sungai Ujong, Negeri Sembilan | |
---|---|
Wilayah/Negeri | |
![]() | |
Penjawat kini | |
Dato' Shahbandar Sungai Ujong Dato' Seri Utama Haji Badarudin bin Haji Abdul Khalid |
Dato' Shahbandar Sungai Ujong merupakan jawatan dan gelaran pembesar adat yang terdapat di Negeri Sembilan. Ia diwujudkan oleh Sultan Abdul Jalil III, Sultan Johor, semasa Sungai Ujong berada di bawah takluk Johor, bermula pada tahun 1715. Dato’ Bandar mempunyai kuasa memungut hasil, cukai perniagaan dan perkapalan sepanjang Sungai Linggi. Kekayaan Dato’ Bandar meletakkannya setaraf dengan kedudukan Dato’ Kelana Sungai Ujong. Dato' Shahbandar juga pada awalnya dikenali sebagai Dato' Bandar[1].
Datuk Shahbandar Sungai Ujong kini disandang oleh Yang Amat Mulia Dato' Seri Utama Haji Badarudin bin Haji Abdul Khalid[2].
Rujukan[sunting | sunting sumber]
- ^ “Datuk Shahbandar Sungai Ujong,” Malaycivilization, diakses pada 20 Januari 2021, http://www.malaycivilization.com.my/items/show/105594.
- ^ "Menghadap Dato' Shahbandar Sungai Ujong". Majlis Bandaraya Seremban. Dicapai pada 20 Januari 2021.
![]() |
Rencana tentang politik ini ialah rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya. |