Undang Luak Rembau

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Dato' Undang Luak
Rembau, Negeri Sembilan
Wilayah/Negeri
Penjawat kini
Kebawah Kaus Yang Teramat Mulia Dato' Lela Maharaja
Dato' Haji Muhamad Sharif bin Haji Othman D.T.N.S., P.P.T., A.N.S., P.M.C., P.J.K., P.K.L.,

sejak 1998
Butiran
Raja pertamaDuli Yang Maha Mulia Dato' Lela Maharaja Seri Rama bin Dato Lela Balang
Pembentukan1540

Yang Teramat Mulia Undang Luak Rembau merupakan pemerintah atau Raja sebagaimana perkara 160(2) Perlembagaan Persekutuan berkenaan takrif "Raja" bagi Negeri Sembilan Darul Khusus dan Pembesar Memerintah bagi Luak Rembau. Luak (Negeri) Rembau merupakan salah satu daripada luak yang membentuk Negeri Sembilan. YTM Dato' Undang Rembau pada masa ini dilantik pada 1998 daripada Waris Jakun. Dato' Undang Muhammad Sharif Othman yang lahir pada 1941.

Pelantikan Undang[sunting | sunting sumber]

Pelantikan Dato' Undang Rembau adalah dipilih daripada calon-calon dalam suku Biduanda. Di Rembau ada dua suku Biduanda yang menjadi waris pelantikan Undang iaitu Waris Jakun dan Waris Jawa. Waris Jakun adalah keturunan daripada Dato' Lela Balang yang bergelar Dato' Lela Maharaja. Manakala Waris Jawa pula adalah keturunan daripada Dato' Laut Dalam yang bergelar Dato' Sedia Raja. Pemilihan Undang Rembau adalah mengikut giliran kepada dua suku waris ini.

Senarai penyandang[sunting | sunting sumber]

Senarai Dato' Undang Luak Rembau
No Nama Waris Tempoh Takhta
1 Dato' Lela Maharaja Seri Rama bin Dato Lela Balang Jakun 1540 - 1555
2 Dato' Sedia Raja Ombo bin Dato' Lela Maharaja Seri Rama Jawa 1555 - 1605
3 Dato' Lela Maharaja Lenggang [Genggang] Jakun 1605 - 1620
4 Dato' Sedia Raja Pandak Jawa 1620 - 1645
5 Dato' Lela Maharaja Uban Jakun 1645 - 1660
6 Dato' Sedia Raja Sagah Jawa 1660 - 1690
7 Dato' Sedia Raja Kurup Jawa 1690 - 1725
8 Dato' Sedia Raja Sabat [Sobok] Jawa 1725 - 1750
9 Dato' Lela Maharaja Lulinsoh Jakun 1750 - 1790
10 Dato' Sedia Raja Pekak Jawa 1790 - 1795
11 Dato' Lela Maharaja Kusil bin Dato' Lela Maharaja Uban Jakun 1795 - 1812
12 Dato' Sedia Raja Bogok [Bahago] Jawa 1812 - 1819
13 Dato' Lela Maharaja Nganit [Reneh] Jakun 1819 - 1838
14 Dato' Sedia Raja Akhir Jawa 1838 - 1871
15 Dato' Lela Maharaja Haji Sahil Jakun 1871 - 1883
16 Dato' Sedia Raja Sarun bin Saidin Jawa 1883 - 1905
17 Dato' Lela Maharaja Haji Sulung bin Miah Jakun 1905 - 1922
18 Dato' Sedia Raja Abdullah bin Haji Dahan Jawa 1922 - 1938
19 Dato' Lela Maharaja Haji Ipap bin Abdullah Jakun 1938 - 1962
20 Dato' Sedia Raja Haji Adnan bin Haji Maah Jawa 1962 - 1998
21 Dato' Lela Maharaja Dato' Haji Muhamad Sharip bin Othman Jakun 1998 - Penyandang

Lihat juga[sunting | sunting sumber]