Detektif Sato

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Miwako Sato
Watak Detektif Conan
MiSato.jpg
Kemunculan pertama

130, Musim 5
Dicipta oleh

Gosho Aoyama
Disuarakan oleh

Atsuko Yuya
Profil
Nama panggilanSato-keiji, Sato-san, Miwako-san
JantinaPerempuan

Miwako Sato (佐藤 美和子 Satō Miwako?), yang dikenali sebagai Saimone dalam versi FUNimation Dub, merupakan salah satu watak dalam siri anime Detektif Conan. Beliau berusia sekitar 28 tahun dan merupakan seorang pegawai polis berpangkat Penolong Inspektor dalam Bahagian 1 (Seksyen Pembunuhan) di Jabatan Polis Metropolitan Tokyo. Kemunculan pertamanya ialah dalam episod ke-130 Detektif Conan musim yang ke-5 iaitu The Indiscriminate Stadium Threatening Case.

Dalam versi bahasa Inggeris, aktor suaranya ialah Kate Oxley.

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Sato merupakan anak tunggal dari sebuah keluarga kecil. Kira-kira 18 tahun yang lalu, sewaktu masih di sekolah rendah, Sato telah kehilangan ayahnya dalam satu kemalangan jalan raya. Dalam kejadian itu, ayahnya Masayoshi Sato yang ketika itu menyandang jawatan Penguasa Kanan Polis telah terbunuh sewaktu hendak memindahkan seorang perompak bank kepada pihak polis. Kejadian itu memberi kesan yang sangat mendalam terhadap Sato sehingga mendorongnya menyertai pasukan polis Jepun dan bekerja bersama-sama pegawai kanan yang dulunya merupakan rakan setugas ayahnya, termasuklah Inspektor Megure.

Personaliti[sunting | sunting sumber]

Sato dianggap sebagai pegawai polis paling digeruni kerana sifatnya yang tidak kenal erti takut dan berani berlawan dengan lelaki, malah mampu mengalahkan lawannya. Sewaktu bertugas, Sato boleh menjadi begitu berani dan tidak sabar, dan oleh sebab ini dia digelar 'Ahli Sihir Perak' kerana gaya memandunya.

Walau bagaimanapun, dia tetap mempunyai sisi kewanitaannya di mana dia bersikap sangat baik dan mesra terhadap Pasukan Detektif Muda, dan terutama sekali Conan yang dia anggap begitu banyak menolong dalam menyelesaikan kes-kes yang rumit.

Hobi Sato ialah berkaraoke, menghadiri acara makan-makan dan menikmati ramen.