Sarah Suhairi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Sarah Suhairi
Nama lahirSarah binti Suhairi
Kelahiran (2000-08-03) 3 Ogos 2000 (umur 18)
Berasal dariRawang, Selangor, Malaysia
GenrePop, solo, balada, rap
PekerjaanPenyanyi
InstrumenVokal
Tahun aktif2017–kini
Syarikat rakaman
MVM Production, Rusa Music

Sarah binti Suhairi (lahir 3 April 2000) merupakan seorang penyanyi remaja wanita Malaysia. Beliau mula dikenali ramai setelah menjuarai sebuah program realiti TV nyanyian terbaru terbitan Astro, Big Stage pada 2018.[1][2]

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Sarah mula memperkenalkan bakatnya di media sosial menerusi nyanyian lagu saduran tempatan dan luar negara sebelum mendapat tawaran sebagai artis rakaman. Kemunculan sulung beliau dalam arus perdana adalah menerusi single berjudul "Pedih" hasil ciptaan Room None dan lirik oleh Iman Imran. Video muzik lagu itu sehingga kini telahpun meraih lebih 1.1 juta tontonan di laman Youtube sejak dilancarkan April lalu. Laman rasmi YouTubenya kini mengumpul 15,000 pengikut dengan video paling popular iaitu lagu cover Shape Of You (duet bersama Asad Motawh dan Betty Afryna) ditonton lebih 910,000 pelayar. Prestasi dan bakatnya dalam program realiti Big Stage 2018 disenangi serta menerima pujian penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza.[3] Beliau juga berbakat dalam rap.[4]

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Single[sunting | sunting sumber]

Tahun Single Album
2017 Pedih Single
2018 Nyawa dan Raga Single
2019 Rise & Fall Single

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Saluran TV Catatan
2019 The House Astro Ria bersama Wani Kayrie dan Sissy Imann

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Big Stage 2018[sunting | sunting sumber]

Tahun Anugerah Keputusan
2018 Big Stage Juara
Konsert Lagu Penyanyi Asal #
Minggu 1 "Pedih" Sarah Suhairi Kekal
Minggu 2 "Kesetiaan" Siti Sarah Kekal
Minggu 3 "You Are The Reason"

(duet bersama Ismail Izzani)

Calum Scott Kekal
Minggu 4 "Ddu-Du Ddu-Du" Black Pink Kekal
Minggu 5 "Sesungguhnya Aku" Alif Satar Kekal
Minggu 6 "Sesal Separuh Nyawa" Alyah Kekal
Minggu 7

(Separuh Akhir)

"Hey Ladies" Rossa Kekal
"Perjalananku"

(duet bersama Syamel

Jamal Abdillah
Minggu 8 (Akhir) "Awan Yang Terpilu" Ning Baizura Juara
"Nyawa dan Raga"

(Lagu baru)

Sarah Suhairi

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Norhayati Nordin (18 Mac 2019). "Sarah Suhairi buru impian ketepi gosip". Harian Metro. Dicapai 11 Mei 2019. 
  2. ^ Muhamad Fairoz Azizan (24 September 2018). "Sarah Suhairi juara Big Stage". Berita Harian. Dicapai 11 Mei 2019. 
  3. ^ Wawann MOhd (25 Mac 2019). "Sarah Suhairi mahu hentikan gosip". Sinar Harian. Dicapai 11 Mei 2019. 
  4. ^ Syahirah Mokhtazar (9 November 2018). "#Showbiz: Sarah Suhairi aims to be Malaysia's first hijab-wearing rapper". New Straits Times. Dicapai 11 Mei 2019. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]