W.A.R.I.S

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
W.A.R.I.S
Nama lahir Muzzammil bin Alias[1]
Kelahiran Rembau, Negeri Sembilan Negeri Sembilan, Malaysia Malaysia [2]
Genre Hip-hop, Reggae
Pekerjaan Penyanyi
Instrumen Vokal
Tahun aktif 2012[3] – sekarang
Syarikat rakaman
Mixology Music[2]
Kegiatan berkaitan
DJ Fuzz, Nora Danish

Muzzammil bin Alias atau lebih dikenali sebagai W.A.R.I.S (kadangkala Waris) ialah seorang penyanyi Malaysia kelahiran Negeri Sembilan. Nama WARIS dipilih daripada maksud anak dari suku biduanda di Negeri Sembilan. Beliau mula mendapat perhatian melalui lagu-lagunya yang popular iaitu "Rembau Most Wanted" dan "Gadis Jolobu". Kreativiti beliau dalam menggabungkan dialek Negeri Sembilan yang unik di Malaysia dengan bahasa Inggeris memberi nafas baru kepada adat Perpatih yang diamalkan di Negeri Sembilan.

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Waris berasal dari Rembau, Negeri Sembilan. Beliau merupakan seorang pelajar jurusan Kejuruteraan Awam Universiti Tenaga Nasional.[2] Bakat Waris telah dicungkil oleh komposer dan penerbit, DJ Fuzz melalui laman YouTube di mana Waris memuat naik hasil karyanya.[4] Pada 2 Ogos 2015, rapper muda ini selamat bernikah dengan gadis pilihannya, Izzati.[1]

Kerjaya muzik[sunting | sunting sumber]

Rembau Most Wanted[sunting | sunting sumber]

Waris melancarkan album pertama beliau, Rembau Most Wanted pada 14 Oktober 2015.[2] Album tersebut menampilkan 19 buah lagu termasuk koloborasi bersama artis-artis seperti Dato’ Hattan, Mark Adam, Juzzthin, Mas Idayu, Salam Musik, Adeep Nahar dan Iwere. Lagu-lagu seperti Rembau Most Wanted diterima baik oleh industri muzik di Malaysia dengan pencalonan "Lagu Hip-Hop Terbaik" di Anugerah Industri Muzik ke-20[5] manakala Gadis Jolobu berjaya melangkah ke peringkat akhir Anugerah Juara Lagu ke-29.[6]

Berkolaborasi dengan Nora Danish[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 2017, Waris telah berkolaborasi dengan pelakon terkenal iaitu Nora Danish untuk single terbaru berjudul Ini Lagi Boom. Ini merupakan kali pertama artis Nora Danish cuba berjinak - jinak dalam industri nyanyian. [7] [8]

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Single[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Kedudukan Nota
ERA FM
[9]
Hot FM
[10]
Muzik Muzik
[11]
JOOX
[12]
2016 Tepuk
2017 Ini Lagi Boom ( featuring Nora Danish )

Album Studio[sunting | sunting sumber]

Rembau Most Wanted

  1. Ringgit Billers
  2. Skit - Most Wanted Scratch
  3. Rembau Most Wanted
  4. Satu Hari Di Rembau (feat. Adeep Nahar, Karmal, Juzzthin & Mark Adam)
  5. Skit - Sampai Bila
  6. Sampai Bila (feat. Mark Adam)
  7. Skit - Orang Negeri
  8. Gadis Jolobu
  9. Skit - Rembau Most Wanted Live
  10. Kito Monang
  11. Skit - Origin Of Kito Monang
  12. Botingkek
  13. Skit - Dua Jenis Pokok
  14. Salam Lebaran (feat. Eyza Bahra & Mark Adam)
  15. 100% Cintaku (feat. Mas Idayu & Juzzthin)
  16. Aku Pelat (feat. Salammusik, Nawi & Iwere)
  17. Skit - Ritma Merdeka
  18. Ritma Merdeka (feat. Iwere, Nawi, Juzzthin, WoShiJay Aathitiyanz & Stylomannavan)
  19. Botingkek Rmx Botingkek Rmx (feat. Mr. Dan, WoShiJay Aathitiyanz, MC Syze & Jin Hackma)}}

Album Kompilasi[sunting | sunting sumber]

  • 2013: Album Kompilasi AIM 20 - Rembau Most Wanted
  • 2014: This Is the Mixology Music, Vol. 1 (bersama artis-artis Mixology Music)[3] - Rembau Most Wanted & Satu Hari di Rembau
  • 2015: This Is the Mixology Music, Vol. 2(bersama artis-artis Mixology Music)[13] -

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Catatan
2018 This Is Pilah Dirinya sendiri Filem pertama

Anugerah dan pencapaian[sunting | sunting sumber]

Tahun Anugerah Kategori Pencalonan Untuk Keputusan Sumber
2013 Anugerah Industri Muzik ke-20 Lagu Hip-hop Terbaik Rembau Most Wanted - W.A.R.I.S/DJ Fuzz Tercalon [5]
2014 Anugerah Juara Lagu ke-29 Anugerah Juara Lagu Gadis Jolobu (bersama Hattan) Tercalon [6]
2016 Juara Parodi 2015 Finalis Tempat Kelima Kumpulan Righthanded (Abam & Fad) Menang
2018 Anugerah Bintang Popular Berita Harian Penyanyi Lelaki Popular N/A Dicalonkan

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b "PENYANYI RAP WARIS SELAMAT NIKAH". myartis.com. Dicapai November 11, 2015. 
  2. ^ a b c d "Waris Dedah Pernah Dihina, Menyanyi di Majlis Kahwin". Malaysian Digest. Dicapai November 11, 2015. 
  3. ^ a b "Album Hit: This Is Mixology Music Volume One". Era FM. Dicapai November 11, 2015. 
  4. ^ "Waris Pernah Dihina". Mangga Online. Dicapai November 11, 2015. 
  5. ^ a b "AIM20: Keputusan penuh Anugerah Industri Muzik 2013". liriklagumuzika.com. Dicapai November 11, 2015. 
  6. ^ a b "Finalis AJL pukau penonton". Harian Metro. Dicapai November 11, 2015. 
  7. ^ Utusan (9 Januari 2017) Nora Danish berduet dengan Waris - Hiburan - Utusan Online Dicapai 13 Mac 2017.
  8. ^ Rap dengan Waris, Nora Danish nyanyi puaskan hati sendiri (VIDEO) - Berita - ProjekMMO Malay Mail Online.
  9. ^ "Carta ERA 40". ERA FM. 
  10. ^ "Hot FM 30". Hot FM. 
  11. ^ "Carta 20 Muzik Muzik". Muzik Muzik. 
  12. ^ "Player Ranking". JOOX APP. 
  13. ^ "Demi permintaan ibu, Waris cipta dan rakam lagu 'Cinta Terakhir'". The Rakyat Post. Dicapai November 11, 2015. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]