Kapten Kaizo

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Kapten Kaizo
Watak BoBoiBoy
Kemunculan pertama BoBoiBoy Musim 3, Episod 20: Bangkit BoBoiBoy Air (2015)
Kemunculan terakhir Akan diumumkan...
Disuarakan oleh Harris Alif (Bahasa Melayu - BoBoiBoy)
Nabil Zamanhuri (Bahasa Melayu - BoBoiBoy Galaxy)
Informasi
Nama panggilanPemberontak Lagenda (Probe)
Kapten (Fang, Lahap, BoBoiBoy), Kaizo (Yaya)
Abang (Fang)
Abang Kassim (nama penyamaran)
Kapten Kassim (Gopal)
GelaranKapten Kaizo
SpesiesAlien yang menyerupai Manusia
JantinaLelaki
PekerjaanPemberontak
Kapten dalam Kumpulan Kaizo
Ahli dalam TAPOPS
KeluargaFang (Adik lelaki)
Ibu dan bapa Kaizo
AgamaShinto
KewarganegaraanAkan diumumkan...

Kapten Kaizo (lahir di Planet GogoBugi, 4 November 1995; umur 23 tahun) merupakan satu watak dalam siri animasi BoBoiBoy. Dalam siri tersebut dia menjadi abang kepada Fang. Dia telah menganggotai pelbagai aktiviti pemberontakan di serata galaksi dan perkara itu telah menjadikannya sebagai pemberontak yang sangat terkenal di seluruh galaksi. Sebab mengapa manusia di Bumi tidak pernah mendengar nama 'Kaizo' adalah kerana teknologi penjelajahan angkasa Bumi masih lagi primitif dan tidak dapat mendengar sebarang khabar berita dari planet lain. Kapten Kaizo turut merupakan seorang kapten di dalam pasukannya yang dianggotai oleh Prebet Pang sebagai prebet dan Leftenan Lahap sebagai ahli kanan kepadanya.