Josephine Ruby Trevorrow

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Gambar keluarga Mahkota DiRaja Johor, kelihatan Josephine Trevorrow yang berdiri tiga dari kanan

Josephine Ruby Trevorrow atau Josephine Trevorrow (dilahirkan pada (1935-12-02) 2 Disember 1935 (umur 81) di Cornwall, England)[1] adalah seorang rakyat Britain, etnik Torquay.[2] Beliau merupakan janda dan isteri pertama kepada Sultan Iskandar ibni Sultan Ismail, Sultan bagi negeri Johor Darul Takzim, Malaysia.

Sultan Iskandar telah mengenalinya ketika baginda sedang melanjutkan pelajaran di Britain. Josephine akhirnya telah memeluk agama Islam dan berkahwin dengan Sultan Iskandar pada tahun 1956 dan menukar namanya kepada Kalsom binti Abdullah.[3] Pada 1962 setelah bercerai, beliau telah menetap di England. Beliau bagaimanapun sempat bermadu dengan Tengku Zanariah binti Tengku Panglima Raja Ahmad daripada kerabat diraja Kelantan, yang dinikahi Sultan Mahmud Iskandar pada 1961.[4]

Sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ismail ibni Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj yang Ke-52, baginda telah mengurniakan Darjah Kerabat Johor Yang Amat Dihormati Pangkat Pertama (DK I) dan berkenan memberi gelaran Yang Amat Mulia kepada bonda baginda. Kini gelaran rasmi bonda baginda adalah Yang Amat Mulia Enche Besar Hajah Kalsom Abdullah, DK I (Johor)

Beliau (Josephine) telah melahirkan tiga puteri dan seorang putera untuk Sultan Iskandar:

  1. Tunku Kamariah Aminah binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj, diputerikan 11 Julai 1956. Tunku Puteri Johor, berkahwin dengan Tengku Panglima Diraja Sulaiman Shah ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj dari Selangor.
  2. Sultan Ibrahim Ismail ibni Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj, diputerakan 22 November 1958 berkahwin dengan Raja Zarith Sofia binti Almarhum Sultan Idris Iskandar Al-Mutawakkil Alallahi Shah II Afifurlah puteri Sultan Perak.
  3. Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj, diputerikan 5 Ogos 1960. Berkahwin pada 1986 dengan Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah ibni Sultan Ahmad Shah Al-Musta'in Billah Shah.
  4. Tunku Besar Zabedah Aminah binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ johor15 www.royalark.net
  2. ^ Facts on File Yearbook, terbitan Facts on File, Inc., 1957, Frasa: "Married: Prince Tengku Mahmud, 24, grandson of the Sultan of Johore, & Josephine Ruby Trevorrow, 21, daughter of an English textile..."
  3. ^ Morais (1967), m/s 198
  4. ^ The Who's who in Malaysia (1967), m/s 198