Khalsom binti Abdullah
Almarhumah Enche Besar Hajah Khalsom binti Abdullah | |||||
---|---|---|---|---|---|
Yang Amat Mulia Enche' Besar | |||||
![]() Gambar kerabat Mahkota Diraja Johor, kelihatan Josephine Trevorrow yang berdiri tiga dari kanan | |||||
Keputeraan | Josephine Ruby Trevorrow 2 Disember 1935 Romford, Essex, England (United Kingdom) | ||||
Kemangkatan | 1 Jun 2018 Hospital Raja Edward VII, London, England (United Kingdom) | (umur 82)||||
Pemakaman | 6 Jun 2018 Makam Diraja Bukit Mahmoodiah, Johor Bahru, Johor | ||||
Suami | Baginda Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail Al-Khalidi (k. 1956; c. 1962) | ||||
Anakanda Butiran |
| ||||
| |||||
Kerabat | Johor | ||||
Ayahanda | Reginald George Trevorrow | ||||
Bonda | Ruby May Alderman | ||||
Agama | Islam |
Enche' Besar Hajah Khalsom binti Abdullah (Josephine Ruby Trevorrow; 2 Disember 1935 – 1 Jun 2018)[1] merupakan seorang rakyat Britain.[2] Beliau merupakan isteri pertama kepada Sultan Iskandar ibni Sultan Ismail, Sultan bagi negeri Johor Darul Takzim, Malaysia.
Sultan Iskandar telah mengenalinya ketika baginda sedang melanjutkan pelajaran di Britain. Josephine akhirnya telah memeluk agama Islam dan berkahwin dengan Sultan Iskandar pada tahun 1956 dan menukar namanya kepada Khalsom binti Abdullah.[3] Pada 1962 setelah bercerai, beliau telah menetap di England. Beliau bagaimanapun sempat bermadu dengan Tengku Zanariah binti Tengku Panglima Raja Ahmad daripada kerabat diraja Kelantan, yang dinikahi Sultan Iskandar pada tahun 1961.[4]
Setelah lama bermaustatin di London, beliau kembali ke Johor untuk menghadiri istiadat pemakaman bekas suaminya. Sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Baginda Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj yang Ke-52, baginda telah mengurniakan Darjah Kerabat Johor Yang Amat Dihormati Pangkat Pertama (DK I) dan berkenan memberi gelaran Yang Amat Mulia kepada bonda baginda. Kini gelaran rasmi bonda baginda adalah Yang Amat Mulia Enche Besar Hajah Khalsom Abdullah, DK I (Johor).
Kemangkatan[sunting | sunting sumber]
Almarhumah Enche' Besar Hajah Khalsom binti Abdullah mangkat di London pada jam 12:24 tengah malam akibat sakit tua, Jumaat, 1 Jun 2018. Kemangkatan Almarhumah diumumkan oleh Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor Dato' Abdul Rahim bin Ramli di Bangunan Sultan Ibrahim, Bukit Timbalan.[5] Dengan itu, semua bendara negeri Johor dan bendera daerah dikibarkan separuh tiang sejak pengumuman kemangkatan Enche' Besar sehinggalah tamat istiadat pemakamannya.[6] Jenazah Almarhumah tiba di Hangar Diraja Lapangan Terbang Antarabangsa Senai kira-kira pada jam 11 malam 5 Jun lalu diiring ke Istana Besar menggunakan ambulans peribadi Sultan Johor. Istiadat pemakaman Almarhumah diadakan separuh istiadat kemangkatan diraja pada keesokan harinya. Jenazah Almarhumah disemayamkan di Bilik Singgahsana Istana Besar untuk penghormatan terakhir selama dua jam lalu diusung dengan pedati diraja yang ditarik oleh 40 anggota Timbalan Setia Negari Johor dari Istana Besar hingga ke Makam Diraja Bukit Mahmoodiah, Johor Bahru untuk dimakamkan.[7] Almarhumah dimakamkan sebaris dengan makam cucunda baginda, Almarhum Tunku Laksamana Johor Tunku Abdul Jalil ibni Sultan Ibrahim.[8]
Terasul, gelaran, kurniaan dan lambang[sunting | sunting sumber]
Terasul dan gelaran[sunting | sunting sumber]
- 2 Disember 1935 – 5 Januari 1956: Cik Josephine Ruby Trevorrow
- 5 Januari 1956 – 9 Jun 1962: Yang Amat Mulia Enche’ Puan Khalsom binti Abdullah
- 9 Jun 1962 – 22 November 2010: Yang Amat Berbahagia Che' Puan Hajah Khalsom binti Abdullah
- 22 November 2010 – 1 Jun 2018: Yang Amat Mulia Enche' Besar Hajah Khalsom binti Abdullah
Kurniaan[sunting | sunting sumber]
Pangkat Pertama, Dato’ Sri Mulia Sultan Ibrahim Johor (SMIJ, 30.3.2015)
Anakanda[sunting | sunting sumber]
Nama | Tarikh Keputeraan | Tempat Keputeraan | Tarikh Kemangkatan | Tempat Kemangkatan | Tarikh Berkahwin | Pasangan Diraja | Cucunda | Cicinda | |
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
YAM Tengku Puan Laksamana Selangor Tunku Puteri Kamariah Aminah Maimunah Iskandariah binti Almarhum Sultan Iskandar | 11 Julai 1956 | Johor Bahru, Johor | 2 Mei 1977 | YAM Tengku Laksamana Selangor Tengku Sulaiman Shah al-haj ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah al-haj | YM Tengku Haji Shakirin al-Amin Mahmud Ismail Ahmad Shah | YM Tengku Mahmud YM Tengku Lima YM Tengku Aziz YM Tengku Kamariah Khaleiyah Khadijah Kathirah Zanariah Ihsan Shah | |||
YDM Tengku Indera Bijaya Diraja Selangor Tengku Salehuddin Ismail Shah | YM Tengku Ibrahim | ||||||||
YM Tengku Shahrain Ismail Ibrahim Iskandar Hishamuddin Shah | Tiada | ||||||||
YM Tengku Sharifuddin Ibrahim Ismail Iskandar Abdul Aziz Shah | YM Tengku Kamiliah Zanariah Ruby Ehsan Putri YM Tengku Saidatul’Ihsan Zabedah Fauziah Putri | ||||||||
YM Tengku Kathira Zanariah Ihsan Maimunah Aminah Iskandar Putri | Tiada | ||||||||
YAM Tunku Besar Zabedah Aminah Maimunah Iskandariah binti Almarhum Sultan Iskandar | 20 Oktober 1957 | Johor Bahru, Johor | |||||||
DYMM Sultan Johor Sultan Ibrahim Ismail ibni Almarhum Sultan Iskandar | 22 November 1958 | Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru, Johor | 19 September 1982 | DYMM Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah binti Almarhum Sultan Idris Iskandar Al-Mutawakkil Alallahi Shah Afifurlah | DYAM Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Idris Abdul Majid Abu Bakar | YAM Tunku Khalsom Aminah Sofiah YAM Tunku Iskandar Abdul Jalil Abu Bakar Ibrahim YAM Tunku Abu Bakar Ibrahim YAM Tunku Zahrah Zarith Aziyah | |||
YAM Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah | -Layla Sofiah (lahir 2020) -Anak kedua nama belum diketahui (lahir 2022) | ||||||||
YAM Tunku Temenggong Johor Tunku Idris Iskandar Ismail Abdul Rahman | Tiada | ||||||||
Almarhum YAM Tunku Laksamana Johor Tunku Abdul Jalil Iskandar Ibrahim Ismail | Tiada | ||||||||
YAM Tunku Panglima Johor Tunku Abdul Rahman Hassanal Jeffri | Tiada | ||||||||
YAM Tunku Putera Johor Tunku Abu Bakar Mahmood Iskandar Ibrahim | Tiada | ||||||||
KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Almarhum Sultan Iskandar | 5 Ogos 1960 | Istana Bukit Stulang, Johor Bahru, Johor | 6 Mac 1986 | KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong
Al-Sultan Abdullah Al-Haj ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah |
Almarhum YAM Tengku Ahmad Iskandar Shah | Tiada | |||
KDYTM Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah | Tiada | ||||||||
YAM Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah | Tiada | ||||||||
YAM Tengku Panglima Perang Tengku Ahmad Ismail Muadzam Shah | Tiada | ||||||||
YAM Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah | Tiada | ||||||||
YAM Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Jihan Azizah Athiyatullah | Tiada |
Lihat juga[sunting | sunting sumber]
Rujukan[sunting | sunting sumber]
- ^ johor15 www.royalark.net
- ^ Facts on File Yearbook, terbitan Facts on File, Inc., 1957, Frasa: "Married: Prince Tengku Mahmud, 24, grandson of the Sultan of Johore, & Josephine Ruby Trevorrow, 21, daughter of an English textile..."
- ^ Morais (1967), m/s 198
- ^ The Who's who in Malaysia (1967), m/s 198
- ^ "Jenazah bonda Sultan Johor disemadi di Makam Diraja Bukit Mahmoodiah". Astro Awani. 2 Jun 2018. Dicapai pada 6 Jun 2018.
- ^ Isabelle Leong (2 Jun 2018). "Bonda Sultan Johor, Enche' Besar Khalsom Abdullah mangkat". Astro Awani. Dicapai pada 2 Jun 2018.
- ^ Junita Mat Rasid (2 Jun 2018). "Jenazah akan dimakam di Bukit Mahmoodiah". Berita Harian. Dicapai pada 2 Jun 2018.
- ^ "Jenazah bonda Sultan Johor dimakam hari ini". mStar. 6 Jun 2018. Dicapai pada 6 Jun 2018.