Hospital Kluang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Hospital Enche' Besar Hajjah Khalsom
Hospital Kluang
Kerajaan
Logo Hospital Kluang.jpg
Hospital kluang baru.jpg
Hospital Kluang
Geografi
LokasiKluang, Johor,  Malaysia
Organisasi
PembiayaanKerajaan
JenisAwam
Perkhidmatan
Jabatan kecemasanYa
Katil244[1]
Pautan
Laman sesawangHospital Enche' Besar Hajjah Khalsom.

Hospital Enche' Besar Hajjah Khalsom[2] atau biasanya disebut sebagai Hospital Kluang merupakan sebuah hospital kerajaan yang terletak di daerah Kluang, Johor, Malaysia.

Hospital Enche' Besar Hajjah Khalsom dinmakan sempena nama bonda Sultan Johor Sultan Ibrahim. Hospital bernilai RM390 juta itu mula beroperasi 30 Disember 2011, bagi menggantikan hospital lama berusia 80 tahun yang tidak mampu lagi menampung keperluan penduduk. Hospital baharu itu dibina di atas tapak seluas 16 hektar dan terletak kira-kira lapan kilometer dari hospital lama dan merupakan satu projek reka dan bina dengan dilengkapi 268 katil serta 220 unit kuarters untuk kediaman pelbagai kategori anggotanya.

Majlis perasmian hospital itu disempurnakan Enche' Besar Hajjah Khalsom Abdullah. Turut berangkat ke majlis tersebut Tunku Tun Aminah Sultan Ibrahim. Hospital baharu itu mempunyai 798 anggota kesihatan terdiri daripada bahagian klinikal, sokongan klinikal dan sokongan bukan klinikal. Hospital itu terdiri daripada dua blok bangunan utama yang menyediakan perkhimdatan sekunder dilengkapi dengan perkhidmatan teknikal, sokongan klinikal dan bukan klinikal.

Antara perkhidmatan yang ada di hospital baharu itu ialah unit rawatan pesakit luar yang meliputi klinik pakar, rehabilitasi dan hemodialisis; bahagian rawatan pesakit dalam termasuk unit ortopedik, unit pembedahan mulut dan pediatrik.

Perkhidmatan yang ditawarkan:[sunting | sunting sumber]

Merupakan salah satu Hospital kerajaan yang wujud sebelum merdeka lagi. Mempunyai beberapa perkhidmatan kepakaran klinikal seperti:

  • Perubatan Am
  • Pembedahan Am
  • Pembedahan Orthopaedik
  • Perubatan Kanak-kanak atau Pediatrik
  • Sakit Puan dan Persalinan atau Obstetrik dan Ginekologi

dan juga perkhidmatan klinikal lain iaitu;

  • Perkhidmatan Perubatan Kecemasan dan Trauma.
  • Perkhidmatan Perubatan Anaesthesiologi
  • Perkhidmatan Perubatan Hemodialisis

Alamat[sunting | sunting sumber]

Hospital Kluang
Km 5, Jalan Kota Tinggi
86000 Kluang
Johor Darul Takzim
Malaysia

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]