Nona (siri TV): Perbezaan antara semakan
Tiada ringkasan suntingan Teg: Dibalikkan |
Tiada ringkasan suntingan Teg-teg: Manual revert Suntingan visual Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih |
||
Baris 22: | Baris 22: | ||
| language = [[Bahasa Melayu|Melayu]] |
| language = [[Bahasa Melayu|Melayu]] |
||
| network = [[TV3]] |
| network = [[TV3]] |
||
| first_aired = 1985 |
| first_aired = Sejak 1985 |
||
| last_aired = |
| last_aired = |
||
| num_episodes = |
| num_episodes = |
||
| preceded_by = |
| preceded_by = |
Semakan pada 06:14, 19 Disember 2023
Nona | |
---|---|
Pencipta | Dr. Anwardi Jamil |
Pengacara | Amyra Rosli |
Lagu pembukaan | "Nona" oleh Sam Nuhair (sejak 2018) |
Lagu penutup | "Nona" oleh Sam Nuhair (sejak 2018) |
Negara asal | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Penerbitan | |
Lokasi | Sri Pentas |
Tempoh siaran | 60 minit (termasuk iklan) |
Syarikat penerbitan | Primeworks Studios |
Penyiaran | |
Saluran asal | TV3 |
Format gambar | |
Format audio | |
Siaran asal | Sejak 1985 |
Pautan luar | |
Laman sesawang |
Nona ialah sebuah rancangan majalah yang diterbitkan oleh TV3 dan disiarkan pada setiap Ahad pada jam 2.00 petang, sejak 1985.
Sejarah
Konsep dan idea asal Nona sebenarnya diilhamkan oleh anak kepada pasangan seniman dan seniwati veteran terkenal, Allahyarham Datuk Jamil Sulong dan Datuk Rosnani Jamil iaitu Dr. Anwardi Jamil yang juga penerbit awalnya.
Ketika di awal penerbitannya, Nona berada di bawah Jabatan Penerbitan sehinggalah kemudiannya ia dipindahkan kepada Jabatan Berita & Hal Ehwal Semasa yang diketuai oleh penerbitnya, Nuraeshah Malik. Jika dilihat kepada perjalanan Nona selama 33 tahun, populariti dan kekuatan program yang berkonsepkan kekeluargaan itu terletak kepada kandungannya yang lebih mengutamakan kepada isu wanita di dalam dan juga luar negara.
Pada awal kemunculannya, antara segmen popular dalam program berkenaan termasuklah Cik Sri Siantan, Petua Nona, Dari Fail, Titian Hidup, Motivasi dan Klinik Nona yang terus meletakkan Nona sebagai salah sebuah program diminati ramai. Dalam pada itu, Nona juga berjaya mencipta sejarahnya tersendiri apabila pernah tampil dengan program realitinya sendiri, Pengacara Jemputan Nona (PJN) yang mula diperkenalkan pada tahun 1991.
Sempat bertahan selama lima tahun, PJN telah mencungkil bakat-bakat pengacara baharu antaranya termasuklah Normala Samsudin, Maria Tunku Sabri, Norish Karman, Nolly Zai Awang Sham dan Farah Adeeba.
Senarai pengacara
Pengacara Terkini
- Amyra Rosli (2021-kini)
Bekas Pengacara
- Azizah Mahzan
- Azizah Ariffin (2004-2005)
- Christine Ling
- Dian P. Ramlee
- Ezzah Aziz Fawzy
- Nurfarahin Jamsari
- Nolly Zai Awang Sham
- Norjuma Habib (2004)
- Nor Azlina Redzuan
- Raja Mazian Raja Mohamed
- Radziah Mohamed Kamal
- Sharifah Shawati
- Normala Samsudin (2001-2003)
- Nurul Syuhada Nurul Ain (2006-2007)
- Siti Hasfizza Aswaty Sab Jahan (2008-2009)
- Maya Karin (2010)[1]
- Vanida Imran (2011)[2]
- Fara Fauzana (2012-2014)[3]
- Neelofa (2012-2014)
- Fouziah Gous (2015)
- Uyaina Arshad (2016-2017)[4]
- Mira Filzah (2018-2021)
Trivia
- Program Nona sudah dibarisi terdiri daripada berpuluh pengacara sama ada selebriti dan personaliti TV3 sendiri.Hos program Nona dari selebriti TV seramai lapan orang iaitu Dian P. Ramlee, Azizah Mahzan, Maya Karin, Fara Fauzana, Neelofa, Vanida Imran sehingga Mira Filzah.
- Nona mempunyai program pencarian bakat iaitu Pengacara Jemputan Nona (PJN) dan Pesona Nona (PN) yang mana mencari muka baru untuk mengisi kekosongan hos Nona bagi musim baru, Normala Samsudin menjuarai Pengacara Jemputan Nona edisi 1992 kemudian diserap sebagai kakitangan TV3 seperti pengacara dan pembaca berita malah pada 2001 Normala menjadi pengacara Nona ke-11.Pada tahun berikutnya diteruskan naib juara Pengacara Jemputan Nona 2003 Norjuma Habib (dari Pilau Pinang) menjadi pengacara untuk tahun 2004
- Nurul Syuhada Nurul Ain satu-satunya pengacara bukan dari program Pengacara Jemputan Nona memandangkan menjadi juara Malaysian Top Host 2005. Beliau keluar dari program Nona bagi menyertai Majalah 3 pada 2007 bagi menggantikan Nozie Pak Wan Chek dan tempat Nurul diganti oleh Fiza Sabjahan, Juara Persona Nona 2006
- Program Nona musim 2020-21 kebanyakan menjalankan penggambaran di lokasi tertentu termasuk rumah pengacara semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang memcacatkan proses.
- Uyaina Arshad juara Persona Nona 2016 sempat menjadi pengacara edisi 2017 sebelum menyertai sebuah pertandingan di Jakarta, Indonesia pada 2018 dan menyertai Wanita Hari Ini bersama bekas pengacara terdahulu Fiza Sabjahan
Rujukan
- ^ "Ada Yang Tak Suka Saya Mengacara Nona - Maya Karin". mStar. 29 Januari 2010.
- ^ "Vanida Imran Pengacara Nona 2011". Budiey. 14 Disember 2010.
- ^ "Fara Fauzana Dan Neelofa Sah Pengacara Baru Nona". mStar. 29 Oktober 2011.
- ^ "Tidak ramai pengikut, Uyaina akur tinggalkan 'Nona'". ProjekMM. 5 Januari 2018.
Pautan luar
- Laman web rasmi Diarkibkan 1998-05-23 di Wayback Machine