2 Oktober: Perbezaan antara semakan
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
k Bot: perubahan kosmetik |
k (GR) File:Jacques Cartier.jpg → File:Jacques Cartier 1851-1852.jpg better work reproduction |
||
Baris 11: | Baris 11: | ||
== Peristiwa == |
== Peristiwa == |
||
[[Fail:Jacques Cartier.jpg|thumb|130px|Jacques Cartier]] |
[[Fail:Jacques Cartier 1851-1852.jpg|thumb|130px|Jacques Cartier]] |
||
[[Fail:Aeroperú Boeing 757-200 N52AW MIA 1996-1-8.png|thumb|140px|Penerbangan 603 Aeroperu]] |
[[Fail:Aeroperú Boeing 757-200 N52AW MIA 1996-1-8.png|thumb|140px|Penerbangan 603 Aeroperu]] |
||
* [[1187]] - [[Pengepungan Baitulmuqaddis (1187)|Pengepungan Baitulmuqaddis]]: Tentera [[Dinasti Ayubiyyah]] yang dipimpin [[Salahuddin al-Ayyubi]] menawan [[Baitulmuqaddis]], memulakan [[Perang Salib Ketiga]]. |
* [[1187]] - [[Pengepungan Baitulmuqaddis (1187)|Pengepungan Baitulmuqaddis]]: Tentera [[Dinasti Ayubiyyah]] yang dipimpin [[Salahuddin al-Ayyubi]] menawan [[Baitulmuqaddis]], memulakan [[Perang Salib Ketiga]]. |
Semakan pada 03:42, 8 Januari 2019
<< | Oktober | >> | ||||
---|---|---|---|---|---|---|
Ah | Is | Se | Ra | Kh | Ju | Sa |
1 | 2 | 3 | 4 | 5 | ||
6 | 7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12 |
13 | 14 | 15 | 16 | 17 | 18 | 19 |
20 | 21 | 22 | 23 | 24 | 25 | 26 |
27 | 28 | 29 | 30 | 31 | ||
2024 |
2 Oktober merupakan hari ke-275 (hari ke-276 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory. Tinggal 90 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.
Hari ini juga merupakan:
- Hari Kemerdekaan di Guinea (1958)
- Gandhi Jayanti di India.
- Hari Tanpa Kekerasan Antarabangsa
- Awal Muharam 1438 Hijrah (Islam 2016)
Peristiwa
- 1187 - Pengepungan Baitulmuqaddis: Tentera Dinasti Ayubiyyah yang dipimpin Salahuddin al-Ayyubi menawan Baitulmuqaddis, memulakan Perang Salib Ketiga.
- 1535 - Penjelajah Perancis Jacques Cartier (gambar) melayari Sungai Saint Lawrence dan tiba di sebuah kubu Iroquois di pulau yang kini dikenali sebagai Montréal.
- 1835 - Askar berkuda (dragoon) Mexico yang dihantar untuk melucutkan senjata peneroka di Gonzales, Texas mendapat tentangan hebat daripada militia Texas, pertempuran bersenjata pertama Revolusi Texas.
- 1925 - Pencipta Scotland John Logie Baird berjaya menghantar gambar televisyen pertama dengan imej skala kelabu.
- 1928 - Santo Josemaría Escrivá menubuhkan Opus Dei, sebuah pertubuhan pekerja sukarela gereja sedunia bagi Gereja Katolik Rom.
- 1950 - Jalur komik sindiket Peanuts oleh Charles M. Schulz diterbitkan buat pertama kali di akhbar utama.
- 1996 - Kegagalan pekerja penyenggaraan membuang pita yang menutup liang statik pesawat menyebabkan Penerbangan 603 Aeroperu (gambar) terhempas ke laut berhampiran Lima, Peru.
- 2006 - Presiden Zambia, Levy Mwanawasa dilantik menjadi presiden sekali lagi untuk musim kedua.
- 2007 - Jeneral Sonthi Boonyaratglin mendapat perkenan Raja Bhumibol Adulyadej menyandang jawatan Timbalan Perdana Menteri Thailand.
- 2009 - Rio de Janeiro, Brazil, dipilih oleh Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa sebagai tuan rumah Sukan Olimpik Musim Panas 2016.
- 2010 - Dua kereta api bertembung di Jawa Tengah, Indonesia, mengorbankan 36 orang dan mencederakan lebih 50 lagi.
- 2011 - Lebih 700 peserta protes Wall Street ditahan kerana menghalang trafik di Bandar Raya New York.