Oktovia Manrose: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 28: Baris 28:


==Kehidupan awal==
==Kehidupan awal==
Beliau dilahirkan pada Selasa 29 Oktober 1991 Masihi bersamaan 20 Rabitul Akhir 1412 Hijrah di [[Kuala Lumpur]] kepada ibu bapanya, [[Iwan Syahman]] yang merupakan penyanyi dangdut terkenal era 90-an dan Allahyarhamah [[Rosnah Mohd Noor]], pelakon terkenal era 80-an. Beliau merupakan anak kedua daripada tiga beradik. Abang sulungnya ialah Ramada Manrose dan adiknya ialah [[Aprena Manrose]], juga bergiat aktif dalam bidang lakonan.
Beliau dilahirkan pada Selasa 29 Oktober 2001 Masihi bersamaan 20 Rabitul Akhir 1412 Hijrah di [[Kuala Lumpur]] kepada ibu bapanya, [[Iwan Syahman]] yang merupakan penyanyi dangdut terkenal era 90-an dan Allahyarhamah [[Rosnah Mohd Noor]], pelakon terkenal era 80-an. Beliau merupakan anak kedua daripada tiga beradik. Abang sulungnya ialah Ramada Manrose dan adiknya ialah [[Aprena Manrose]], juga bergiat aktif dalam bidang lakonan.


==Kerjaya==
==Kerjaya==

Semakan pada 09:30, 2 Oktober 2019

Oktovia Manrose
Kelahiran
Wan Syamira Putri Oktovia Binti Wan Syahman

(2001-10-29) 29 Oktober 2001 (umur 22)
WarganegaraMalaysia
PekerjaanPelakon, model
Tahun aktif2015–kini
PasanganMohd. Izat Abdul Rahman (k. 2011; c. 2015)
Anak-anakMuhammad Rayyan Zulkarnain
Ibu bapaIwan Syahman (Bapa)
Rosnah Mohd Noor (Ibu)
SaudaraRamada Manrose (Abang Kandung)
Aprena Manrose (Adik Kandung)
Nelissa Senrose (Sepupu Belah Ibu)
Uqasha Senrose (Sepupu Belah Ibu)
Nelydia Senrose (Sepupu Belah Ibu)
Raysha Rizrose (Sepupu Belah Ibu)
Danitra Rizrose (Sepupu Belah Ibu)
Qirana Rizrose (Sepupu Belah Ibu)
Arjuna Rizrose (Sepupu Belah Ibu)
KeluargaRosmizai Mohd Noor (Ibu Saudara)

Wan Syamira Putri Oktovia Binti Wan Syahman atau lebih dikenali sebagai Octovia Manrose (juga disebut Oktovia Manrose; lahir 29 Oktober 2001) merupakan seorang pelakon wanita Malaysia. Beliau merupakan anak kepada pasangan penyanyi dangdut terkenal, Iwan dan pelakon Allahyarhamah Rosnah Mohd Noor. Adiknya, Aprena Manrose juga merupakan seorang pelakon.[1]

Kehidupan awal

Beliau dilahirkan pada Selasa 29 Oktober 2001 Masihi bersamaan 20 Rabitul Akhir 1412 Hijrah di Kuala Lumpur kepada ibu bapanya, Iwan Syahman yang merupakan penyanyi dangdut terkenal era 90-an dan Allahyarhamah Rosnah Mohd Noor, pelakon terkenal era 80-an. Beliau merupakan anak kedua daripada tiga beradik. Abang sulungnya ialah Ramada Manrose dan adiknya ialah Aprena Manrose, juga bergiat aktif dalam bidang lakonan.

Kerjaya

Mengikut jejak langkah sepupunya, Nelydia dan Uqasha Senrose yang terlebih dahulu bergiat aktif dalam bidang lakonan, Octovia menerima pendedahan awal dalam bidang lakonan menerusi peranan kecil dalam drama Cinta Si Wedding Planner yang dibintangi oleh Adi Putra dan Mira Filzah.

Beliau berlakon di samping Nabila Huda dan Ungku Ismail Aziz dalam drama Dendam Aurora; Octovia memegang watak sebagai Hanna. Beliau juga pernah muncul dalam beberapa episod drama Gerak Khas. Beliau berlakon di samping sepupunya, Nelydia Senrose yang bergandingan dengan Addy Ashraf dalam drama Cinta Tiada Ganti, yang diadaptasi dari telenovela Filipina, Sana'y Wala Nang Wakas. Octovia memegang watak sebagai Fatin.

Octovia membuat penampilan sulungnya di layar lebar menerusi filem Minah Moto (2017) arahan Ahmad Idham lakonan Dayana Roza; beliau memegang watak Aju.

Kehidupan peribadi

Octovia berkahwin dengan Mohd Izat Abd. Rahman pada 23 Februari 2011 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Muhammad Rayyan Zulkarnain (lahir 23 Disember 2011). Octovia dan Mohd Izat memfailkan perceraian mereka pada 2015.[2] Pada 27 Februari 2019, Octovia dikaitkan mempunyai hubungan dengan Aliff Aziz. Kisah tersebut menyebabkan spekulasi yang hangat antara Octovia dan isteri Aliff, Bella Astilah.

Filemografi

Filem

Tahun Tajuk Watak Pengarah Catatan
2017 Minah Moto Aju Ahmad Idham Filem pertama

Drama

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2015 Cinta Si Wedding Planner TV3
Dhia Sofea Lorena muda
2016 Biar Aku Jadi Penunggu Hayati
Hajah Heathrow Kembali
Umairah
2017 Encik Suami Mat Salih Celup
Dendam Aurora Hanna Astro Prima
Gerak Khas (Musim 17) TV2 Episod: "Misteri Black Maria"
2018 Cinta Tiada Ganti Fatin Astro Prima
2019 Setelah Cinta Itu Pergi Asra Jihan TV3

Telefilem

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Tarikh Tayangan
2016 Tercipta Untukku Astro First Eksklusif 6 Julai 2016
2017 Tangisan Kubur Astro Citra 1 April 2017
2018 Adakah Aku Bersalah Leya TV3 10 Februari 2018
Abang Kandung 9 Mac 2018

Rujukan

  1. ^ Biodata Octovia Manrose Azhan (30 April 2017). Dicapai pada 6 Julai 2018.
  2. ^ Syarridzuan Abdul Rashid (27 Februari 2017). Octovia Manrose bangga besarkan anak seorang diri Berita Harian. Dicapai pada 6 Julai 2017.

Pautan luar