Seniman Bujang Lapok: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Adamxrmxn (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih iOS app edit
Baris 41: Baris 41:
Suatu hari, setelah melihat siar raya (iklan) bagi filem terbaru Shaw Brothers Limited, mereka mendapat ilham untuk menjadi seniman. Mereka pun bersiap-siap untuk pergi ke studio Jalan Ampas.

Di sana Manager Che Kemat Hassan, pengurus studio tidak menolak lamaran mereka untuk berkhidmat sebagai seniman. Mereka dibawa berjumpa dengan Director [[Ahmad Nesfu]] untuk discreen test.
Di sana Pengurus Che Kemat Hassan, pengurus studio tidak menolak lamaran mereka untuk berkhidmat sebagai seniman. Mereka dibawa berjumpa dengan Pengarah [[Ahmad Nesfu]] untuk ujian skrin.

Sakit jiwa dan bikin naik darah, itulah yang dirasai oleh Director apabila menjalankan proses screen test. Lain yang disuruh lain yang dibuat. Di bawah sinaran bulan purnama diganti dengan di bawah sinaran lampu minyak tanah. Suruh ikut dialog, memandai-mandai buat dialog sendiri. Macam-macam telatah yang diperlihatkan oleh trio Bujang Lapok.
Sakit jiwa dan bikin naik darah, itulah yang dirasai oleh Pengarah apabila menjalankan proses ujian skrin. Lain yang disuruh lain yang dibuat. Di bawah sinaran bulan purnama diganti dengan di bawah sinaran lampu minyak tanah. Suruh ikut dialog, memandai-mandai buat dialog sendiri. Macam-macam telatah yang diperlihatkan oleh trio Bujang Lapok.

Namun begitu Manager amat berpuas hati walaupun Director seperti tidak bersetuju. Apa pun Bujang Lapok kini sudah bergelar 'Seniman'.
Namun begitu Pengurus amat berpuas hati walaupun Pengarah seperti tidak bersetuju. Apa pun Bujang Lapok kini sudah bergelar 'Seniman'.

Ramlee dan Salmah bercengkerama di taman. Berkasih sambil bergurau senda. Setelah itu, Ramlee pulang ke rumah. Di rumah Sudin dan Aziz sedang giat menghafal dialog untuk esok.

Baris 51: Baris 51:
Suasana aman dan tenteram tidak pernah dialami di rumah yang penuh sesak itu. Kasihan mereka kerana sukar unutk menumpukan perhatian. Kalau si suami dan 2 orang isterinya tidak berkelahi dengan suara yang kuat, maka bunyi tiupan trompet yang sumbang dari satu bilik yang lain. Jerit pekik, bunyi motosikal, bunyi radio dan banyak lagi.

Esoknya mereka berlakon. Oleh kerena karenah mereka yang memeningkan kepala Director itu telah menyebabkan Director sendiri pengsan. Apalah nasib mereka menjadi seniman. Mereka menjalani kerja dan kehidupan seperti biasa.
Esoknya mereka berlakon. Oleh kerena karenah mereka yang memeningkan kepala Pengarah itu telah menyebabkan Pengarah sendiri pengsan. Apalah nasib mereka menjadi seniman. Mereka menjalani kerja dan kehidupan seperti biasa.

Ada satu lagi masalah besar. Ramlee cintakan Salmah dan mahu berkahwin dengannya. Tetapi Ramlee tidak mempunyai wang. Sementara itu, Salmah disuruh ibunya untuk berkahwin denga Shariff Dol, seorang samseng yang kaya dan berpengaruh.

Baris 59: Baris 59:
Pertunangan Salmah dan Shariff diputuskan apabila ibu Salmah mengetahui hal yang sebenar. Shariff Dol bilang, jangan menyesal Salmah. Berita ini disambut gembira oleh Ramlee.

Sebagai rakan sebilik Ramlee, Sudin menolong dengan batu ajaibnya. Apalah nasibnya. Diharapkan $350 tetapi yang dapat cuma $5 saja daripada Manager Kemat Hassan.
Sebagai rakan sebilik Ramlee, Sudin menolong dengan batu ajaibnya. Apalah nasibnya. Diharapkan $350 tetapi yang dapat cuma $5 saja daripada Pengurus Kemat Hassan.

Mujurlah Salmah mempunyai wang simpanan dan dapat menyelamatkan keadaan. Setelah puas bercengkerama mereka pun pulang. Mereka terperanjat apabila mendapati bahawa rumah mereka sedang galak dijilat api. Bagaimana apa itu bermula? Adakah ia dinyalakan orang? Terfikir oleh Salmah ia [[pembakaran sengaja|perbuatan]] Shariff Dol. Mereka berkumpul beramai-ramai. Kemudian mereka ke rumah Shariff Dol.

Semakan pada 10:19, 26 Julai 2021

Seniman Bujang Lapok
PengarahP. Ramlee
PenulisP. Ramlee (Cerita asal)
H.M. Rohaizad (Lakon layar)
DibintangiP. Ramlee
Aziz Sattar
S. Shamsuddin
SinematografiA. Bakar Ali
Disunting olehLee Thian Yak
Muzik olehP. Ramlee
Diedarkan olehMalay Film Productions Ltd.
Tarikh tayangan
6 Julai 1961
Masa tayangan
120 minit
NegaraSingapura
BahasaBahasa Melayu

Filem Seniman Bujang Lapok merupakan sebuah filem Melayu yang diterbitkan di Singapura pada tahun 6 Julai 1961. Filem Seniman Bujang Lapok diterbitkan dalam bentuk filem hitam putih tanpa warna oleh Shaw Brothers Limited dan dibuat oleh Malay Film Productions. Masih mengekalkan muka lama termasuk teraju utamanya, filem ini telah pun mengandingkan P.Ramlee dan Saloma. Filem ini adalah siri keempat "Bujang Lapok" tetapi kali terakhir memaparkan P. Ramlee, S. Shamsuddin dan Aziz Sattar sebagai Trio Utama dalam filem. Walau bagaimanapun filem ini bukan sambungan dari siri Bujang Lapok yang terdahulu.

Filem Seniman Bujang Lapok diarah oleh pengarah P. Ramlee pada 6 Julai 1961.

Ringkasan

Plot

Filem ini mengisahkan kehidupan tiga orang bujang iaitu Ramlee, Aziz dan Sudin yang mendiami kawasan perumahan yang sesak. Hidup menganggur tanpa sebarang pekerjaan dan mata pencarian, suatu hari mereka mencuba nasib mereka sebagai pelakon filem.

Pengurus studio telah berjanji untuk memberikan peluang kepada mereka untuk berlakon sekiranya mereka boleh membuktikan bakat lakonan mereka dalam ’screen test’. Ternyata telatah dan bakat lakonan mereka telah menarik perhatian pengurus studio tersebut.

Adakah kemasyhuran yang akan dikecapi mereka sebagai bintang filem akan mengubah nasib mereka?

Cerita

Kisah kali ini memaparkan Bujang Lapok yang menganggur berusaha untuk mendapatkan pekerjaan. Mereka tinggal di dalam satu rumah yang besar dan dihuni bersama dengan pelbagai lapisan masyarakat yang mempunyai kerenah tersendiri.

Suatu hari, setelah melihat siar raya (iklan) bagi filem terbaru Shaw Brothers Limited, mereka mendapat ilham untuk menjadi seniman. Mereka pun bersiap-siap untuk pergi ke studio Jalan Ampas.

Di sana Pengurus Che Kemat Hassan, pengurus studio tidak menolak lamaran mereka untuk berkhidmat sebagai seniman. Mereka dibawa berjumpa dengan Pengarah Ahmad Nesfu untuk ujian skrin.

Sakit jiwa dan bikin naik darah, itulah yang dirasai oleh Pengarah apabila menjalankan proses ujian skrin. Lain yang disuruh lain yang dibuat. Di bawah sinaran bulan purnama diganti dengan di bawah sinaran lampu minyak tanah. Suruh ikut dialog, memandai-mandai buat dialog sendiri. Macam-macam telatah yang diperlihatkan oleh trio Bujang Lapok.

Namun begitu Pengurus amat berpuas hati walaupun Pengarah seperti tidak bersetuju. Apa pun Bujang Lapok kini sudah bergelar 'Seniman'.

Ramlee dan Salmah bercengkerama di taman. Berkasih sambil bergurau senda. Setelah itu, Ramlee pulang ke rumah. Di rumah Sudin dan Aziz sedang giat menghafal dialog untuk esok.

Suasana aman dan tenteram tidak pernah dialami di rumah yang penuh sesak itu. Kasihan mereka kerana sukar unutk menumpukan perhatian. Kalau si suami dan 2 orang isterinya tidak berkelahi dengan suara yang kuat, maka bunyi tiupan trompet yang sumbang dari satu bilik yang lain. Jerit pekik, bunyi motosikal, bunyi radio dan banyak lagi.

Esoknya mereka berlakon. Oleh kerena karenah mereka yang memeningkan kepala Pengarah itu telah menyebabkan Pengarah sendiri pengsan. Apalah nasib mereka menjadi seniman. Mereka menjalani kerja dan kehidupan seperti biasa.

Ada satu lagi masalah besar. Ramlee cintakan Salmah dan mahu berkahwin dengannya. Tetapi Ramlee tidak mempunyai wang. Sementara itu, Salmah disuruh ibunya untuk berkahwin denga Shariff Dol, seorang samseng yang kaya dan berpengaruh.

Sedar akan saingannya yang hebat, Ramlee berusaha untuk meraih Salmah. Ramlee dan Shariff Dol berjumpa satu lawan satu. Itupun Ramlee pengsan dibelasah teruk.

Pertunangan Salmah dan Shariff diputuskan apabila ibu Salmah mengetahui hal yang sebenar. Shariff Dol bilang, jangan menyesal Salmah. Berita ini disambut gembira oleh Ramlee.

Sebagai rakan sebilik Ramlee, Sudin menolong dengan batu ajaibnya. Apalah nasibnya. Diharapkan $350 tetapi yang dapat cuma $5 saja daripada Pengurus Kemat Hassan.

Mujurlah Salmah mempunyai wang simpanan dan dapat menyelamatkan keadaan. Setelah puas bercengkerama mereka pun pulang. Mereka terperanjat apabila mendapati bahawa rumah mereka sedang galak dijilat api. Bagaimana apa itu bermula? Adakah ia dinyalakan orang? Terfikir oleh Salmah ia perbuatan Shariff Dol. Mereka berkumpul beramai-ramai. Kemudian mereka ke rumah Shariff Dol.

Di rumah Shariff Dol, Ramlee telah membelasah Shariff secukup-cukupnya sehingga Shariff menyerah kalah. Tindakan Ramlee ini berikutan penemuan dompet Shariff Dol berhampiran rumah mereka. Shariff ditangkap dan diserahkan kepada pihak polis.

Sesudah itu, Salmah membawa berita gembira buat Ramlee. Mereka boleh berkahwin kerana duit yang disangkakan terbakar sebenarnya telah selamat disimpan oleh ibunya di Pejabat Pos. [1]

Pelakon

Saloma berlakon sebagai Cik Salmah di dalam filem ini.

Runut Bunyi

  • Menceceh Bujang Lapok (P. Ramlee, S. Shamsuddin & Aziz Sattar)
  • Gelora (P. Ramlee & Saloma)
  • Embun Menitik (Saloma)
  • Senandung Kasih (P. Ramlee & Saloma)

Rujukan

Pautan luar