Michelle Yeoh

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Tan Sri
Michelle Yeoh
Michelle Yeoh TIFF 2011.jpg
Michelle Yeoh di Cannes, 2000
Nama Cina楊紫瓊 (Tradisional)
Nama Cina杨紫琼 (Ringkas)
PinyinYáng Zǐqióng (Mandarin)
JyutpingJoeng4 Zi2-king4 (Kantonis)
Lahir (1962-08-06) 6 Ogos 1962 (umur 60)
Ipoh, Perak, Malaysia
PekerjaanPelakon
PasanganDickson Poon (1988 – 1992)
Jean Todt
Laman web rasmihttp://michelleyeoh.info

Tan Sri Michelle Yeoh Choo-Kheng (Cina Tradisional: 楊紫瓊, Cina Ringkas: 杨紫琼, pinyin: Yáng Zǐqióng; lahir 6 Ogos 1962) ialah seorang pelakon wanita Malaysia yang tinggal di Hong Kong. Yeoh dilahirkan di Ipoh, Perak, Malaysia. Beliau telah dipilih oleh Majalah People sebagai salah seorang daripada 50 wanita paling cantik di dunia pada 1997.

Beliau terkenal setelah berlakon dalam filem antarabangsa Crouching Tiger, Hidden Dragon. Beliau juga pernah berlakon dalam filem siri James Bond iaitu Tomorrow Never Dies (1997).

Biografi[sunting | sunting sumber]

Miss Malaysia World 1983[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1983, ketika berusia 21 tahun, MIchelle Yeoh telah memenangi gelaran Miss Malaysia World 1983.Dengan kejayaannya itu, beliau telah mewakili Malaysia ke pertandingan akhir Miss world 1983 yang telah diadakan di London.

Kerjaya filem[sunting | sunting sumber]

Pada 2011, Michelle Yeoh telah diusir keluar dan disenarai hitamkan atau telah diharamkan masuk oleh negara Myanmar. Beliau diusir selepas tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Yangon, Myanmar. Pada Disember tahun 2010 yang lalu, Yeoh telah berjumpa dengan pejuang kebebasan negara Myanmar iaitu Aung San Suu Kyi di rumahnya di Yangon selepas merakamkan beberapa babak filem mengenai pejuang demokrasi tersebut bertajuk, The Lady (2011), arahan Luc Besson di Thailand. Dalam filem arahan Luc Besson tersebut, pelakon berusia 48 tahun itu berlakon sebagai Aung San Suu Kyi yang memaparkan perjuangan kearah negara demokrasi. Disebabkan itu Michelle Yeoh telah diharamkan masuk ke negara Myanmar.[1]

Filantropi[sunting | sunting sumber]

Pada 21 April 2010, beliau telah dilantik sebagai Ikon Membaca 1Malaysia. Perkara itu diumumkan oleh Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Senator Heng Seai Kie . Michelle Yeoh Corner ditubuhkan di Perpustakaan Negara, Kuala Lumpur bagi membolehkan pembaca tempatan mengetahui mengenai buku-buku yang pernah dibacanya. Setiap bulan beliau membaca 15 buah buku pelbagai genre termasuk fiksyen mahukan seram. Koleksi buku milik beliau akan ditempatkan di sudut bacaan itu.[2]

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Televisyen[sunting | sunting sumber]

Anugerah diraih[sunting | sunting sumber]

Darjah kehormatan[sunting | sunting sumber]

Pada 19 April 2001, Yeoh dikurniakan Darjah Datuk Paduka Mahkota Peak oleh Sultan Perak Sultan Azlan Shah atas sumbangannya mengharumkan nama negerinya, kurniaan ini memberikan Yeoh gelaran Dato'.[3]

Pada 23 April 2007, Presiden Perancis Jacques Chirac mengurniakan Yeoh pingat Légion d'honneur berpangkat Chevalier ("Kesateria"); ia diberikan dalam suatu upacara di Kuala Lumpur pada 3 Oktober 2007.[4] Yeoh dinaikkan pangkat ke gelaran Officier ("Pegawai") oleh Nicolas Sarkozy pada 14 Mac 2012 di kediaman rasmi presiden Istana Élysée tahun sama.[5]

Pada 1 Jun 2013, beliau dikurniakan darjah Panglima Setia Mahkota sempena hari keputeraan Yang di-Pertuan Agong Sultan Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah, kurniaan tersebut memberi gelaran Tan Sri kepada beliau.[6][7]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Datuk Michelle Yeoh Diharamkan Masuk Negara Myanmar".[pautan mati kekal]
  2. ^ 'Michelle Yeoh Corner' Di Perpustakaan Negara
  3. ^ "Just Call Me Datuk". Asiaweek. 27 (17). 4 May 2001. ISSN 1012-6244. Diarkibkan daripada yang asal pada 9 May 2001. Dicapai pada 13 November 2011.
  4. ^ "Yeoh receives France's top honour". BBC News. 4 October 2007. Dicapai pada 13 November 2011.
  5. ^ "Michelle Yeoh receives Legion of Honour from France". Bernama via mysinchew.com. 16 March 2012. Dicapai pada 16 March 2012.
  6. ^ "She's Tan Sri Michelle Yeoh now". Yahoo News. Diarkibkan daripada yang asal pada 30 June 2013. Dicapai pada 1 June 2013.
  7. ^ "Semakan Penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat". Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-07-19. Dicapai pada 2020-08-12.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Temu ramah dan berita[sunting | sunting sumber]