Nombor E

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Rencana ini ialah mengenai kod bahan tambahan makanan. Untuk kegunaan lain, sila lihat Nombor E (nyahkekaburan).
Larutan E101 riboflavin (juga dikenali sebagai vitamin B2)
Hablur E621 Mononatrium glutamat, sejenis penambah perisa

Nombor E merupakan kod-kod untuk bahan yang boleh digunakan sebagai bahan tambahan makanan untuk kegunaan dalam Kesatuan Eropah[1] dan Switzerland. Huruf "E" mewakili perkataan "Europe", yakni bermaksud Eropah.[2] Nombor-nombor ini selalu dijumpai pada label makanan yang dihasilkan di bawah Kesatuan Eropah.[3] Penilaian keselamatan dan kelulusan adalah di bawah tanggungjawab Lembaga Keselamatan Makanan Eropah.[4]

Kewujudan satu senarai tunggal yang disatukan bagi bahan tambahan makanan mula dipersetujui pada tahun 1962 dengan cetakan berwarna. Pada tahun 1964, panduan untuk bahan pengawet ditambahkan, diikuti tahun 1970 untuk pengantioksida dan tahun 1974 untuk pengemulsi, penstabil, bahan pemekat dan agen pengegelan.[5]

Skema penomboran[sunting | sunting sumber]

Skema penomboran ditentu berdasarkan Sistem Penomboran Antarabangsa (INS) dan dimuktamadkan oleh jawatankuasa Codex Alimentarius,[6] walaupun hanya satu subset daripada bahan tambahan INS diluluskan untuk kegunaan di Kesatuan Eropah sebagai bahan tambahan makanan. Nombor E juga digunakan pada pelabelan makanan dalam bidang kuasa yang lain, termasuk Cooperation Council for the Arab States of the Gulf, Australia, sebahagian dari Canada (seperti Quebec), Africa Selatan, bandar New York, New Zealand[7] dan Israel. Penggunaan nombor ini semakin meningkat, walaupun masih jarang, pada pembungkusan makanan di Amerika Utara,[8] terutama di Kanada (di bahagian luar yang luas Quebec dan Maritimes) pada pembungkusan produk yang diimport dari Eropah.

Penyalahtafsiran[sunting | sunting sumber]

Di sebahagian negara Eropah, "nombor E" kekadang digunakan secara tidak rasmi sebagai istilah pejoratif untuk bahan tambahan makanan, dan produk-produk mungkin dipromosikan sebagai "bebas dari nombor E". Hal ini tidak benar, kerana banyak komponen makanan asli mengandungi nombor E (dan nombor semata-mata adalah sinonim bagi komponen kimia), seperti vitamin C (E300) dan likopena (E160d).

Klasifikasi mengikut julat nombor[sunting | sunting sumber]

Julat nombor E Subjulat Butiran
100–199 (senarai penuh)
Pewarna
100–109 kuning
110–119 jingga
120–129 merah
130–139 biru & ungu lembayung
140–149 hijau
150–159 perang & hitam
160–199 emas dan lain-lain
200–299 (senarai penuh)
Bahan pengawet
200–209 sorbat
210–219 benzoat
220–229 sulfit
230–239 fenol & format (metanoat)
240–259 nitrat
260–269 asetat (etanoat)
270–279 laktat
280–289 propionat (propanoat)
290–299 lain-lain
300–399 (full list)
Pengantioksida & Pengawal keasidan
300–305 askorbat (vitamin C)
306–309 tokoferol (vitamin E)
310–319 galat & eritorbat
320–329 laktat
330–339 sitrat & tartrat
340–349 fosfat
350–359 malat & adipat
360–369 suksinat & fumarat
370–399 lain-lain
400–499 (senarai penuh)
Bahan pemekat, penstabil & pengelmulsi
400–409 alginat
410–419 gam semulajadi
420–429 agen semula jadi yang lain
430–439 sebatian polioksietena
440–449 pengemulsi semulajadi
450–459 fosfat
460–469 sebatian selulosa
470–489 asid lemak & sebatiannya
490–499 lain-lain
500–599 (full list)
Pengawal keasidan pH & agen antikerakan
500–509 asid mineral & bes
510–519 klorida & sulfat
520–529 sulfat & hidroksida
530–549 sebatian logam alkali
550–559 silikat
570–579 stearat & glukonat
580–599 lain-lain
600–699 (senarai penuh)
Penambah perisa
620–629 glutamat & guanilat
630–639 inosinat
640–649 lain-lain
700–799 (senarai penuh)
Antibiotik
700–713
900–999 (senarai penuh)
Bahan beraneka
900–909 lilin
910–919 pengacaan sintetik
920–929 agen penambahbaikan
930–949 gas pembungkusan
950–969 pemanis
990–999 agen pembusa
1100–1599 (full list)
Bahan kimia tambahan
1100–1599 Bahan kimia baru yang tidak jatuh ke dalam skema klasifikasi piawai

Tambahan: Tidak semua contoh-contoh kelas jatuh ke dalam julat angka yang diberikan. Selain itu, banyak bahan kimia, terutamanya dalam julat E400-499, mempunyai pelbagai kegunaan.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]