Amelia Thripura Henderson
Amelia Henderson | |
---|---|
![]() Amelia semasa sesi fotografi bersama Utusan Malaysia pada 27 Februari 2015. | |
Kelahiran | Amelia Thripura Henderson 20 Oktober 1995 |
Pekerjaan | |
Tahun aktif | 2006–kini |
Terkenal kerana | Menjadi model bagi iklan Mothercare |
Pasangan | Tunku Harunnarasheed Putra (2015-2018; bercerai) |
Ibu bapa |
|
Saudara |
|
Laman sesawang | ameliath.com |
Amelia Thripura Henderson (lahir 20 Oktober 1995) ialah seorang pelakon wanita Malaysia, berasal dari Ampang, Selangor.
Kerjaya
Beliau mula menceburi bidang seni sebagai model melalui iklan Mothercare sewaktu berusia setahun.[1] Selepas itu, beliau berjaya membintangi sitkom Keluarga Adam.[1] Beliau juga pernah mementaskan persembahan muzikal teater iaitu The King and I dan Peter Pan di Istana Budaya, Kuala Lumpur pada tahun 2007.[1]
Di samping itu, beliau berpeluang untuk mengembangkan bakatnya ke Amerika Syarikat.[1] Beliau merupakan salah seorang kanak-kanak di Malaysia yang menjadi pelakon suara untuk filem animasi popular iaitu Barbie in a Christmas Carol.[2] Beliau bernasib baik kerana ditawarkan untuk menjadi suara latar di dalam filem animasi ini. Beliau akhirnya bersetuju untuk merakamkan suara di dalam filem animasi ini kerana beliau amat fasih berbahasa Inggeris dengan menggunakan slanga British dan Amerika.[1] Tambahan pula, beliau diberikan tempat untuk berlakon di dalam filem tempatan iaitu Talentime hasil arahan Yasmin Ahmad. Beberapa tahun selepas itu, beliau ditawarkan untuk menjadi hos rancangan The English Room iaitu rancangan bagi mempertingkatkan penggunaan bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar.[1][3]
Beliau amat menggemari tarian balet dan pernah memenangi Kategori 3 dalam program Cecchetti International Summer School yang diadakan di Melbourne, Australia.[1]
Kehidupan peribadi
Ibu beliau ialah seorang doktor gigi yang berketurunan India dan Sri Lanka bernama Jaya Rudralingam. Selain itu, bapa beliau adalah seorang arkitek yang berketurunan Scotland bernama Graham Henderson. Beliau mempunyai dua adik-beradik dan merupakan anak yang sulung. Adiknya pula bernama Alexander Rudrakeith Henderson.
Ameliia yang kini memeluk Islam dengan nama barunya Datin Putri Noor Amelia Thripura Henderson binti Abdullah sah bergelar isteri kepada Tunku Dato' Harrunnarrassheed Putra, anak kepada Tunku Bendahara Kedah Almarhum Tunku Tan Sri Annuar Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Haji Sir Badlishah dan Toh Puan Noor Suzanna pada 14 Ogos 2015, yang bertempat di Carcosa Seri Negara.[4][1]
Filemografi
Filem
Tahun | Tajuk | Watak | Catatan |
---|---|---|---|
2008 | Barbie in A Christmas Carol | Kelly / Tammy | |
2009 | Talentime | Melati | |
Barbie and the Three Musketeers | Miette | ||
Sing Along With Barbie | |||
Pisau Cukur | Bella (kecil) | ||
2012 | Seefood | Ruby | |
War of the Worlds: Goliath | Young Girl | ||
2014 | Ribbit | Marcella | Alih suara (versi Bahasa Inggeris) |
Drama
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2006 | Keluarga Adam | TV2 | ||
2008 | Kasut Tumit Tinggi | Astro Prima | ||
2015 | Keluarga Pontimau | Sabrina | TV3 | Slot Aksi |
2016 | Oh My English!: After School | Amelia | Astro TVIQ | |
2018 | Jangan Benci Cintaku | Damia | TV3 | Slot Akasia |
Pengantin 100 Hari | Erina | Slot Lestary | ||
2019 | Cinta Non Grata | Darlina | ||
Voice Note | Mira | Slot Samarinda | ||
2020 | Rindu Yang Terindah | Airis Warda | ||
Pengantin Satu Malam | Zulaikha Nasreen | Slot Akasia | ||
2021 | Romantika 4 Hari 3 Malam | Lana Analia | Slot Lestary |
Telefilem
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV |
---|---|---|---|
2016 | Anak Mat Salleh Tapi Melayu | Mary | TV3 |
2018 | Renjana | Nora | ntv7 |
DM Hati Awak | Izza | ||
30 Hari Membunuh Cinta | Rara | Astro Citra | |
Nadi Luna | Fira | TV3 |
Televisyen
Tahun | Tajuk | Saluran TV |
---|---|---|
2009 | The English Room | Astro TVIQ |
2010 | The English Room: Let's Talk! | |
2013 | SPM English Literature Component | Astro Tutor TV SPM |
2015 | MYEG Daily/SuperSport Daily/Dashing Daily | Astro Supersport |
2015–16 | GO TRAVEL | GOASEAN |
2016 | B Healthy | Astro Bella |
Rujukan
- ^ a b c d e f g h Kak Hazel (27 Mac 2012). "Amelia Serba Boleh". Utusan Karya Sdn. Bhd. Petikan journal memerlukan
|journal=
(bantuan) - ^ "Barbie in a Christmas Carol (Video 2008)". IMDb. Dicapai pada 27 Mac 2012.
- ^ Dzireena Mahadzir (22 November 2009). "Mind your English". The Star Online. Dicapai pada 27 Mac 2012.
- ^ Fuad, Farhan (25 Ogos 2015). "Amelia Henderson Sudah Berkahwin". EH!. Dicapai pada 12 Mei 2016.