Sangeeta Krishnasamy

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sangeeta Krishnasamy
Sangeeta di majlis pelancaran audio filem Vedigundu Pasangge pada Julai 2018.
Kelahiran
Sangeeta a/p Krishnasamy

(1985-10-12) 12 Oktober 1985 (umur 38)
WarganegaraMalaysia
Pusat pendidikanUniversiti London
PekerjaanPelakon, pengacara, model, penerbit
Tahun aktif2009–kini
Terkenal keranaLakonan sebagai Cikgu Cheryl dalam filem Adiwiraku
Ketinggian1.52 m (4 ka ​11 1316 in)

Sangeeta a/p Krishnasamy (lahir 12 Oktober 1985) merupakan seorang pelakon, pengacara dan model wanita Malaysia.[1][2] Beliau menjadi pelakon Malaysia pertama yang berlakon dalam filem Kollywood selepas membuat penampilan dalam filem Goa arahan Venkat Prabhu dan sebagai pelakon dalam filem ZHA di kalangan pelakon filem India Selatan yang terkenal.

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Sangeeta dilahirkan dan dibesarkan di Kuala Lumpur. Beliau merupakan lulusan undang-undang di Universiti London, dan memulakan kerjayanya sebagai model semasa belajar ketika ditawarkan untuk model untuk kempen dalam talian Nikon, beliau fasih berbahasa Tamil, Melayu, Inggeris dengan lancar.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Sangeeta telah membintangi beberapa filem dan drama,[3] serta telah mengacarakan beberapa rancangan TV.[4]

Pada tahun 2015, beliau menjadi pelakon utama untuk dua filem iaitu Vetti Pasanga dan Vennira Iravugal. Vennira Iravugal menjadi filem Tamil Malaysia yang terkenal selepas ditayangkan di beberapa festival filem di seluruh Eropah, dan selepas memenangi anugerah juri khas di Festival Filem Tamil Norway pada tahun 2014 dan seterusnya membawa pulang 5 anugerah dalam semua kategori di Anugerah Kalai Ulagam Malaysia pada tahun 2015. Beliau merupakan seorang pelakon terbaik di Sinema Tamil Malaysia selepas memenangi kedua-dua kategori di Anugerah Kalai Ulagam Malaysia 2015 untuk kategori pelakon terbaik dalam kategori filem dan telefilem.[5]

Beliau paling dikenali menerusi watak lakonannya sebagai Cikgu Cheryl dalam filem drama biografi 2017, Adiwiraku arahan Eric Ong yang dikeluarkan pada 19 Mac 2017.[6] Semasa penggambaran, beliau dijangkiti denggi namun tidak mahu memberitahu produksi kerana tidak mahu menyusahkan mereka. Filem ini melayakkan Sangeeta memenangi pelakon wanita terbaik sekaligus mencipta sejarah sebagai pelakon Malaysia petama bukan berbangsa Melayu memenangi anugerah tersebut.[7]

Beliau bersama Remy Ishak dan Mira Filzah berlakon bersama dalam filem drama politik 2018, Rise: Ini Kalilah arahan bersama Saw Teong Hin, Nik Amir Mustapha dan MS Prem Nath. Filem ini ditayangkan pada 13 September 2018.[8]

Sangeeta menjadi salah seorang dari pelakon yang terlibat dalam sitkom Spanar Jaya X yang bersiaran di TV3 pada 2 Februari 2019. Diarahkan oleh Ahmad Idham (pelakon asal Spanar Jaya), sitkom ini turut dibintangi oleh Ben Amir, Douglas Lim dan Uqasha Senrose.[9]

Sangeeta buat pertama kali menjadi penerbit filem iaitu penerbit filem Gemencheh Boys bersama Khairul Anuar Latip.[10]

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Kunci
Filem/drama yang belum dikeluarkan Menunjukkan filem/drama yang belum dikeluarkan

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Bahasa Catatan
2009 Goa Kawan Jessica's Tamil Filem Kollywood
2010 I Know What You Did Last Deepavali
2012 Zha The Movie
2014 Vennira Iravuggal Megala Anugerah Khas Juri Norway Film Fest & Semua 5 kategori di MKU 2015
3 Genius
Aaram Seiya Virumbu
Vetti Passangga
2015 Maravan
2017 Adiwiraku Cikgu Cheryl Melayu, Inggeris, Tamil
Kambathe Kannemma Tamil
Identity
2018 Rise: Ini Kalilah Shanti Melayu
Vedigundu Pasangge Vithya Tamil
2019 Ennaval
2020 Daulat Melissa Melayu
Jebat Jasmine Penampilan khas
2021 Hantu Bonceng 2.0 Sally
Proksi Elle
2022 Air Force The Movie: Selagi Bernyawa Leftenan Layla Saravana
Juang Santhia
2023 Duan Nago Bogho Salmi
Adiwiraku 2: The Gemencheh Boys - Melayu, Inggeris Sebagai penerbit
2024 Baik Punya Ah Long Filem/drama yang belum dikeluarkan Melayu Pos-produksi

Drama[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Bahasa Catatan
2009 Manippu Tamil
Satyam Sivam Sundram
Deepa Kondattam Istimewa Deepavali
2010 Bangsar Villa's
Narmadha
A Night Before Christmas Tamil dan Inggeris Istimewa Krismas
2011 Natpu Natpu Tamil
Netru Illatha Matram [11]
Natpugal Pirivathillai [12]
2012 Last Chance
2014 Unarvu
2015 Mounam
2017 Oh My English Level Up! Cikgu Lakshmi Melayu dan Inggeris
2018 Jibril Jackie Melayu
2019 Detak Cinta Stetoskop Dr Kumari
Spanar Jaya X Vicky Sitkom
2022 Kudeta Sunita

Telefilem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Bahasa Saluran TV Catatan
2020 Berdua Melayu TV1
2021 Muruku Ikan Masin Tamil, Melayu TV2
Kari Ayam Mama Melayu TV9
2022 Bini-Bini Lockdown Rani TV3
Am'ma Devika Melayu, Tamil, Mandarin TV Okey

Televisyen[sunting | sunting sumber]

Tajuk Bahasa Saluran TV Catatan
ATTAM 100 VAGAI Tamil Astro Vaanavil
Sukaneka 1 Malaysia Melayu TV2
Yellaithandi Varuvera Tamil Astro Vaanavil Rancangan khas Pongal
Kaadhal Oviyam
Anugerah Industri Muzik Malaysia-India Inggeris Persembahan Anugerah

Iklan[sunting | sunting sumber]

  • L'Oréal Hair Asia Pacific Malaysia
  • ntv7 Stars of Diwali
  • Nikon ambassador web
  • Tourism Malaysia 2010-2012
  • Swami Sivananda Hair Oil.
  • Hari Pahlawan 'Kerinduan'
  • Duta SPS Jewelries Nilai

Anugerah dan pencalonan[sunting | sunting sumber]

Tahun Anugerah Kategori Karya tercalon Penerima Keputusan
2015 Anugerah Kalai Ulagam Malaysia 2015 Pelakon Wanita Terbaik dalam kategori Filem Vennira Iravuggal Dirinya sendiri Menang
Pelakon Wanita Terbaik dalam kategori DVD dan Telefilem Unarvu Menang
2017 Festival Filem Malaysia ke-29 Pelakon Wanita Terbaik Adiwiraku Menang[13]
Anugerah Majlis Pengkritik Filem Kuala Lumpur 2017 Menang[14]
Anugerah Skrin 2017 Pelakon Wanita Terbaik (Filem) Menang[15]
2018 Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2017 Artis Baru Wanita Popular Tercalon
Pelakon Filem Wanita Popular Tercalon
2019 Anugerah dan Festival Filem Antarabangsa ASEAN 2019 Pelakon Wanita Terbaik Adiwiraku Dirinya sendiri Tercalon

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ T.K. Letchumy Tamboo (7 Julai 2019). Breakout star of Malaysian film Sangeeta Krishnasamy spreads her wings with producer role South China Morning Post. Dicapai pada 7 April 2020.
  2. ^ Dennis Chua 4 Oktober 2017). (Showbiz) Double joy for actress Sangeeta New Straits Times. Dicapai pada 7 April 2018.
  3. ^ Sangeeta: TV and drama Sangeeta Krishnasamy. 12 September 2017.
  4. ^ Sangeeta: Hostings Sangeeta Krishnasamy. 12 September 2017.
  5. ^ A conversation with Malaysian actress Sangeeta Ksrishnasamy[pautan mati kekal] Daily Seni. Dicapai pada 14 April 2017.
  6. ^ Dennis Chua (27 September 2017). "Actress Sangeeta looks forward to starring in more Malay movies". New Straits Times. Dicapai pada 17 Oktober 2017.
  7. ^ Razal, Kamaruddin (25 September 2017). "Dijangkiti Denggi Ketika Penggambaran Adiwiraku, Sangeeta Berdiam Kerana Enggan Susahkan Produksi". Astro Gempak. Dicapai pada 30 September 2023.
  8. ^ Mumtaj Begum (14 September 2018). ‘Rise: Ini Kalilah’ captures the spirit of New Malaysia Diarkibkan 2019-08-15 di Wayback Machine Star2. Dicapai pada 26 September 2018.
  9. ^ "Lepas Bintangi Spanar Jaya X, Sangeeta Teringin Jadi Pelakon Komedi?". xtra. 18 Disember 2018.
  10. ^ Mohamad, Zaidi (31 Mei 2019). "Watak guru sukan dalam Adiwiraku 2 milik Pekin". Berita Harian. Dicapai pada 30 September 2023.
  11. ^ http://mytamilchannel.com/index/netru-illatha-matram-the-making/
  12. ^ http://www.sabthamsvision.com.my/production/view.php?id=70#video
  13. ^ T K Letchumy Tamboo. "FFM29: 10 perkara perlu tahu tentang Sangeetha Krishnasamy". astro awani. Dicapai pada 2017-12-30.
  14. ^ "Majlis Pengkritik Filem Kuala Lumpur". ampfkl.blogspot.my.
  15. ^ "Senarai pemenang Anugerah Skrin 2017".

Pautan luar[sunting | sunting sumber]