Pejabat Daerah & Tanah Port Dickson

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari PDTPD)
Pejabat Daerah dan Tanah Port Dickson
ڤجابت دايره دان تانه ڤورت دچك ساون
Intisari agensi
Dibentuk1920 (104 tahun yang lalu) (1920)
JenisAgensi kerajaan
Bidang kuasa
 Negeri Sembilan
Ibu pejabatPejabat Daerah dan Tanah Port Dickson, KM 1, Jalan Pantai, 71009 Port Dickson, Negeri Sembilan
 Malaysia
Eksekutif Agensi kerajaan
  • Pegawai Daerah
Agensi induk
Kerajaan Negeri Sembilan
Laman sesawang
pdtpd.ns.gov.my

Pentadbiran Pejabat Daerah Dan Tanah Port Dickson ditubuhkan semasa Tanah Melayu di bawah Pemerintahan British iaitu selepas Penubuhan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu pada Tahun 1920. Keluasan Daerah Port Dickson dianggarkan adalah 572.32 km persegi dan kawasan pentadbiran meliputi 5 Mukim seperti berikut:

  1. Mukim Jimah
  2. Mukim Port Dickson
  3. Mukim SiRusa
  4. Mukim Pasir Panjang
  5. Mukim Linggi

Daerah Port Dickson merupakan daerah kedua terkecil diantara 7 daerah yang lain di Negeri Sembilan. Keluasan Daerah dianggarkan seluas 572.35 km persegi dan jumlah penduduk dianggarkan seramai 117,379 orang terbahagi 55,039 (lelaki) dan 62,340 (perempuan). Kawasan pentadbiran meliputi 5 mukim yamg diuruskan oleh 4 Penghulu Mukim iaitu Mukim Jimah, Mukim Port Dickson, Mukim SiRusa, Mukim Pasir Panjang dan Mukim Linggi, Kerajaan Negeri di bawah Pentadbiran Setiusaha Kerajaan Negeri Sembilan telah memberi tanggungjawab kepada Pejabat Daerah Dan Tanah Port Dickson untuk mentadbir dan mengawal pembangunan, pembentukan sosial dan pengurusan hartanah diseluruh Daerah Port.

Pejabat Daerah Dan Tanah Port Dickson (PDTPD) yang pejabatnya di Kompleks Pentadbiran Daerah Port Dickson adalah diterajui oleh seorang Pegawai Daerah dan dibantu oleh 120 orang pegawai & kakitangan. Pejabat ini mempunyai empat bahagian yang beroperasi bagi menjana pentadbiran di daerah Port Dickson iaitu Bahagian Pengurusan Tanah, Bahagian Pembangunan, Bahagian Khidmat Pengurusan dan Bahagian Perundangan. Setiap bahagian terbahagi kepada beberapa unit yang lain bagi membolehkan segala urusan pentadbiran diselenggara dengan baik.

Visi[sunting | sunting sumber]

Menjadikan Port Dickson sebuah daerah yang maju, berdaya saing, berasaskan industri pelancongan dan pembangunan seimbang secara berterusan bagi mencapai wawasan 2020.

Misi[sunting | sunting sumber]

Mengoptimumkan Tadbir Urus Daerah Port Dickson bagi mencapai kesejahteraan rakyat.

Objektif[sunting | sunting sumber]

  1. Meningkatkan hasil melalui Kutipan Cukai Tanah, Premium Pembangunan dan lain-lain sumber hasil.
  2. Menggembleng anggota perkhidmatan awam yang kompeten ke arah kecemerlangan penyampaian perkhidmatan di peringkat daerah.
  3. Memperkasakan penggunaan ICT dalam urusan pentadbiran selaras dengan Dasar K-Elektronik.
  4. Meningkatkan kualiti hidup masyarakat melalui pelaksanaan program pembangunan secara berintegrasi untuk kesejahteraan rakyat.
  5. Menyebarluaskan kebolehcapaian maklumat kepada rakyat selaras dengan Dasar Merakyatkan Maklumat.
  6. Berperanan sebagai sumber rujukan dan menyelaras aktiviti agensi negeri dan persekutuan di peringkat daerah.

[1]