Paduka Seri Maharaja Parameswara

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Paduka Sri Maharaja Parameswara(1344 - c 1414) adalah raja terakhir Singapura yang berasal dari keturunan Srivijaya. Baginda adalah anakanda kedua Sang Nila Utama dari keturunan Demang Lebar Daun iaitu pemerintah Palembang. Baginda memerintah Singapura dari tahun 1389 hingga 1398. Baginda melarikan diri dari Singapura yang pada masa itu dikenali sebagai Temasik selepas pencerobohan oleh Majapahit pada 1398 dan mengasaskan kubu barunya di muara Sungai Bertam yang juga dulunya dikenali sebagai Sungai Melaka.

Etimologi[sunting | sunting sumber]

Nama "Parameshwara" dalam bahasa Sanskrit "Parameśvara" ertinya Tuhan Yang Maha Esa. Dalam bahasa Hindi ialah ईश्वर( Sebutan: īśvára ). Ia merujuk kepada dewa tunggal dalam tauhid. Perkataan " Param " yang bermaksud tertinggi ditambah kepada Ishvara memperhebatkan gelaran Tuhan. Parameśvara juga merupakan salah satu daripada nama-nama Tuhan Shiva.

Terdapat hanya satu rekod yang memberikan gambaran terperinci menceritakan tentang kerajaan di Singapura dan Melaka iaitu Sejarah Melayu yang pada masa itu dikenali sebagai Sulalatus Salatin ditulis lebih kurang pada tahun 1306. Sejarah Melayu kemudiannya disusun semula oleh Tun Sri lanang pada tahun 1612.

Satu lagi rekod penting ialah buku Suma Oriental yang ditulis lebih kurang pada tahun 1512 hingga 1515 oleh Tomé Pires (1465?–1524 or 1540) sejurus selepas pihak Portugis menakluki Melaka pada 1511.