Pertandingan Lagu Eurovision

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Pertandingan Lagu Eurovision
Eurovision Song Contest
Concours Eurovision de la chanson
Fail:Eurovision Song Contest.svg
Juga dikenali sebagai
  • Eurovision
  • ESC
  • Melodi Grand Prix
  • Eurosongfestival
GenrePertandingan lagu
PenciptaMarcel Bezençon
Penggubah lagu tema
Marc-Antoine Charpentier
Lagu pembukaanTe Deum: Marche en rondeau (prelud)
Lagu penutupTe Deum: Marche en rondeau (prelud)
BahasaInggeris dan Perancis
Bilangan episod63
Penerbitan
LokasiDihoskan oleh pemenang terdahulu (dengan beberapa pengecualian)
Tempoh siaran
  • 2 jam (separuh akhir)
  • 3 jam 45 minit (akhir)
  • 4 jam (2015)
Syarikat penerbitan
European Broadcasting Union
Syarikat pengedaran
Eurovision
Penyiaran
Format gambar
Siaran asal24 Mei 1956; 63 tahun yang lalu (1956-05-24) – kini
Kronologi
Rancangan berkaitan
Pautan luar
www.eurovision.tv
Tapak sesawang penerbitan European Broadcasting Union

Pertandingan Lagu Eurovision (Bahasa Inggeris: Eurovision Song Contest; Bahasa Perancis: Concours Eurovision de la chanson),[1] atau juga dikenali secara ringkasnya sebagai Eurovision, merupakan pertandingan TV antarabangsa tahunan paling lama penyiarannya, yang telah bersiaran selama 63 tahun (2018) dengan penglibatan melebihi 40 buah negara yang bertanding.[2] Ia telah diadakan, terutamanya, di antara negara-negara anggota Kesatuan Penyiaran Eropah (EBU) sejak tahun 1956. Pertandingan tersebut adalah berdasarkan Festival Muzik Sanremo yang telah diadakan di Itali sejak tahun 1951.

Setiap negara yang bertanding akan menghantar sebuah lagu asal untuk dipersembahkan menerusi siaran langsung di televisyen dan radio, yang kemudiannya akan mengundi untuk lagu dari negara lain bagi penentuan pemenang. Pertandingan ini telah diadakan setiap tahun sejak tahun 1956 dan menjadi salah satu program televisyen paling lama bersiaran di dunia. Ia juga merupakan salah satu upacara bukan sukan paling banyak ditonton di dunia,[3] dengan jumlah penonton beberapa tahun kebelakangan ini mencecah di antara 100 juta dan 600 juta.[4][5] Eurovision turut disiarkan di beberapa buah negara di luar Eropah yang tidak bertanding seperti di Amerika Syarikat, Kanada, New Zealand dan China. Pengecualian dilakukan pada tahun 2015 apabila Australia dibenarkan bertanding sebagai peserta jemputan sebagai sebahagian daripada sambutan ulang tahun program ini yang ke-60 tahun.[6][7][8] Pada November 2015, EBU mengumumkan bahawa Australia dijemput kembali sebagai peserta pada tahun 2016 setelah kejayaan mereka pada tahun 2015.[9] Australia terus bertanding bagi tahun 2017 dan 2018.[10] Sejak tahun 2000, pertandingan ini juga boleh ditonton menerusi laman web Eurovision.[11]

Pemenang pertandingan ini kebiasaannya akan menerima ransangan jangka pendek bagi kerjaya mereka, dan jarang bagi kejayaan masa panjang.[12] Namun begitu, terdapat juga yang menerima kejayaan jangka panjang seperti ABBA (pemenang tahun 1974 untuk Sweden), Bucks Fizz (pemenang tahun 1981 untuk United Kingdom), dan Céline Dion (pemenang tahun 1988 untuk Switzerland), yang mana mereka berjaya di seluruh dunia selepas memenangi pertandingan ini.

Ireland memegang rekod sebagai negara paling banyak memenangi kejuaraan dengan kemenangan sebanyak tujuh kali. Menerusi sistem pengundian semasa, Salvador Sobral dari Portugal yang memenangi Eurovision pada tahun 2017 di Kiev, Ukraine menjadi pemenang dengan jumlah mata tertinggi iaitu sebanyak 758 mata. Bagi sistem pengundian terdahulu, di antara tahun 1975 sehingga 2015, pemenang dengan jumlah mata tertinggi adalah Alexander Rybak dari Norway dengan 387 mata pada tahun 2009.

Penyertaan[sunting | sunting sumber]

Peserta yang layak termasuk Anggota Aktif EBU. Ahli aktif adalah mereka yang terletak di negeri-negeri yang berada di dalam Kawasan Penyiaran Eropah, atau negara anggota Majlis Eropah.[13]

Penyertaan sejak tahun 1956:
  •      Menyertai sekurang-kurangnya sekali
  •      Tidak menyertai, walaupun layak
  •      Masuk bertanding sebelum menarik diri
  •      Pernah bertanding sebagai sebahagian daripada negara lain dan tidak lagi sebagai negara berdaulat
  • Bandar-bandar yang menjadi tuan rumah kepada Eurovision.

    52 buah negara pernah bertanding dalam temasya ini, sekurang-kurangnya sekali.[14] Berikut merupakan senarai nama negara dan tahun pertama kali mereka menyertai:

    Tahun Negara yang pertama kali bertanding
    1956 Belgium, Perancis, Jermana, Itali, Belanda, Switzerland
    1957 Austria, Denmark, United Kingdom
    1958 Sweden
    1959 Monaco
    1960 Norway
    1961 Finland, Sepanyol, Yugoslaviab
    1964 Portugal
    1965 Ireland
    1971 Malta
    1973 Israel
    1974 Yunani
    1975 Turki
    1980 Maghribi
    1981 Cyprus
    1986 Iceland
    1993 Bosnia dan Herzegovina, Croatia, Slovenia
    1994 Estonia, Hungary, Lithuania, Poland, Romania, Rusia, Slovakia
    1998 Makedonia Utara
    2000 Latvia
    2003 Ukraine
    2004 Albania, Andorra, Belarus, Serbia dan Montenegro
    2005 Bulgaria, Moldova
    2006 Armenia
    2007 Republik Czech, Georgia, Montenegro, Serbia
    2008 Azerbaijan, San Marino
    2015 Australiac
    a) Sebelum penyatuan semula Jerman pada tahun 1990 sering dipersembahkan sebagai Jerman Barat, bagi mewakili Republik Persekutuan Jerman. Jerman Timur (Republik Demokratik Jerman) tidak bertanding.
    b) Penyertaan "Yugoslavia" mewakili Republik Persekutuan Sosialis Yugoslavia, kecuali pada tahun 1992, yang mana mewakili Republik Persekutuan Yugoslavia. Negara ini dibubarkan pada tahun 1991/92 menjadi lima buah negara merdeka: Slovenia, Croatia, Macedonia, Bosnia dan Herzegovina serta Republik Persekutuan Yugoslavia. Republik Persekutuan Yugoslavia kemudiannya dikenali sebagai Serbia dan Montenegro pada tahun 2003—bertanding pada tahun 2004—sebelum berpecah pada tahun 2006, menjadi dua buah negara berbeza: Serbia dan Montenegro; kedua-duanya membuat penampilan pertama pada tahun 2007, dimana dimenangi oleh Serbia.
    c) Penyertaan Australia hanya untuk sekali sebagai sambutan ulang tahun 60 tahun pertandingan ini melainkan mereka memenangi pada tahun 2015 bagi mempertahankan kejuaraan mereka pada tahun berikutnya. Walau bagaimanapun, pada Mei 2015, dilaporkan bahawa Australia mungkin menjadi peserta tetap dengan merujuk kepada beberapa buah laporan Jon Ola untuk penyiaran Sweden.[15] Pada November 2015, EBU mengumumkan bahawa Australia akan kembali bertanding pada tahun 2016 dan akan menjadi peserta yang efektif dalam pertandingan ini.

    Tuan rumah[sunting | sunting sumber]

    Negara dan bandar yang menjadi Tuan Rumah bagi Pertandingan Lagu Eurovision
    Jumlah Negara Bandar Lokasi Tahun
    8 Flag of the United Kingdom.svg United Kingdom London Royal Festival Hall 1960
    BBC Television Centre 1963
    Royal Albert Hall 1968
    Wembley Conference Centre 1977
    Edinburgh Usher Hall 1972
    Brighton Brighton Dome 1974
    Harrogate Harrogate International Centre 1982
    Birmingham National Indoor Arena 1998
    7  Republik Ireland Dublin Gaiety Theatre 1971
    RDS Simmonscourt Pavilion 1981, 1988
    Point Theatre 1994, 1995, 1997
    Millstreet Green Glens Arena 1993
    6  Sweden Stockholm Stockholm International Fairs 1975
    Ericsson Globe 2000, 2006
    Gothenburg Scandinavium 1985
    Malmö Malmö Isstadion[16] 1992
    Malmö Arena 2013
    4  Belanda Hilversum AVRO Studio 1958
    Amsterdam RAI Congrescentrum 1970
    The Hague Nederlands Congresgebouw 1976, 1980
     Luxembourg Luxembourg City Villa Louvigny 1962, 1966
    Grand Théâtre de Luxembourg 1973, 1984
    3  Perancis Cannes Palais des Festivals 1959, 1961
    Paris Palais des Congrès 1978
    800px-Flag of Norway.svg.png Norway Bergen Grieghallen 1986
    Oslo Oslo Spektrum 1996
    Telenor Arena 2010
     Jerman Frankfurt-am-Main Großer Sendesaal 1957
    Munich Rudi-Sedlmayer-Halle 1983
    Düsseldorf Esprit Arena 2011
     Denmark Copenhagen Tivolis Koncertsal 1964
    Parken Stadium 2001
    B&W Hallerne 2014
     Israel Jerusalem International Convention Centre 1979, 1999
    TBA 2019
    2  Switzerland Lugano Teatro Kursaal 1956
    Lausanne Palais de Beaulieu 1989
     Itali Naples Sala di Concerto della RAI 1965
    Rome Studio 15 di Cinecittà 1991
     Austria Vienna Hofburg Imperial Palace 1967
    Wiener Stadthalle 2015
     Ukraine Kyiv Palace of Sports 2005
    International Exhibition Centre 2017
    1 Flag of Spain.svg Sepanyol Madrid Teatro Real 1969
     Belgium Brussels Centenary Palace 1987
     Yugoslavia (Croatia) Zagreb Vatroslav Lisinski Concert Hall 1990
     Estonia Tallinn Saku Suurhall 2002
     Latvia Riga Skonto Hall 2003
    800px-Flag of Turkey.svg-1-.png Turki Istanbul Abdi İpekçi Arena 2004
     Greece Athens Olympic Indoor Hall 2006
     Finland Helsinki Hartwall Arena 2007
     Serbia Belgrade Belgrade Arena 2008
    Flag of Russia.svg Rusia Moscow Olympic Stadium 2009
     Azerbaijan Baku Baku Crystal Hall 2012
     Portugal Lisbon Altice Arena 2015

    Ulangtahun[sunting | sunting sumber]

    Ulangtahun Negara Bandar Lokasi Pertandingan Tahun
    50  Denmark Copenhagen Forum Copenhagen Congratulations: 50 Years of the Eurovision Song Contest 2005
    60 Flag of the United Kingdom.svg United Kingdom London Eventim Apollo Eurovision Song Contest's Greatest Hits 2015

    Nota[sunting | sunting sumber]

    Rujukan[sunting | sunting sumber]

    1. ^ "Winners of the Eurovision Song Contest" (PDF). European Broadcasting Union. Diarkibkan daripada asal (PDF) pada 28 May 2008. Dicapai 26 December 2007. 
    2. ^ "Eurovision recognised by Guinness World Records as the largest in the world and the longest-running annual TV programme (international)". Guinness World Records. 
    3. ^ "Live Webcast". European Broadcasting Union. Diarkibkan daripada asal pada 25 May 2006. Dicapai 25 May 2006. 
    4. ^ "Finland wins Eurovision contest". Al Jazeera English. 21 May 2006. Dicapai 8 May 2007. 
    5. ^ Murray, Matthew. "Eurovision Song Contest – International Music Program". Museum of Broadcast Communications. Diarkibkan daripada asal pada 13 January 2005. Dicapai 15 July 2006. 
    6. ^ "Eurovision Trivia" (PDF). BBC Online. 2002. Dicapai 18 July 2006. 
    7. ^ "Eurovision Song Contest 1972". European Broadcasting Union. Dicapai 21 July 2009. 
    8. ^ "Eurovision Song Contest 2004 Final". European Broadcasting Union. Dicapai 22 July 2009. 
    9. ^ "Australia to return to the Eurovision Song Contest!". European Broadcasting Union. 11 November 2015. Dicapai 28 January 2016. 
    10. ^ Jordan, Paul (31 October 2016). "43 countries to participate in Eurovision 2017". eurovision.tv. European Broadcasting Union. Dicapai 31 October 2016. 
    11. ^ Philip Laven (July 2002). "Webcasting and the Eurovision Song Contest". European Broadcasting Union. Diarkibkan daripada asal pada 28 May 2008. Dicapai 21 August 2006. 
    12. ^ "Serbia's "Prayer" wins Eurovision Song Contest". Reuters. 14 May 2007. 
    13. ^ "Membership conditions". European Broadcasting Union. Dicapai 3 February 2012. 
    14. ^ "Eurovision Song Contest: History". European Broadcasting Union. Dicapai 23 November 2009. 
    15. ^ Waddell, Nathan (21 May 2015). "Australia: Australia may become a solid participant, says JOS". escXtra. Dicapai 21 May 2015. 
    16. ^ "Melodifestivalen 1992". Dicapai 2017-11-24. 

    Bacaan tambahan[sunting | sunting sumber]

    • Gambaccini, Paul et al. The Complete Eurovision Song Contest Companion. London: Pavilion, 1998 ISBN 1-86205-167-4, 160p.
    • O'Connor, John Kennedy. The Eurovision Song Contest: The Official History. London: Carlton, 2007 ISBN 978-1844429943, 208p.
    • Raykoff, Ivan and Robert D. Tobin (eds.), A Song for Europe: Popular Music and Politics in the Eurovision Song Contest (Burlington, VT: Ashgate, 2007).
    • Yair, G (1995). "'Unite Unite Europe' The political and cultural structures of Europe as reflected in the Eurovision Song Contest". Social Networks. 17: 147–161. doi:10.1016/0378-8733(95)00253-k. 
    • Yair; Maman (1996). "The Persistent Structure of Hegemony in the Eurovision Song Contest". Acta Sociologica. 39: 309–325. doi:10.1177/000169939603900303. 

    Pautan luar[sunting | sunting sumber]