Piala Dunia Gelandangan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Piala Dunia Gelandangan
Logo Piala Dunia Gelandangan
Ditubuhkan2001
KawasanDunia
Jumlah pasukan70+
Juara semasa Brazil (3nd title)
Pasukan paling berjaya Brazil (3nd title)
Laman sesawanghttp://www.homelessworldcup.org/

Piada Dunia Gelandangan (Inggeris:Homeless World Cup) merupakan perlawanan bola sepak yang diuruskan oleh organisasi Piala Dunia Gelandangan, sebuah organisasi sosial yang menyokong golongan gelandangan melalui bola sepak. Bermula pada tahun 2003 di Graz, Austria, dianjurkan sebuah perlawanan tahunan di mana pasukan-pasukan yang terdiri daripada golongan gelandangan dari setiap negara bertanding. Edisi ke-15 diadakan di Oslo, Norway pada tahun 2017[1] dan pasukan Brazil telah memenangi kejuaraan pada kali ini.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Organisasi Piala Dunia Bola Sepak telah ditubuhkan oleh Mel Young dan Harald Schmied pada tahun 2001 untuk menyokong penyelesaian global ke atas gelandangan. Edisi pertama perlawanan bola sepak telah diadakan pada tahun 2003 di Graz, Austria. Selepas itu, beberapa negara telah menjadi tuan rumah termasuklah Gothenburg, Edinburgh, Copenhagen, Cape Town, Melbourne, Milan, Rio de Janeiro, Paris, Mexico City, Poznań, Santiago Amsterdam dan Glasgow.

Ibu pejabat antarabangsa bagi Piala Dunia Gelandangan terletak di Edinburgh, Scotland.

Para pemain Piala Dunia Gelandangan semasa kejohanan pada tahun 2007

Negara terlibat[sunting | sunting sumber]

Organisasi Piala Dunia Gelandangan beroperasi melalui sebuah jaringan oleh lebih 70 buah negara dari seluruh dunia yang menyokong program bola sepak dan pembangunan perusahaan sosial.[2]

Negara yang terlibat

Kedudukan pasukan[sunting | sunting sumber]

Pasukan Kejuaraan Naib juara Tempat ketiga Tempat keempat
 Brazil 3 (2010, 2013, 2017) 1 (2016) 3 (2009, 2011, 2012) 3 (2003, 2014, 2015)
 Mexico 2 (2015, 2016) 4 (2011, 2012, 2013, 2017) 1 (2010) 1 (2006)
 Chile 2 (2012, 2014) 1 (2010) 0 3 (2013, 2016, 2017)
 Scotland 2 (2007, 2011) 0 0 3 (2004, 2005, 2008)
 Itali 2 (2004, 2005) 0 0 0
 Rusia 1 (2006) 1 (2008) 3 (2013, 2016, 2017) 0
 Austria 1 (2003) 1 (2004) 0 0
 Ukraine 1 (2009) 1 (2015) 1 (2005) 0
 Afghanistan 1 (2008) 0 0 0
 Poland 0 2 (2005, 2007) 3 (2004, 2006, 2014) 0
 Portugal 0 1 (2009) 1 (2015) 1 (2010)
 Bosnia dan Herzegovina 0 1 (2014) 0 0
 England 0 1 (2003) 0 0
 Kazakhstan 0 1 (2006) 0 0
 Ghana 0 0 1 (2008) 0
 Liberia 0 0 1 (2007) 0
 Belanda 0 0 1 (2003) 0
 Denmark 0 0 0 1 (2007)
 Indonesia 0 0 0 1 (2012)
 Kenya 0 0 0 1 (2011)
 Nigeria 0 0 0 1 (2009)

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "OSLO 2017" (Website). homelessworldcup.org. Dicapai pada 7 January 2017.
  2. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-04-23. Dicapai pada 2017-12-28.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]