Pilihan raya kecil Kuala Terengganu 2023

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pilihan raya kecil
Kuala Terengganu 2023

← 2022 12 Ogos 2023 (2023-08-12)

Kerusi Kuala Terengganu di Dewan Rakyat.
Dipilih berdasarkan kaedah undian terbanyak.
Terdaftar123,575
Pengundi hadir90,632
 
Calon Ahmad Amzad Hashim Azan Ismail
Parti PAS PKR
Gabungan Perikatan Nasional Pakatan Harapan
Undian popular 68,369 21,103

Ahli Parlimen Kuala Terengganu sebelum pilihan raya

Ahmad Amzad Hashim
PAS

Ahli Parlimen Kuala Terengganu

Ahmad Amzad Hashim
PAS

Pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu 2023 ialah pilihan raya kecil pertama selepas pilihan raya umum Malaysia ke-15 yang bakal diadakan serentak dengan pilihan raya negeri pada 12 Ogos 2023[1]. Pilihan raya ini diadakan berikutan kemenangan penyandangnya Dato’ Ahmad Amzad Hashim dibatalkan oleh mahkamah yang menyebabkan kekosongan kerusi [2]. Pilihan raya ini menyaksikan kemenangan semula penyandangnya, Ahmad Amzad Hashim[3].

Tarikh penting[sunting | sunting sumber]

Tarikh Peristiwa
19 November 2022 Calon PAS yang juga penyandang, Ahmad Amzad Hashim memenangi kerusi Kuala Terengganu dalam pilihan raya umum Malaysia 2022.[4]
3 Januari 2023 UMNO Terengganu memfailkan petisyen untuk membatalkan keputusan PRU15 di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu mengikut Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.
27 Jun 2023 Hakim Mahkamah Tinggi, Mohd Firuz Jaffril membenarkan petisyen pilihan raya yang difailkan calon Barisan Nasional (BN) di kerusi Parlimen itu, Mohd Zubir Embong, dan membatalkan kemenangan penyandang.[2]
8 Julai 2023 PAS memutuskan untuk tidak mengemukakan rayuan terhadap keputusan petisyen.[5]
18 Julai 2023 Mesyuarat khas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi menentukan tarikh-tarikh penting berkaitan pilihan raya.[6]
22 Julai 2023 Pengumuman calon Pakatan Harapan[7]
27 Julai 2023 Pengumuman calon Perikatan Nasional[8]
29 Julai 2023 Hari penamaan calon
8 Ogos 2023 Hari pengundian awal
12 Ogos 2023 Hari mengundi

Keputusan[sunting | sunting sumber]

Keputusan pilihan raya lepas (2022)[sunting | sunting sumber]

Keputusan pilihan raya umum Malaysia 2022 di P.036 Parlimen Kuala Terengganu
No. Calon Parti Undi Majoriti Penyandang (2018) Majoriti lepas (2018)
1 Mohamad Abu Bakar bin Muda Parti Pejuang Tanah Air[n 1] 481 40,907 Haji Amzad Hashim (PAS) 14,773
2 Dato' Cikgu Zubir Barisan Nasional[n 2] 22,109
3 Dato' Raja Bahrin Pakatan Harapan[n 3] 10,946
4 Datuk Haji Amzad Hashim Parti Islam Se-Malaysia[n 4] 63,016

Keputusan penuh (2023)[sunting | sunting sumber]

Keputusan pilihan raya kecil P.036 Parlimen Kuala Terengganu pada 2023[3]
No. Calon Parti Undi Majoriti Penyandang (2022) Majoriti lepas (2022)
1 Ahmad Amzad Hashim Parti Islam Se-Malaysia[n 4] 68,369 47,266 Ahmad Amzad Hashim (PAS)[n 4] 40,907
2 Azan Ismail Pakatan Harapan 21,103

Nota[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Calon Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA) yang mewakili gabungan Gerakan Tanah Air, namun menggunakan lambang Parti Pejuang Tanah Air dalam pilihan raya.
  2. ^ Calon UMNO yang mewakili Barisan Nasional.
  3. ^ Calon Parti Amanah Negara yang mewakili Pakatan Harapan.
  4. ^ a b c Calon PAS yang mewakili gabungan Perikatan Nasional, namun menggunakan lambang PAS di Terengganu dan Kelantan.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "PRK Kuala Terengganu serentak PRN enam negeri pada 12 Ogos". Berita Harian. 18 Julai 2023. Dicapai pada 26 Julai 2023.
  2. ^ a b "Mahkamah batal kemenangan Ahmad Amzad di kerusi Parlimen Kuala Terengganu". BHarian. 27 Jun 2023. Dicapai pada 18 Julai 2023.
  3. ^ a b "Keputusan Rasmi PRN Terengganu, PRK Kuala Terengganu". Harian Metro (dalam bahasa Inggeris). 2023-08-13. Dicapai pada 2023-08-16.
  4. ^ "PRU15: PAS sapu bersih kerusi Parlimen di Terengganu, Kelantan". BHarian. 19 November 2022. Dicapai pada 18 Julai 2023.
  5. ^ "Pas tidak buat rayuan keputusan petisyen pilihan raya Parlimen Kuala Terengganu". Astro Awani. 8 Julai 2023. Dicapai pada 18 Julai 2023.
  6. ^ "PRK Kuala Terengganu serentak dengan PRN enam negeri pada 12 Ogos - SPR". Astro Awani. 18 Julai 2023. Dicapai pada 18 Julai 2023.
  7. ^ "Azan calon PH PRK Parlimen Kuala Terengganu". BH. 22 Julai 2023. Dicapai pada 28 Julai 2023.
  8. ^ "PRK: Ahmad Amzad kekal calon PN Parlimen Kuala Terengganu". Sinar Harian. 2023-07-27. Dicapai pada 2023-07-27.