Pilihan raya kecil Jepak 2023

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pilihan raya kecil
Jepak 2023

← 2021 4 November 2023 (2023-11-04)

Kerusi Jepak di Dewan Undangan Negeri Sarawak.
Dipilih berdasarkan kaedah undian terbanyak.
Terdaftar22,804
Pengundi hadir11,077
 
Calon Iskandar Turkee Stevenson Joseph Sumbang Chieng Lea Phing
Parti Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Parti Bumi Kenyalang Parti Aspirasi Rakyat Sarawak
Gabungan Gabungan Parti Sarawak
Undian popular 9,638 854 431

ADUN Jepak sebelum pilihan raya

Talib Zulpilip
Gabungan Parti Sarawak

ADUN Jepak

Iskandar Turkee
Gabungan Parti Sarawak

Pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Jepak 2023 ialah pilihan raya kecil pertama selepas pilihan raya negeri Sarawak ke-12 yang diadakan pada 4 November 2023.[1]

Menurut perlembagaan negeri, kekosongan DUN perlu diisi dalam tempoh 60 hari selepas kekosongannya, iaitu sebelum 14 November 2023.[2]

Pilihan raya ini diadakan berikutan kematian penyandangnya, Talib Zulpilip yang meninggal dunia pada 15 September 2023 akibat komplikasi buah pinggang. [3]

Pilihan raya ini telah dimenangi oleh Iskandar Turkee dari Gabungan Parti Sarawak.

Pencalonan dan kempen[sunting | sunting sumber]

Pada 20 September, Presiden Parti Sedar Rakyat Sarawak (SEDAR) telah berkata bahawa parti itu mungkin mempertimbangkan untuk meletakkan calon dalam pilihan raya kecil, namun kemudian pada 23 September menjelaskan kenyataannya, dan mencadangkan pembangkang bersatu untuk menghadapi GPS. Sementara itu, Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sarawak telah berkata bahawa partinya masih belum membuat keputusan untuk bertanding dalam pilihan raya, dan pada 25 September mengumumkan mereka tidak bertanding dalam PRK sebagai tanda solidariti kepada GPS, yang sedang salah satu rakan kongsi dalam Pakatan Harapan-Barisan Nasional memimpin kerajaan persekutuan. Pada 9 Oktober, PKR secara sah tidak bertanding dalam pilihan raya kecil Jepak.[4]

Pada 21 September, Abang Johari Openg, Premier Sarawak selaku Presiden GPS dan PBB telah menyatakan bahawa mereka akan mempertahankan kerusi itu, namun masih belum lagi memutuskan calon.

Pada 28 September, Parti Aspirasi Rakyat Sarawak (ASPIRASI) mengumumkan melalui presiden bahawa parti itu akan bertanding dalam pilihan raya kecil tersebut.

Pada 9 Oktober, Parti Bumi Kenyalang Sarawak (PBK) mempertaruhkan bekas anggota polis Stevenson Joseph Sumbang, sekali lagi sebagai calon bagi Pilihan Raya Kecil Jepak.[5]

Pada 15 Oktober, GPS akan mengumumkan calon GPS bagi pilihan raya kecil Jepak pada 18 Oktober.[6]

Hari penamaan calon diumumkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada 21 Oktober 2023.[7]

Tarikh penting[sunting | sunting sumber]

Tarikh (2023) Peristiwa
15 September Kematian penyandang, Talib Zulpilip
15 September Pemakluman rasmi mengenai kekosongan luar jangka bagi DUN Jepak oleh Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri Sarawak, Mohamad Asfia Awang Nassar kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). [8]
25 September Mesyuarat khas penentuan tarikh-tarikh penting oleh SPR [9]
21 Oktober Pengumuman calon
Hari penamaan calon
21 Oktober - 3 November Tempoh berkempen
31 Oktober Hari pengundian awal
4 November Hari mengundi [10]

Keputusan[sunting | sunting sumber]

Keputusan pilihan raya lepas (2021)[sunting | sunting sumber]

Keputusan pilihan raya negeri Sarawak 2021 di N.67 Jepak
No. Calon Parti Undi Majoriti Penyandang (2018) Majoriti lepas (2018)
1 Talib Zulpilip Gabungan Parti Sarawak 6,277 4,243 Talib Zulpilip 4,201
2 Raba'ah Tudin Parti Sarawak Bersatu 2,034
3 Stevenson Joseph Sumbang Parti Bumi Kenyalang 587
4 Tuan Kazan BEBAS 141

Keputusan penuh (2023)[sunting | sunting sumber]

Keputusan pilihan raya kecil N.67 Jepak pada 2023
No. Calon Parti Undi Majoriti Penyandang (2022) Majoriti lepas (2022)
1 Iskandar Turkee Gabungan Parti Sarawak 9,638 8,784 Talib Zulpilip (GPS) 4,243
2 Stevenson Joseph Sumbang Parti Bumi Kenyalang 854
3 Chieng Lea Phing Parti Aspirasi Rakyat Sarawak 431

Nota[sunting | sunting sumber]


Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Nasional, TUAN BUQHAIRAH TUAN MUHAMAD ADNAN (2023-09-25). "Hari mengundi PRK DUN Jepak 4 November". Sinar Harian. Dicapai pada 2023-09-26.
  2. ^ UTUSAN, Maisarah Sheikh Rahim (2023-09-19). "Hari mengundi DUN Jepak diketahui Isnin depan". Utusan Malaysia. Dicapai pada 2023-09-25.
  3. ^ ADUN JEPAK DATUK TALIP ZULPILIP MENINGGAL DUNIA PADA USIA 72 TAHUN
  4. ^ Nasional, Malaysiakini (2023-10-10). "PRK Jepak: PKR sah tak bertanding, bekas polis jadi calon PBK". Malaysiakini. Dicapai pada 2023-10-10.
  5. ^ Nasional, Malaysiakini (2023-10-10). "PRK Jepak: PKR sah tak bertanding, bekas polis jadi calon PBK". Malaysiakini. Dicapai pada 2023-10-10.
  6. ^ BERNAMA, Harian Metro (2023-10-15). "PRK Jepak: Calon GPS diumum Rabu". Harian Metro. Dicapai pada 2023-10-17.
  7. ^ Nasional, TUAN BUQHAIRAH TUAN MUHAMAD ADNAN (2023-09-25). "Hari mengundi PRK DUN Jepak 4 November". Sinar Harian. Dicapai pada 2023-09-26.
  8. ^ Speaker DUN Sarawak akan maklumkan SPR kekosongan DUN Jepak
  9. ^ SPR terima pemakluman rasmi kekosongan kerusi DUN Jepak
  10. ^ Nasional, TUAN BUQHAIRAH TUAN MUHAMAD ADNAN (2023-09-25). "Hari mengundi PRK DUN Jepak 4 November". Sinar Harian. Dicapai pada 2023-09-26.