Pilihan raya kecil Pulai 2023

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pilihan raya kecil
Pulai 2023

← 2022 9 September 2023 (2023-09-09)

Kerusi Pulai di Dewan Rakyat.
Dipilih berdasarkan kaedah undian terbanyak.
Terdaftar166,653
Pengundi hadir78,882
 
Calon Suhaizan Kaiat Zulkifli Jaafar Samsudin Mohamad Fauzi
Parti Amanah Bersatu Bebas
Gabungan Pakatan Harapan Perikatan Nasional
Undian popular 48,283 29,642 528
Peratusan 61.54 37.78 0.67

Ahli Parlimen Pulai sebelum pilihan raya

Salahuddin Ayub
Pakatan Harapan

Ahli Parlimen Pulai

Suhaizan Kaiat
Pakatan Harapan

Pilihan raya kecil Parlimen Pulai 2023 ialah pilihan raya kecil kedua selepas pilihan raya umum Malaysia ke-15 yang diadakan pada 9 September 2023.[1]

Menurut undang-undang Malaysia, kekosongan kerusi Dewan Rakyat perlu diisi dalam tempoh 60 hari selepas kekosongannya, iaitu sebelum 23 September 2023[2].

Pilihan raya ini diadakan berikutan kematian penyandangnya, Salahuddin Ayub yang meninggal dunia pada 23 Julai 2023.[3] Berikutan itu juga, DUN Simpang Jeram yang disandang turut kosong dan perlu diadakan pilihan raya kecil.

Calon Pakatan Harapan, Suhaizan Kayat menang dalam pilihan raya ini[4].

Tarikh penting[sunting | sunting sumber]

Tarikh (2023) Peristiwa
23 Julai Kematian penyandang, Salahuddin Ayub[3]
25 Julai Pemakluman rasmi mengenai kekosongan luar jangka bagi Parlimen Pulai oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat, Johari Abdul.[2]
3 Ogos Mesyuarat khas penentuan tarikh-tarikh penting oleh Suruhanjaya Pilihan raya[2]
19 Ogos Pengumuman calon Pakatan Harapan dalam sebuah kenyataan media.[5]
23 Ogos Pengumuman calon Perikatan Nasional dalam sebuah majlis pelancaran. [6]
26 Ogos Hari penamaan calon[1][7]
5 September Hari pengundian awal[1][7]
9 September Hari mengundi[1][7]

Keputusan[sunting | sunting sumber]

Keputusan pilihan raya lepas (2022)[sunting | sunting sumber]

Keputusan pilihan raya umum Malaysia 2022 di P.161 Parlimen Pulai
No. Calon Nama pada kertas undi Parti Undi Majoriti Penyandang (2018) Majoriti lepas (2018)
1 Nur Jazlan Mohamed Nur Jazlan Barisan Nasional[n 1] 31,726 33,174 Salahuddin Ayub (PH-Amanah) 28,924
2 Loh Kah Yong Loh Kah Yong Perikatan Nasional[n 2] 20,677
3 Salahuddin Ayub Datuk Seri Salahuddin Ayub Pakatan Harapan[n 3] 64,900

Keputusan penuh (2023)[sunting | sunting sumber]

Keputusan pilihan raya kecil P.036 Parlimen Pulai pada 2023
No. Calon Nama pada kertas undi Parti Undi Majoriti Penyandang (2022) Majoriti lepas (2022)
1 Samsudin Mohamad Fauzi Samsudin PKPKL Bebas 528 18,641 Datuk Seri Salahuddin Ayub (PH) 33,174
2 Zulkifli Jaafar Zulkifli Jaafar Perikatan Nasional 29,642
3 Suhaizan Kaiat Suhaizan Kayat Pakatan Harapan 48,283

Nota[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Calon UMNO yang mewakili Barisan Nasional.
  2. ^ Calon Parti Gerakan Rakyat Malaysia yang mewakili gabungan Perikatan Nasional
  3. ^ Calon Parti Amanah Negara yang mewakili Pakatan Harapan.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d "PRK Parlimen Pulai, Dun Simpang Jeram ditetapkan 9 September - SPR". Harian Metro (dalam bahasa Inggeris). 2023-08-03. Dicapai pada 2023-08-03.
  2. ^ a b c "SPR mesyuarat 3 Ogos tentukan PRK Parlimen Pulai, DUN Simpang Jeram". BH. 25 Julai 2023. Dicapai pada 3 Ogos 2023.
  3. ^ a b "Jenazah Salahuddin Ayub selamat dikebumikan". BH. 24 Julai 2023. Dicapai pada 3 Ogos 2023.
  4. ^ ISAHAK, NOR AZURA MD AMIN dan ZULHISHAM (2023-09-09). "PRK: Suhaizan pertahan kemenangan PH di Parlimen Pulai". Sinar Harian. Dicapai pada 2023-09-09.
  5. ^ YAHYA, ROSKHOIRAH (2023-08-19). "PRK: Suhaizan, Nazri calon PH Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram". Sinar Harian. Dicapai pada 2023-08-23.
  6. ^ HASHIM, MOHAMED FAIZAL (2023-08-23). "Zulkifli, Dr. Mazri calon PN di Pulai, Simpang Jeram". Utusan Malaysia. Dicapai pada 2023-08-23.
  7. ^ a b c RAHIM, MAISARAH SHEIKH (2023-08-03). "Hari mengundi PRK Parlimen Pulai, DUN Simpang Jeram 9 September". Utusan Malaysia. Dicapai pada 2023-08-03.