Shaari bin Shafie

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
YAB Dato' Seri Haji
Shaari bin Shafie
Menteri Besar Perak
Dalam jawatan
16 April 1960 – 7 Mei 1964
Didahului olehMohamed Ghazali bin Jawi
Digantikan olehAhmad bin Said
Butiran peribadi
Lahir(1912-12-12)12 Disember 1912
Parti politikUMNO

Dato’ Seri Haji Shaari Shafie pernah menjadi Menteri Besar Perak ke-2 dari 16 April 1960 hingga 7 Mei 1964 . Nama asalnya 'Shaari Piai'.


Biodata[sunting | sunting sumber]

Dato’ Seri Haji Shaari dilahirkan pada 12 Disember 1912 di Bagan Serai, Perak. Sewaktu berusia tiga bulan, ibu bapa beliau telah bercerai dan beliau dibawa tinggal bersama ibunya. Berkat didikan bapa tirinya Abu Syahid, beliau menjadi seorang yang gemar membaca.

Sewaktu berusia sembilan tahun, bapa tiri beliau telah memasukkan beliau ke Sekolah Kebangsaan Clifford, Perak, Kuala Kangsar untuk menerima pelajaran asas terutama bahasa Inggeris. Kemudian beliau juga belajar di Kolej Melayu Kuala Kangsar iaitu pada hari Sabtu dan Ahad.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1937, beliau menjadi pegawai kastam di Teluk Intan. Beliau pernah berniaga / pekilang serbuk kopi di Kuala Kangsar dan digelar 'Shaari Kopi'.

Politik[sunting | sunting sumber]

Apabila UMNO cawangan Perak ditubuhkan pada tahun 1948, beliau adalah antara mereka yang awal mendaftar menjadi ahli. Beliau mula bergerak aktif dalam UMNO terutamanya di Kuala Kangsar. Beliau telah bertanding di peringkat negeri bagi kawasan Jalong / Sungai Siput dan dalam Pilihan Raya Umum Tanah Melayu 1955 ini beliau menang tanpa bertanding seterusnya dilantik menjadi anggota EXCO Negeri Perak. Beliau telah bertanding dalam Pilihan Raya Umum Tanah Melayu 1959 bagi kawasan Senggang, selatan Kuala Kangsar. Pada 16 April 1960, beliau telah dilantik sebagai Menteri Besar Perak yang baru.[1]

Krisis Menteri Besar Perak[sunting | sunting sumber]

Pada 20 April 1964, beliau selaku Menteri Besar Perak telah merasmikan Klinik Kesihatan Bagan Serai. Selaku Menteri Besar, beliau telah membuka peluang perdagangan baru dengan syarikat Jepun iaitu batu besi. Ekoran itu , berlaku penentangan dari UMNO Hilir Perak yang dijuarai oleh Sulaiman bin Bulon kerana ada unsur rasuah dalam perdagangan import batu besi tersebut.

Era 1960-an beliau dikatakan berkrisis dengan tokoh UMNO Hilir Perak / Sulaiman bin Bulon iaitu tokoh yang disebut-sebut bakal menjadi Menteri Besar Perak. Wakil peribadinya dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (Senggang), Shafie bin Mat telah mengambil kesempatan ’melawan taukeh’ untuk melemahkan kedudukan Ashaari sebagai ahli Dewan Undangan Negeri dan Menteri Besar Perak, disamping menjadualkan masa depannya dalam parti politik. Dia telah bekerjasama dengan golongan penentang Ashaari yang diketuai oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (Lenggong), Dato’ Ahmad bin Said, Dato’ Haji Kamaruddin bin Mohd Isa (Batu Kurau), Wan Othman (Kampung Pauh) dan beberapa orang tokoh-tokoh Hilir Perak, Sulaiman Bulon. Dia bekas Penolong Penghulu Mukim di Lambor , Perak.

Sulaiman Bulon telah mendapat sokongan daripada kalangan UMNO yang menentang Shaari, di antaranya Mohd Said Abu Bakar, Syed Othman bin Syed Abdul Hamid, Megat Fadzil dan beberapa orang lagi. Manakala kalangan UMNO Hulu Perak turut menentang Shaari dan mereka telah menamakan orang kuat mereka, Ahmad bin Said, ahli dewan Undangan Negeri (Lenggong), iaitu penyokong kuat Ghazali Jawi yang telah diangkat oleh Perdana Menteri Malaysia, Tunku Abdul Rahman menjadi Duta Persekutuan Tanah Melayu, ke Republik Arab Bersatu, Mesir. Ramai juga ahli UMNO Perak yang mahukan Sulaiman Bulon menjadi Menteri Besar Perak, termasuk dari UMNO Kuala Kangsar.

Tunku Abdul Rahman berjanji akan melantik Sulaiman Bulon menjadi Timbalan Menteri Besar sahaja walaupun jawatan itu tidak termaktub dalam Perlembagaan Negeri Perak. Tunku telah berunding dengan Sultan Perak, Sultan Yusof Izzuddin Shah dan baginda setuju kemudiannnya. Rombongan dari Hulu Perak pula menghantar memorandum agar Dato Ahmad Said menjadi Menteri Besar Perak menggantikan Shaari Shafie. Malahan Ahmad Said dikatakan turut bertindak 'baring' di hadapan kereta Tunku. Syed Jaafar Albar turut ditugaskan ke Perak bagi menyelesaikan masalah UMNO itu. Abdul Samad Ismail menugaskan wartawan Berita Harian cawangan Perak, Mokhtar Petah membuat liputan krisis itu dan menemubual Syed Jaafar Albar di Hotel Station, Ipoh.

Apabila Pilihan raya umum Malaysia 1969 diadakan, Tunku memilih Sulaiman Bulon bertanding di parlimen Hilir Perak dan beliau menang. Beliau telah dilantik sebagai Timbalan Menteri Luar Bandar . Ahmad Said mendapat sokongan majoriti UMNO Perak dan dilantik sebagai Menteri Besar Perak dan krisis UMNO Perak dikira berakhir. Jawatan Timbalan Menteri Besar Perak tidak wujud lagi.[2]

Anugerah[sunting | sunting sumber]

  • Dato' Kurnia Jaya - 1954[3]

Rujukan[sunting | sunting sumber]


Penyandang Terdahulu Menteri Besar Perak
16 Apr 1960 - 7 Mei 1964
Penyandang Kemudian
Mohamed Ghazali bin Jawi Ahmad bin Said