Sosialis Antarabangsa

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Socialist International)
Lompat ke: pandu arah, cari
Sosialis Antarabangsa
165px
Socialist International logo
Parties of Socialist International.svg
Countries with members of Socialist International
Kependekan SI
Pendahulu Labour and Socialist International
Pembentukan 3 Jun 1951 (1951-06-03) (66 tahun yang lalu)
Jenis International non-governmental organisation
Tujuan "Strengthen relations between the affiliated parties and to coordinate their political attitudes and activities"[1]
Ibu pejabat Maritime House, Old Town, Clapham
Lokasi
Kawasan berkhidmat
Worldwide
Ahli 153
President
George Papandreou
Secretary General
Templat:Illm
Main organ
Congress of the Socialist International
Belanjawan £1.4 million (2014)[2]
Laman sesawang Templat:Official URL

sunting
Lihat pendokumenan templat ini

Sosialis Antarabangsa (Bahasa Inggeris: Socialist International, SI) ialah sebuah pertubuhan antarabangsa parti-parti politik demokrasi sosial and buruh. SI dinamakan sempena Second International yang ditubuhkan pada tahun 1889 tetapi bubar pada hari sebelum Perang Dunia I pada tahun 1914. Antara tindakan-tindakan Second International yang paling dikenali termasuk perisytiharan 1 Mei sebagai Hari Pekerja Antarabangsa pada tahun 1889 dan perisytiharan 8 Mac sebagai Hari Wanita Antarabangsa pada tahun 1910. Apabila Second International dipecahkan oleh pencetusan Perang Dunia I, timbulnya satu bentuk rangka berbentuk Suruhanjaya Sosialis Antarabangsa. International dibentuk semula pada tahun 1923 (sebagai Buruh dan Sosialis Antarabangsa), lalu digabungkan semula menjadi bentuknya hari ini, selepas Perang Dunia II (apabila banyak parti demokratik sosial dan sosialis tertindas di Eropah yang dikuasai Nazi).

Pada zaman selepas Perang Dunia II, SI membantu parti-parti demokratik sosial bangkit semula apabila pemerintahan diktator memberi laluan kepada demokrasi di Portugal (1974) dan Sepanyol (1975). Sehingga Kongres Geneva 1976, SI kekurangan ahli di luar Eropah dan tiada penglibatan rasmi dengan Amerika Latin[3]. Pada era 1980-an, kebanyakan parti SI menyumbangkan sokongan kepada pihak Sandinista Nicaragua (FSLN) yang kerajaan haluan kirinya baru membangkitkan kemarahan Amerika Syarikat. Semenjak itu, SI menerima keahlian bukan sahaja FSLN bahkan juga golongan tengah-kiri Parti Kemerdekaan Puerto Rico, serta parti-parti bekas Komunis seperti Demokrat Kiri (Democratici di Sinistra, DS) Itali dan Barisan Pembebasan Mozambique (FRELIMO).

Parti Sosialis Eropah, sebuah parti politik Eropah yang aktif dalam Parlimen Eropah, merupakan sebuah pertubuhan yang bersekutu dengan Sosialis Antarabangsa.

Parti ahli[sunting | sunting sumber]

Kini mentadbir[sunting | sunting sumber]

Ahli penuh yang kini tidak mentadbir[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan statutes tidak disediakan
  2. ^ "Finances of the International". Socialist International. 
  3. ^ The Dictionary of Contemporary Politics of South America, Routledge, 1989

Pautan luar[sunting | sunting sumber]